Saudara pengarang,
Proton perlu betul-betul berani berubah untuk terus kekal relevan
Kemelut rumit yang melanda pemegang entiti tunggal automobil negara kini
memerlukan beberapa langkah drastik dilaksanakan seberapa segera. Terdapat
dua sudut pandangan tambahan yang perlu diambilkira oleh pihak Proton iaitu
kos enjin/komponen dan keseragaman aliran rekabentuk model.
Kos enjin dan komponen kereta nasional sedia ada perlu diturunkan lagi jika
tidak produk akhir akan menjadi tidak kompetitif untuk bersaing ke pasaran
tempatan dan seterusnya ke pasaran dunia. Sekiranya Proton tidak mampu menurunkan
kos enjin buatan sendirinya, Proton boleh mengimportnya dari mana-mana pengeluar
kereta yang mampu menghasilkan komponen enjin yang lebih rendah. Manakala,
enjin tempatan yang lebih mahal lebih sesuai digunakan pada kereta Proton
yang berkuasa tinggi atau jenis ‘tune-up’.
Manakala keseragaman aliran rekabentuk setiap model perlu juga diberi perhatian.
Boleh dikatakan aliran rekabentuk model Proton tidak konsisten dan terlalu
lambat untuk menyesuai mengikut aliran semasa. Ini menyebabkan para pengguna
menjadi jemu dan tidak teruja untuk menggunakan model Proton. Ambil contoh
ketika Waja dilancarkan, konsep imejnya perlu menjadi tunjang utama kepada
model-model keluaran seterusnya tetapi sayang imej konsep kereta Proton bercampur
aduk dengan ketara apabila Juara dan Gen-2 dilancarkan. Walhal imej Waja
boleh dikaitkan dengan metamorfosis model Iswara ( Saga sebelumnya ). Berbanding
dengan model kereta luar yang konsisten disegi imej dan konsep malah satu
jenama siri model bertahan lebih 25 tahun dengan perubahan imej setiap 2
atau 3 tahun.
Kesimpulannya, setiap jenis model Proton perlu diteruskan kesinambungannya
dengan perubahan imej mengikut aliran semasa disamping mengekalkan rekabentuk
asasnya. Disamping itu, trend terkini rekabentuk kereta yang semakin tinggi
dan pengenalan model kategori MPV atau pacuan 4 roda perlu juga diberi perhatian
oleh pihak Proton jika mahu Proton terus relevan di mata rakyat Malaysia.
Oleh; Ramzam Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang.
Maklumat Peribadi
Mohd Zamri Bin Muda
131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
i.c. 740102-11-6391
No tel : 019 902 50 15
Sila Lawat: www.geocities.com/ramzamuda
20-Oktober-2005