Saudara pengarang,

Kejatuhan Proton akibat melupakan akar-umbinya

Kerugian Proton tahun ini akibat merudumnya jumlah jualan keretanya sememangnya sudah dapat diduga. Kerugian tersebut sebenarnya boleh dielak jika Proton lebih proaktif menjaga hati pelanggan sedia ada atau bakal pembelinya. Proton juga disaran bermuhasabah diri untuk mencari jawapan terbaik Keadaan berbeza ketika era 1984 hingga 1994 ( sebelum kelahiran Perodua ) dimana Proton memegang monopoli pasaran kereta tempatan dan berharga paling kompetitif pada masa itu. Kejatuhan ekonomi Asia pada 1997-1998 menyebabkan lambakan kereta keluaran Asia mengakibatkan harga ditawarkan tersangat rendah berbanding kereta Proton. Pada ketika itu, peralihan minat pembeli kereta tidak begitu ketara kerana kerajaan masih melindungi Proton dengan cukai tinggi dikenakan terhadap kereta import.

Selepas tahun 2000, keadaan ekonomi negara yang semakin pulih mendorong rakyat untuk mula berbelanja membeli kereta namun mereka sudah mulai kurang tertarik untuk membeli kereta Proton. Rakyat Malaysia sebenarnya sudah dilanda sindrom 'bosan atau jemu' melihat model Proton yang masih ditakuk lama manakala model yang baru dilancar lebih untuk golongan berada menyebabkan rakyat semakin tidak mampu memiliki kereta Proton.Golongan berpendapatan rendah tidak mempunyai pilihan selain dari membeli kereta Perodua  manakala golongan menengah dan atas yang mempunyai pendapatan lebih kukuh lebih menyukai kereta import yang lebih ranggi dan bergaya sebagai kereta pertama. Bertambah memburukkan keadaan, golongan berada lebih menyukai untuk memiliki kereta Perodua sebagai kereta kedua atau ketiga di atas sebab ia lebih menjimatkan petrol dan sesuai untuk kegunaan remaja atau surirumah. Akibatnya Proton tersepit ditengah jalan dan semakin dilupakan.

Pengeluaran model baru Proton tidak memadai untuk Proton menguasai pasaran kerana model baru lebih mahal untuk dimiliki manakala varian kereta lama Proton ( Saga, Tiara, Putra dan Iswara ) telah diberhentikan pengeluaran. Varian lama sepatutnya dikekalkan bagi memenuhi segmen pasaran berbeza dan naik taraf rekabentuk kosmetik hanya melibatkan penambahan kos yang sedikit daripada harga model sebelumnya.Kita sepatutnya tidak malu untuk mempunyai model varian lama kerana syarikat kereta antarabangsa contohnya masih mengekalkan varian lama walaupun sudah berusia lebih 30 tahun. Manakala aliran imej utama kereta Proton seharusnya diseragamkan, imej edisi pertama Proton Waja sepatutnya dijadikan contoh utama imej kereta Proton  kerana menepati formula transformasi terbaik daripada Saga ke Iswara dan Waja. Berikut adalah beberapa idea imej untuk varian lama kereta Proton;

1- Model Proton Saga - edisi terbaru boleh dinamakan sebagai Proton Saga Millenia 2.0, edisi sedan boleh ditawarkan dibawah harga RM 30 ribu. Rekabentuk badan sporty sepertimana edisi terhad Saga Aeroback yang masih dikeluarkan kini tetapi dengan lampu depan yang besar dan bersegi empat seperti asalnya. Manakala bahagian grill berupa seperti Waja edisi pertama.

2- Model Proton Iswara - edisi terbaru juga boleh dinamakan sebagai Proton Iswara Millenia 2.0, edisi sedan boleh ditawarkan diatas harga RM 30 ribu. Rekabentuk badan sporty dengan lampu depan yang sepet dan berlekuk seperti Gen-2 dengan grill  seperti Waja edisi asal.

3- Model Proton Tiara - edisi terbaru dikeluar sebagai Proton Tiara X edisi 2.0, edisi baru menggunakan enjin petrol atau enjin diesel biasa yang bukan berteknologi Perancis. Imej Tiara yang baru boleh dikatakan merupakan edisi mini aeroback bagi Proton Waja asal. Model Tiara ini boleh menjadi model kereta Proton termurah dengan harga tawaran dibawah RM 25 ribu.

4- Model Proton Juwara - model baru van ini perlu dikurangkan imej bentuk kotaknya manakala grill dan lampu depan berbentuk seakan Proton Waja. Dikeluarkan dalam 3 saiz iaitu saiz asal dikategori sebagai saiz  mini, saiz sederhana untuk kegunaan perniagaan komersial dan saiz besar untuk kegunaan sebagai bas mikro.

5- Model Proton Waja - mengekalkan rekabentuk lampu depan tetapi grill ditambah-besar iaitu bilangan sisir sedia ada ditambah. Jika model asal mempunyai 5 sisir grill maka model terbaru mungkin ditambah 3 atau 4 lagi. Imej sebegini akan menambah keterampilannya sebagai kereta eksekutif

6 - Model Proton Wira - mengekalkan badan aerodinamiknya tetapi lebih tinggi dari model asal, bentuk grill seakan edisi Waja asal manakala lampu depan sepet,panjang dan berlekuk seperti BMW.

7- Model Proton Perdana - mengekalkan bentuk badannya sedia ada tetapi dengan grill Waja yang ditambah besar dan lampu depan sepet,panjang dan berlekuk seperti BMW. Imej sebegini sesuai untuk kegunaan VVIP atau keluarga diraja.

Diharapkan beberapa idea cadangan ini boleh membuka jalan keluar keatas kemelut yang tidak berkesudahan dialami oleh syarikat perusahaan nasional.


Oleh; Ramzam Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang.

Maklumat Peribadi
Mohd Zamri Bin Muda
131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
i.c. 740102-11-6391
No tel : 019 902 50 15
Sila Lawat: www.geocities.com/ramzamuda
02-Jun-2007

Hosted by www.Geocities.ws

1