PetirBencana

Saudara Pengarang,

Melindungi keselamatan orang ramai daripada panahan petir

Kejadian panahan petir merupakan salah satu daripada kejadian alam biasa yang boleh membawa ancaman keselamatan nyawa kepada manusia. Peristiwa menyedihkan di Gunung Rajah, Chamang, Pahang baru-baru ini adalah risiko musibah terburuk apabila kejadian alam ini menimpa. Kejadian sedih di Pahang ini memberi peringatan kepada kita semua tentang betapa alpanya kita akan mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan untuk melindungi diri kita dan keluarga  walaupun negara Malaysia merupakan negara yang berisiko rendah menghadapi ribut petir kerana berada di khatulistiwa tidak seperti negara jiran seperti Taiwan, Thailand dan Bangladesh yang menghadapi magnitud lebih besar dan berkuasa panahan petir kerana berada di kawasan tropika.

Diantara langkah-langkah keselamatan proaktif yang boleh menurunkan risiko panahan petir adalah seperti berikut;
- Alat pengalir kilat perlu dipasang di rumah-rumah kampung, perumahan setingkat atau bangunan flat kediaman.
- Bangunan-bangunan persendirian, masjidd dan bangunan kerajaan juga perlu diwajibkan pemasangan alat pengalir kilat.
- Menara kecil yang di khaskan untuk mennerima panahan petir juga perlu dibina di kawasan rekreasi awam seperti tepian pantai, puncak bukit, kawasan perkhemahan dan sebagainya.

Langkah-langkah berikut tidak dapat mensifarkan risiko malapetaka panahan petir tetapi sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan sedikit peratusan risikonya dan tahap kekuatan elektrik yang ada pada panahan petir yng boleh membawa maut atau kecederaan.Pengajaran besar daripada insiden Gunung Rajah ini mengingatkan kita- apakah tahap keselamatan di rumah kita sendiri mencukupi bagi melindungi risiko disambar kilat.  Kita seharusnya sentiasa waspada  dan sedar bahawa risiko panahan petir sentiasa ada walau di mana kita berada. Sebahagian daripada kita seringkali memandang enteng akan risiko malapetaka alam ini kerana dibuai keselesaan hidup tanpa bencana alam di Malaysia bertuah ini.
Nukilan: Ramzam Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat Peribadi;
Nama penuh: Mohd.Zamri Muda
No. I/C: 740102-11-6391
Alamat: 131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang,Terengganu.
No. Tel: 013 952 29 18

P/s: Terimalah sedikit idea daripada saya untuk menangani risiko panahan petir kepada orang ramai.

Hosted by www.Geocities.ws

1