Proton-tugas
Saudara pengarang,
Per : Tugas besar menanti Proton
Terlebih dahalu diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana
masih memberi peluang lagi kepada Syarikat Proton untuk memulihkan sendiri
dalam perniagaan dan perusahaannya. Peluang ini sepatutnya digunakan sebaik
mungkin oleh pihak pengurusan Proton untuk bermuhasabah diri untuk mencari
kelemahan dan kekuatan yang ada pada Proton. Pandangan dan pendapat dari
pelbagai pihak seperti para pengedar kereta, pemegang saham, pelanggan, pembekal
komponen dan pekerja bawahan perlu diambil perhatian wajar untuk menentukan
hala tuju syarikat.
Potensi sebenar Proton adalah amat besar kerana Proton sudah mempunyai pakej
lengkap sebagai pembuat kereta berdikari iaitu pembekal teknologi dan penyelidikan
daripada Lotus manakala ribuan vendor pembekal yang dipayungi oleh Proton
menyediakan alat komponen dan alat ganti. Jika Proton mengabaikan pasaran
negara maju, Proton sebenarnya masih mampu menguasai pasaran dua pertiga
populasi dunia dengan hanya menumpu pasaran negara China, India, negara Teluk,
Afrika, Amerika Selatan dan Kepulauan Pasifik. Kekuatan yang ada pada Proton
bukan hanya pada kereta tetapi penjualan alat ganti yang dihasilkan oleh
para vendornya di Malaysia dan servis selepas jualan.
Selain daripada mengeluarkan model-model baru kereta untuk kegunaan eksekutif,
model-model lama seharusnya tidak dilupakan terus. Sewajarnya model-model
lama itu terus diperhidupkan dengan perubahan kosmetik yang bersesuaian dan
ditumpukan untuk pasaran mampu-milik rakyat Malaysia golongan pertengahan.
Seharusnya perubahan kosmetik setiap varian kereta berlaku setiap 3 atau
4 tahun dan bukannya melebihi 10 tahun untuk mengelakkan sindrom jemu dan
ketinggalan zaman oleh pembeli kereta. Selain daripada itu, perubahan kosmetik
terkini sesuatu model memberikan rasa kebanggaan kepada pengguna kereta lama.
Sebagai contoh mudah, katakan model Waja diiktiraf sebagai model Saga generasi
ketiga selepas Saga dan Iswara atau Persona sebagai generasi kedua model
Wira. Tetapi penghasilan model baru dipisahkan dari kesinambungan model lama
menyebabkan Proton telah melepaskan segmen pasaran kereta mampu-milik. Model-model
lama yang masih diguna pelanggan Proton juga perlu disediakan assesori kosmetik
yang menepati selera semasa seperti mana model kereta mini dan beatle lama.
Selain daripada itu, Proton perlulah prihatin dan proaktif menjalankan penyelidikan
penggunaan bahanapi baru dan jenis enjin yang sesuai untuk tujuan itu. Jika
tidak mengadakan R&D sendiri, Proton masih boleh berbuat demikian dengan
hanya menaja penyelidikan yang dibuat di universiti tempatan.
Dikala kerajaan kita begitu proaktif dalam soal penggunaan tenaga alternatif
kenderaan seperti NGV dan biodiesel, tidak ada satupun keluaran edisi terhad
atau sekurang-kurangnya satu prototaip dikeluarkan khas untuk tujuan tersebut.
Ianya suatu perkara yang amat menyedihkan dan menampakan ketidak-prihatinan
Proton melabur untuk masa hadapan.
Begitulah serba sedikit perkara-perkara penting yang perlu diambil-kira oleh
pihak Proton untuk terus maju ke masa hadapan. Sebenarnya tugas besar menanti
Proton untuk menjadi gah di mata dunia.
Oleh : Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.
Maklumat Peribadi;
Mohd. Zamri Muda
740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang.
Tarikh : 23 Nov 2007
E-mel : [email protected]
Laman web:
www.geocities.com/ramzamuda
Artikel ini ditulis untuk menyokong merelevankan keputusan kerajaan mengekalkan
proton tanpa rakan asing. Kegagalan proton menerajui pasaran disebabkan lebih
tumpuan kepada pengeluar kereta premium dan bukannya sebagai pengeluar kereta
rakyat mampu milik seperti mana aspirasi asal penubuhannya.