Saudara Pengarang,

 

Relevan penubuhan syarikat petroleum kedua negara

 Anggaran simpanan minyak mentah Malaysia dianggarkan hanya cukup untuk kegunaan selama kurang daripada seratus tahun. Sementara menunggu simpanan minyak mentah negara habis, Malaysia sepatutnya mempersiapkan dirinya terlebih dahulu dengan sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti pengunaan sumber tenaga bio dan sumber tenaga solar. Menuju ke arah matlamat tersebut, fenomena ketidaktentuan turun-naik harga minyak dunia begitu banyak mempengaruhi kos sara hidup rakyat terbanyak.Setiap kali kenaikan harga minyak berlaku maka berlakulah tindakbalas domino menyebabkan kenaikan harga barang lain tetapi yang hairannya apabila berlaku kejatuhan teruk harga minyak dunia, tidak pula berlaku penurunan kos barang dan perkhidmatan yang naik sebelum itu.

<>  <>Malaysia sebagai negara contoh kepada negara membangun yang lain harus melakukan sesuatu yang luarbiasa bagi menangani fenomena ini kerana Malaysia mempunyai kelebihan sumber sendiri. Maka itu, penubuhan syarikat petroleum kedua negara ( boleh dinamakan sebagai PETROD ) amat relevan bagi menguruskan khazanah petroleum dan gas asli negara untuk kegunaan domestik. Penubuhan syarikat petroleum kedua negara bukannya untuk memperkecilkan PETRONAS sebagai syarikat minyak negara yang terunggul kerana bebannya amat berat jika dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pengeluaran minyak dan gas domestik. 

Pengunaan sumber minyak domestik sepenuhnya juga boleh mengurangkan kadar pencemaran negara kerana minyak tempatan berkualiti tinggi rendah kandungan sulfur berbanding dengan sumber minyak mentah yang diimport daripada negara Asia Barat.

Seharusnya pengasingan pengeluaran untuk kegunaan domestik dan eksport adalah perlu kerana pengeluaran minyak domestik tidak bertujuan untuk keuntungan dan tidak terlibat dengan naik-turun harga minyak dunia. Manakala PETRONAS sebagai syarikat terunggul negara boleh terus mengorak langkah untuk menjadi satu satu entiti korporat dunia dengan menambahkan lagi usaha carigali di negara asing dan membiayai penggunaan sumber-sumber tenaga baru negara. 

<>

Diharapkan kaedah penyelesaian isu bahanapi di negara ini boleh direalisasikan dengan seberapa segera mungkin. Apakah Malaysia sudah bersedia mengubah dasar untuk itu atau meneruskan corak amalan lama? Jawapan yang pasti adalah simpanan minyak negara adalah terhad tetapi tidakkah rakyat jelata juga berhak untuk menggunakannya dengan harga yang setimpal. Gunakanlah kekayaan sumber yang sedikit itu untuk kesejahteraan generasi masa depan dengan melakukan pelaburan sumber baru.

<>Nukilan : Mohd.Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

 

Maklumat Peribadi;

<>No. i.c. : 740102-11-6391

No. telefon : 019 902 50 15

Alamat : 131, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu

Laman Web Rujukan, sila lawat : www.geocities.com/ramzamuda

 

Hosted by www.Geocities.ws

1