Akar umbi masalah sosial dalam masyarakat adalah bahan psikotropik

Separuh daripada masalah sosial yang melanda negara kita sekarang mempunyai perkaitan rapat dengan bahan psikotropik. Manakala punca utama yang menjerumuskan anak muda kita dengan bahan psikotropik ialah keruntuhan institusi keluarga dan tekanan perasaan berkait rapat dengan kemiskinan hidup. Sebut sahaja gejala lumba haram, gengterisme, ragut, bunuh, rogol, kecurian dan rompakan. Kesemuanya mempunyai pertalian secara tidak langsung dengan penggunaan bahan tersebut.

Saya tidak perlu menghurai satu-persatu berkenaan fungsi dan peranan bahan psikotropik tersebut terhadap setiap satu gejala yang melanda anak muda remaja. Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah kaedah yang sesuai perlu dicari semula untuk memulihkan anak muda sepenuhnya daripada penagihan bahan psikotropik. Pemulihan di pusat serenti tidak menjamin sepenuhnya pemulihan minda penagih bahan psikotropik. Maka formula-formula baru harus digubal bagi menangani sepenuhnya keberkesanan pemulihan semula. Katakunci utama ialah tahap keseriusan penagihan dan pengulangan semula penagihan selepas pemulihan.

Pemulihan penagih perlu diasingkan mengikut beberapa tahap keseriusan seperti permulaan ( tahap 1 ), pertengahan ( tahap 2 ) , teruk ( tahap 3 ) dan amat kritikal dan kronik ( tahap 4 ). Manakala formula tempoh tahanan pusat pemulihan dicadangkan seperti berikut; 2 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun. Jika diperhatikan, penagih peringkat permulaan diberikan peluang untuk bebas semula bagi tempoh yang singkat walau diulangi lebih daripada 2 kali bagi mengelakkan pengaruh penagih yang lebih senior maka ‘pengalaman’ mereka kurang dikongsikan bersama.

Pernah dipaparkan di dada akhbar akan cadangan warga awam yang prihatin yang mencadangkan para penagih dipulihkan di kawasan pulau terpencil dan hidup berdikari tetapi kemudian dibantah diatas alasan kemanusiaan dan kasih-sayang keluarga kononnya. Pada pendapat saya, pemulihan di kawasan pulau terpencil amat relevan untuk pemulihan penagih bahan psikotropik yang amat kronik dan pengulangan penagihan semula yang tinggi. Penahanan penagih diperingkat ini boleh dikatakan melebihi 5 tahun. Tiada yang perlu dikasihani akan mereka kerana golongan inilah adalah kumpulan teras utama yang banyak terlibat dalam aktiviti jenayah- kecurian, rompakan, ragut, rogol dan peras-ugut.


Pemulihan penagih di tahap lebih tinggi iaitu 2 dan 3 juga perlu dijalankan di tempat terpencil terasing daripada orang ramai. Biarkan mereka bekerja dan hidup berdikari dalam persekitaran yang terkawal. Mereka tidak boleh lagi dibiarkan berkeliaran dalam masyarakat dan menjahanamkan keselamatan orang ramai. Hanya mereka yang mempunyai reputasi baik bagi tempoh tertentu boleh bebas dengan tempoh percubaan ‘parol’ terlebih dahulu.

Apa yang saya cuba saya ungkitkan di sini ialah perlunya kita sebagai warga Malaysia sama-sama memikirkan akan formula-formula praktikal untuk membanteras akan gejala-gejala buruk dalam masyarakat secara total dengan jayanya. Kita tidak perlu berteori panjang berjela tetapi cetuskan sesuatu yang berkesan dalam menangani ibu punca segala masalah dalam negara kita iaitu bahan psikotropik.

Cetusan- Rayan Kalai, Bukit Payung, Terengganu.

Maklumat Peribadi;

Nama: Mohd Zamri B- Muda
Alamat: 131 Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang.
No.i/c : 740102-11-6391
No. Tel : 013 952 29 18

Rujukan Lanjut, sila lawat; www.geocities.com/ramzamuda/ramz1.html

Hosted by www.Geocities.ws

1