Saudara Pengarang,

 

Inisiasi program pro-aktif hadapi bencana alam

 

Kejadian ombak besar melanda ke kawasan pantai di utara semenanjung baru-baru ini sememangnya berlaku di luar jangkaan kita semua. Kehilangan sebegitu ramai nyawa dan kerosakan harta benda begitu mendukacitakan kita semua, bukan sahaja di negara kita malah di kesemua negara yang menghadap lautan Hindi dan Andaman. Kejadian sebegini memberikan peringatan kepada kita untuk bersedia awal menghadapi bencana alam di luar jangkaan. Kejadian ombak besar tempoh hari hanya memberikan impak kurang daripada 1% daripada keseluruhan negara kita tetapi bagaimana kita untuk menghadapi impak bencana yang memberikan kesan kemusnahan 100% atau 200%. Contoh pertama bencana luar jangka yang dahsyat adalah impak komet dimana pernah berlaku di akhir Zaman Jurassik memusnahkan kesemua spesies dinasour besar. Contoh kedua adalah bencana buatan manusia sendiri iaitu letusan nuklear.

 

Maka tidak hairanlah ada rakyat di negara Jepun sanggup berhabiskan wang berjuta yen untuk membina tempat perlindungan peribadi daripada bencana nuklear di samping kerajaan mereka memperuntukkan pembinaan tempat perlindungan bawah tanah bagi menghadapi perang atau bencana nuklear. Langkah yang sama juga turut diikuti oleh negara jiran Singapura.

 

Maka itu, Malaysia seharusnya ke hadapan dengan membuat beberapa langkah proaktif bagi mengelakkan kejadian bencana luar jangka untuk keselamatan generasi akan datang. Langkah proaktif tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu untuk jangka masa pendek dan untuk masa jangka panjang.

 

Untuk tempoh jangka pendek, kita perlu menangani risiko terkini dan masa hadapan iaitu kesan ombak besar yang diakibatkan oleh kejadian gempa bumi berpunca dari kawasan Indonesia dan Filipina. Dicadangkan stesen-stesen kecil yang boleh membunyikan siren amaran kecemasan dibina di tepi pantai yang menjadi tumpuan orang ramai berkelah atau berpendudukan tinggi. Manakala boya keselamatan di kawasan sempadan laut negara perlu dilengkapi sensor pengesan arus ombak yang boleh memberi amaran dalam lingkungan 10-30 minit sebelum kesan ombak besar sampai ke pantai.

 

 

Untuk jangka masa panjang pula bagi menghadapi risiko bencana luar jangka seperti impak komet dari angkasa atau kejadian letusan nuklear memerlukan pembinaan tempat perlindungan yang kukuh. Namun begitu, tempat perlindungan tidak boleh dibina menggunakan konkrit dan mengikut struktur menyerupai dewan besar kerana risiko impak gegaran tetapi dalam bentuk struktur binaan kukuh tertentu. Disyorkan pembinaan ( seperti mana bentuk seberkas lidi penyapu ) mengikut struktur kon lebah memanjang atau silinder bulat memanjang diperbuat daripada logam dilapisi bahan tahan haba dan dilindungi kemudiaannya oleh lapisan tanah liat setebal 100-200 meter yang boleh menahan haba impak.

 

Program perlindungan untuk melindungi nyawa orang ramai daripada bencana yang lebih besar ini boleh dinamakan sebagai Program NUHH atau Nyawa Untuk Hidup ke masa Hadapan. Program ini amat penting untuk menyelamatkan waris negara di masa akan datang, sekurang-kurangnya untuk melindungi 1% daripada populasi negara dan kemudian boleh dipertingkatkan perlahan kepada 10% dan kemudian 25% atau lebih tinggi lagi. Ketika aman, tempat ini boleh dijadikan tempat penginapan, seminar, kem cuti sekolah atau sebagai produk pelancongan,

 

Bagi golongan yang tidak terpilih untuk berlindung di pusat-pusat perlindungan Program NUHH boleh membina tapak perlindungan sendiri menggunakan pendekatan konsep tersebut. Populasi haiwan dan tumbuhan tempatan juga perlu dimasukkan dalam pelan kecemasan tersebut bagi melindungi kelangsungan spesies.Langkah jangka panjang tersebut tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa tetapi sekadar menjadi agenda yang perlu dilaksanakan sedikit-sedikt secara berperingkat.

 

Nukilan : Mohd.Zamri B- Muda, Bukit Payong, Marang.

 

( Artikel di atas hanya memaparkan fakta-fakta penting sahaja yang perlu diberikan perhatian utama. Perkara-perkara lebih terperinci boleh dihurai oleh pakar-pakar dalam bidangnya )

 

Maklumat Peribadi;

Alamat ( baru ) : 1727 Padang Pak Wan, Jalan Rawai-Pasir Tinggi, Bukit Payong, 21400 Marang.

i/c : 740102-11-6391

No tel : 019 902 50 15

Rujukan web di geocities.com/ramzamuda

Hosted by www.Geocities.ws

1