Saudara Pengarang,

Kaedah songsang rawat dadah perlu dicuba

Saranan seorang Ahli Parlimen baru-baru ini yang mencadangkan penagih dadah ditempatkan di pulau terpencil dan diberikan 'makanan' dadah sebanyak mungkin disokong saya walaupun tidak sepenuhnya. Cadangan tersebut boleh dikategorikan sebagai idea pemikiran paradigma terbalik berlainan daripada kaedah konvensional sedia ada tetapi berkemungkinan boleh membawa kesan yang dikehendaki. <>Memperkatakan tentang masalah dadah di negara kita merupakan satu isu yang tidak mempunyai kesudahan. Bukan sahaja di negara kita malah ianya sudah menjadi  lumrah biasa yang dihadapi oleh negara-negara dunia miskin dan membangun yang lain. Perang najis dadah adalah perang yang tiada penamatnya maka itu sewajarnya pihak kerajaan mempertimbangkan alternatif lain yang luar biasa untuk menghapuskannya.<> <> 

Saya menyokong penggunaan kaedah songsang merawat dadah itu tetapi dengan beberapa pendekatan bijak mengabungkan beberapa kaedah sedia ada. Strategi baru menghapuskan dadah memerlukan kaedah pintar menangani dua faktor utama penyebab masalah dadah iaitu pengguna dadah tegar dan tarikan harga pasaran tinggi dadah. Kaedah unik yang luar biasa dicadangkan adalah dengan mewujudkan satu komuniti dadah yang terkawal dengan persekitaran tertutup contohnya di penempatan pulau terpencil. Komuniti ini berfungsi secara berdikari di segi sumber makanan dan keperluan utama penagih itu sendiri iaitu pokok dadah! Ya, dikomuniti ini, mereka dibenarkan menanam dan mengguna dadah. Pokok dadah meliputi pokok ganja, ketum, marijuana, koka dan popi.

Di komuniti ini, penghuninya dibenarkan menggunakan dadah ( mentah atau separuh proses ) secara terkawal, dimana dosnya memerlukan nasihat doktor pakar iaitu sekadar menghilangkan rasa ketagihan dan dosnya dikurangkan dari masa ke semasa serentak dengan penggunaan penganti dadah seperti ketum, bupenorphine dan methadone. Atau penagih yang tidak mahu pulih boleh memilih sukatan dos yang disukainya asalkan dia melakukan tugasan seperti mengerjakan kebun tanaman untuk keperluan masyarakat mereka.

Rasional konsep ini dikemukakan ialah untuk menjatuhkan harga pasaran dadah sekurang-kurangnya di negara kita. Sepertimana kita tahu, permintaan dadah secara haram di Malaysia mempunyai nilai kira-kira RM 3 bilion setiap tahun manakala dianggarkan RM 1 bilion lagi adalah untuk kegunaan halal seperti ubat di hospital, klinik dan farmasi. Itu belum lagi dikira kerugian tambahan disebabkan dadah secara tidak langsung seperti kehilangan tenaga kerja produktif kira-kira sejuta orang, kerugian akibat kes jenayah ( contoh : ragut, curi dan rompak ) sebanyak RM 2 bilion dan kecederaan malah kehilangan nyawa manusia lain yang tidak bersalah angkara perbuatan si penagih. Apabila kita mewujudkan komuniti dadah yang mempunyai keperluan dadahnya sendiri maka tiadalah permintaan pasaran dadah untuk negara ini dan mengakibatkan pengedar dadah antarabangsa akan gulung tikar di negara ini. Bahan dadah yang dihasilkan oleh komuniti ini juga boleh digunakan untuk kegunaan halal maka tidak perlulah Malaysia mengimport lagi.

Kewujudan masyarakat dadah yang terkawal berkemungkinan akan dapat menarik penagih-penagih tegar untuk menyerah diri kerana di sana mereka tidak perlu berbelanja sesen pun untuk memenuhi keperluan naluri mereka. Maka berbondong-bondonglah mereka menyerah diri. Di sana bagaikan syurga mereka boleh meneruskan aktiviti kesukaan mereka setiap hari sampailah ke akhir hayat mereka. Saya percaya apabila hal itu terlalu menjadi kebiasaan dan dadah sudah menjadi sesuatu benda yang tiada harga sesen pun, maka berkemungkinan sebahagian daripada mereka akan menjadi bosan dan mereka akan kembali ke pangkal jalan dengan memilih jalan hidup sebagai manusia berjejak di bumi realiti dan bukan menjadi hamba khayal dadah.

  <>Semua yang disyorkan oleh saya merupakan bersifat teorikal sahaja yang dijana dengan melakukan wacana pemikiran paradigma ekstrem jauh berbeza dengan penyelesaian cara konvensional. Kemungkinan jika ianya berkesan maka konsep ini boleh digunakan oleh negara membangun lain yang menjadi mangsa dadah. Saya percaya perniagaan dadah dunia akan hancur. Keberkesanan kempen memerangi dadah sentiasa memerlukan strategi baru mengikut perkembangan semasa. Jika kaedah konvensional tidak dapat membanterasnya dalam tempoh 30 tahun akan datang, maka di tahun 2034 nanti gunakanlah formulasi unik yang disyorkan ini.

Oleh : Rayan Kalai, Kuala Terengganu.

( artikel ini menyentuh isu sensitif tetapi demi untuk mengongsikan idea penyelesaian kepada umum, terimakasih kerana menggunakan id samaran saya )

<>Maklumat Peribadi;

Nama : Mohd Zamri Muda

Alamat : 131 Kg.Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu

No. i/c. : 740102-11-6391

No. telefon : 019 902 50 15

Rujukan laman web geocities.com/ramzamuda


Hosted by www.Geocities.ws

1