Saudara Pengarang,
Bentuk Produk Baru Digital Berpotensi Tinggi Keluaran Malaysia
Dunia moden masa kini dihujani dengan produk-produk baru digital yang
begitu mengujakan para pengguna. Namun begitu, sebahagian besar
daripada produk teknologi terkini dikeluarkan oleh syarikat gergasi
multi-nasional dari negara maju terutama daripada negara Jepun, Amerika
Syarikat, Korea Selatan dan negara-negara Scandinavia. Persaingan untuk
menghasilkan produk pengguna yang paling terkini adalah amat sengit
menyebabkan dari masa ke semasa syarikat besar akan memperkenalkan
produk baru dengan format yang baru. Namun begitu pada hemat saya,
terdapat banyak lagi peluang untuk syarikat dan para teknologis
Malaysia mencelah dalam menghasilkan produk teknologi baru untuk
bersaing di pasaran dunia. Kebanyakan produk tersebut yang dicadangkan
merupakan revolusi konvergen teknologi sedia-ada dan potensi pasaran
global yang tinggi kerana ianya berciri mampu-milik oleh pengguna di
negara membangun.
Di antara berikut adalah bentuk teknologi produk baru yang boleh
dimajukan oleh teknologis Malaysia;
i- Penggunaan gelombang AM digital.
Potensi penggunaan semula gelombang primitif AM tetapi dalam bentuk
digital yang dipadatkan menjanjikan satu cabang teknologi jalur-lebar (
broad-band ) baru yang menakjubkan. Gelombang AM adalah lebih selamat
digunakan oleh manusia manakala pendigitalan gelombang ini membuka
peluang kegunaan baru dalam bidang multi-media dan komunikasi yang
baru. Maka tidak perlu lagi siaran satelit bagi kegunaan tersebut di
mana menara komunikasi sedia-ada boleh digunakan malah boleh juga
digunakan menara-menara masjid sedia-ada sebagai menara mikro pemancar
gelombang.
Di antara perkhidmatan yang boleh disediakan oleh teknologi baru AM
digital:
a- Komunikasi siaran telefon bimbit.
b- Siaran radio digital dan televisyen digital interaktif.
c- Penyaluran internet jalur-lebar.
d- Sistem pengesanan pergerakan ( manusia atau kenderaan ) setempat
atau terestrial GPS.
ii- Alat perakam kaset digital serbaguna.
Pita audio kaset biasa merupakan satu format rakaman audio yang sudah
diperkenalkan semenjak akhir tahun 1960an dan masih relevan digunakan
hingga ke hari ini. Kemunculan format pita video kaset VHS untuk
rakaman video tidak dapat menandingi ketahanan format audio kaset
kerana faktor saiz dan kurang kemudah-gunaan berbanding dengan rakaman
cakera optikal.
Pita audio kaset sebenarnya boleh diperkembangkan lagi untuk digunakan
dalam beberapa produk elektronik tetapi disebabkan kepentingan syarikat
gergasi untuk menguasai pasaran produk baru maka format rakaman baru
diperkenalkan untuk menjaga kepentingan mereka. Pita audio kaset boleh
digunakan bagi kegunaan produk seperti merakam video dari televisyen,
kamera digital, kamera video atau rakaman audio mp3. Maka terpulanglah
kepada teknologis tempatan untuk menghasilkan produk tersebut tetapi
mestilah berteraskan dua falsafah iaitu amat mampu-milik dan mudah
digunakan. Kegagalan menepati dua ciri itu akan mengagalkan usaha
‘revival’ semula teknologi format lama ini.
iii- Alat perakam cakera padat berkos rendah.
Cakera padat optikal –CD merupakan format rakaman yang paling popular
sekarang walaupun ianya sudahpun beransur diambil-alih oleh format DVD.
Media CD boleh rakam dijual dengan harga amat rendah di pasaran tetapi
alat perakamnya ( unit kendiri ) boleh mencecah harga RM 2,000 atau
pengguna perlu membelanja tambahan membeli komputer peribadi jika ingin
membuat rakaman ke atas CD.
Kerja-kerja rakaman video atau audio memerlukan penyimpanan untuk
jangka masa panjang di mana format CD adalah paling sesuai digunakan.
Maka terdapat ruang pasaran yang luas untuk para teknologis Malaysia
bagi menghasilkan alat perakam kendiri cakera padat yang boleh dibeli
setara dengan harga sebuah pemain DVD yang paling murah.
iv- Kotak PC-multimedia.
Penggunaan komputer peribadi di Malaysia dan negara-negara membangun
dianggarkan masih lagi rendah dan mempunyai ruang untuk berkembang.
Faktor penghalang utama ialah kosnya masih lagi diluar kemampuan
pendapatan isirumah. Di pasaran kini harga unit komputer peribadi
termurah adalah sekitar RM 1,000 hingga RM 1,500. Maka terdapat peluang
pasaran untuk unit komputer peribadi yang berharga kurang daripada RM
300. Unit komputer peribadi mampu-milik ini berbentuk seperti satu dek
pemain VCD biasa dengan pemain CD, perakam disket dan sambungan
internet. Televisyen biasa boleh dijadikan monitor komputer.
v- Mesin taip elektronik berciri PC.
Mesin taip elektronik merupakan alat teknologi lepas yang menerima
pukulan hebat daripada perkembangan industri perkomputeran terutamanya
dengan penciptaan komputer riba. Namun ianya masih boleh digunakan
apabila dilakukan penambahan skrin paparan elektronik dan fungsinya
sama seperti sebuah komputer riba. Ciri yang membezakan mesin taip
elektronik adalah fungsi cetaknya yang masih lagi mengekalkan
penggunaan ribon nilon seperti mana asalnya mesin taip mekanikal
terdahulu. Mesin ini mampu melaksanakan tugasan asas penulisan biasa,
akses internet, mengumpul data dan mencetak.
vi- Perisian Ala-Malaysia
Kewujudan produk baru yang diperkatakan sebelum ini memerlukan sistem
perisian untuk mengemudikan kefungsiannya. Maka ianya satu peluang baru
untuk kita bagi mencipta perisian bebas dari kongkongan gergasi
perisian antarabangsa sedia-ada. Nilai pasaran mungkin berbilion
ringgit.
Apa yang diperkatakan disini hanyalah berbentuk teorikal sahaja maka
terpulanglah kepada syarikat teknologi tempatan dan para teknologis
Malaysia untuk melihat sebarang kemungkinan. Dan seterusnya melakukan
penyelidikan dan membangunkan produk tersebut. Diucapkan selamat
berjaya!
Nukilan : Mohd Zamri Bin Muda, Bukit Payung, Marang.
Maklumat Peribadi:
Nama : Mohd Zamri B- Muda
No. i/c : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kg Rawai Bukit Payung, 21400 Marang , Terengganu
No. Tel : 019 902 50 15
Tarikh: 01-09-2004