Saudara pengarang,
Perkasakan pertanian di negeri Terengganu dengan cara baru
Menyebut aktiviti pertanian di negeri Terengganu, ramai yang beranggapan
negeri Terengganu adalah satu lokasi yang tidak beberapa sesuai untuk tujuan
aktiviti tersebut. Ini kerana paradigma orang ramai sudah dibelenggu dengan
gambaran keseluruhan negeri ini ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh.
Sebenarnya kawasan yang bermasalah banjir dianggarkan hanya meliputi 5% daripada
luas keseluruhan tanah pertanian di negeri ini kerana kebiasaan majoriti
penduduknya suka menetap di kawasan muara dan pinggiran sungai. Manakala
majoriti 95% lagi tanah pertanian yang terlindung banjir sebenarnya
terdiri daripada tanah kebun tua yang telah lama diusahakan dengan tanaman
buah-buahan yang tidak produktif dan kebun getah tinggal.
Maka strategi pertanian yang baru boleh diperkenalkan bagi menghasilkan perolehan
maksimum setiap ekar tanah yang diusahakan iaitu sistem penanaman produktiviti
tinggi dimana tanah sempadan pagar timur-barat ditanam pokok balak, tanah
di bahagian tepi ditanam tanaman kekal seperti getah/kelapa sawit/buah-buahan
manakala bahagian tengah dibiarkan kosong untuk penanaman jangka pendek seperti
tanaman bijirin ( padi huma/sekoi/betari ) atau tanaman kontan ( nenas/pisang/betik
) atau tanaman sayur-sayuran atau hanya sebagai padang rumput.
Manakala kawasan tanah paya terbiar atau kawasan tanaman padi tidak produktif
ditukarkan menjadi kawasan petanian kekal dengan kaedah pembinaan struktur
terusan-daik dimana kawasan daik boleh dijadikan tempat penanaman kekal seperti
getah, kelapa sawit dan sebagainya manakala kawasan terusan berair boleh
dijadikan tempat penternakan ikan air tawar, penanaman rumput paya dan rumpai-air.
Pendekatan konvensional kini iaitu kaedah pengeringan kawasan berair tidak
dilakukan kerana risiko kebakaran gambut dan meningkatkan lagi pemuliharaan
reservoir air tawar dan pengekalan ekologi semulajadi fauna-flora setempat.
Kawasan tanah beris berpasir tepian pantai sesuai dijadikan kawasan penanaman
bijirin kering seperti sekoi/betari. Manakala di kawasan tanah sempadan,
pokok gelam dan kelapa sesuai ditanam secara meluas untuk perusahaan pengeluaran
madu kerana pembungaan kedua jenis tanaman ini hampir sepanjang tahun. Kawasan
ini juga sesuai untuk dijadikan kawasan penanaman pokok sumber biomass seperti
buluh, akasia dan kenaf.
Manakala pengeluaran buah-buahan tempatan perlu diambil inisiatif dikormersialkan
oleh Syarikat Pertima Terengganu. Contohnya seperti duku, rambutan, durian
belanda, nangka, cempedak dan limau manis sesuai dijadikan minuman jus manakala
buah kelapa dan kabung sesuai untuk dijadikan minuman isotonik. Pengeluaran
perikanan Terengganu seperti sotong dan ikan juga sesuai dikomersialkan ditinkan
mengikut resepi masakan tempatan seperti masak kisap, singaman atau masak
merah.
Maklumat;
I.c. no. : 740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Jalan Rawai-Pasir Tinggi,
Kg. Padang Pak Wan, Bukit Payung,
21400 Marang, Terengganu.
Rujukan web : www.geocities.com/ramzamuda
Tarikh : 12-08-2005