Saudara pengarang,
Petronas boleh selamatkan Proton
Perundingan yang sedang berjalan diantara Syarikat Proton dengan Volkswagen
AG ( VW) di New York masih menjadi tanda tanya kepada kita semua. Jika pihak
VW bersetuju menjadi rakan niaga Proton, kita masih meragui apakah hala tuju
yang bakal menimpa salah satu entiti nasional kita ini. Dimanakah kedudukan
Proton di tahun 2020 atau 50 tahun akan datang? Apakah nasib satu-satunya
gergasi pembuat kereta di negara membangun setelah dua dekad ditubuhkan?
Proton sebenarnya telah melupakan fungsi asalnya untuk mengeluarkan kenderaan
untuk rakyat kebanyakan dan bukannya untuk menjadi syarikat kereta premium.
Kekukuhan seketika pasaran kereta Proton sekitar tahun 1990an telah mengaburi
pembuat dasar syarikat. Kekukuhan jangka pendek tersebut memberi peluang
palsu untuk Proton bercita-cita meneroka pasaran kereta premium. Setelah
kegawatan ekonomi Asia menjelang alat baru, pasaran kereta yang merudum mengakibatkan
Proton dilanda sindrom - 'yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran'.
Sekiranya masih belum terlambat, syarikat Proton masih boleh dipulihkan.
Sebagai langkah jangka pendek, ia boleh diserap masuk ke dalam Syarikat Petronas
yang lebih kukuh. Nilai jualan kereta Proton yang amat rendah boleh dipertingkatkan
kembali dengan mempekenalkan semula model 'level-entry' ( Saga, Iswara dan
Tiara ) dengan perubahan kosmetik yang bersesuaian. Proton sepatutnya mengungguli
pendekatan 'kereta-rakyat', sekiranya Proton tidak berupaya melakukannya
maka ia bermakna Proton tidak mampu untuk menyahut cabaran globalisasi. Dikhabarkan
bahawa harga sebuah kereta sedan keluaran negara Asia Timur boleh dibeli
dengan harga dibawah RM 25 ribu jika tiada halangan cukai oleh pihak kerajaan.
Proton sebenarnya mempunyai pakej keupayaan yang sudah cukup hebat kerana
telah mampu berdikari dan mendapat sokongan padu dari pembuat komponen kereta,
aksessori tambahan, alat ganti dan servis selepas jualan. Pakej lengkap yang
dipunyai oleh Proton ini boleh dieksport ke luar negara. Proton tidak perlu
menumpu pasaran ke negara maju tetapi negara-negara sahabat membangun yang
lain dimana masih terdapat ruang pasaran besar bagi jenis kereta murah di
negara membangun iaitu meliputi dua pertiga populasi dunia. Proton boleh
mengambil peluang untuk menjadi kereta-rakyat negara membangun yang terunggul.
Di bawah naungan Petronas, bebanan pengurusan organisasi dan kewangan yang
ditanggung Proton boleh dikurangkan. Syarikat Lotus boleh dipisahkan daripada
Proton, Lotus boleh dijadikan makmal penyelidikan rekabentuk kereta Formula
Satu untuk Petronas. Proton juga boleh ditugaskan untuk melaksanakan agenda
yang lebih global selain menjadi kereta rakyat negara membangun, Proton boleh
ditugaskan untuk menyelidik penggunaan enjin bahanapi-bio seperti bio-diesel
dan bio-petrol. Enjin-enjin baru ini boleh digunakan untuk kegunaan enjin
kereta masa-hadapan.
Potensi penggunaan bahanapi-bio dimasa hadapan amatlah hebat yang tidak dapat
dibayangkan dimana bio-diesel dihasilkan dari kelapa sawit dan buah jatropha
manakala bio-petrol yang berasal daripada etanol yang boleh dihasilkan daripada
gula nipah, kabung dan tebu. Kesemuanya adalah tumbuhan tropika dan negara
bakal menjadi pengeluarnya di masa depan adalah negara-negara membangun di
kawasan tropika itu sendiri. Tidakkah Proton dan Petronas nampak peluang
keemasan ini untuk menjadikan dunia ini lebih makmur?
Diharapkan nukilan ini boleh membantu sedikit sebanyak dilema yang dihadapi
oleh Proton.
Oleh: Zamri Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang.
Maklumat Peribadi;
Mohd Zamri Bin Muda
131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
i.c. 740102-11-6391
No Tel : 019 902 50 15
Sila Lawat: www.geocities.com/ramzamuda
10 Jun 2007 7:25 pm