Isu...
Saudara pengarang,
Wajar istihar perang terhadap kanser
Selain daripada penyakit jantung dan diabetes, penyakit kanser adalah peragut
nyawa utama di negara kita. Sudah beratus-ribu insan tersayang telah tewas
pergi meninggalkan kita semua tidak kira tua atau muda. Jumlah pesakit kanser
semakin bertambah dari tahun ke setahun dengan bebanan kos rawatan yang amat
tinggi ditanggung secara individu maupun oleh pihak kerajaan secara tidak
langsung. Maka itu, penubuhan Institut Kanser Negara ( IKN ) amat bertepatan
sekali bagi tujuan perawatan kos rendah dan penyelidikan penawar alternatif
penyakit kanser.
Penubuhan IKN memang tepat pada waktunya dimana sewajarnya kita mengistiharkan
perang habis-habisan terhadap penyakit kanser. Tujuan saya menulis surat ini
adalah untuk membuka sedikit minda tentang pilihan-pilihan pencegahan dan
rawatan kanser. Sebagaimana yang kita ketahui, sel kanser terjadi akibat perubahan
sedikit maklumat genetik dalam sel badan biasa. Apabila terbentuk sel
kanser, ia akan mudah berganda tanpa dapat dikawal oleh badan dan seterusnya
mengancam organ badan lain untuk berfungsi normal.
Perubahan maklumat genetik pada sel badan yang menyebabkan sel menjadi kanser
adalah disebabkan oleh agen radikal bebas atau bahan toksik seperti logam
berat dan sedikit sekali disebabkan faktor warisan genetik. Maka makanan dan
persekitaran memainkan peranan yang amat penting terhadap faktor terjadinya
kanser. Agen radikal bebas hanya boleh dineutralkan oleh bahan anti-oksida
dimana bahan anti-oksida amat tinggi kandungannya dalam ulam-ulaman segar,
pokok herba, akar-kayu perubatan tradisional, sayuran dan buahan.
Makanan yang tinggi kandungan radikal bebas penyebab kanser adalah bahan
berkanji atau daging yang separuh hangus mengandungi bahan accrilamide manakala
minyak masak yang diguna lebih dari sekali mengandungi asid lemak teroksida
yang amat toksik. Maka makanan seperti kentang goreng, roti bakar, ikan bakar,
daging bakar, sate dan penggunaan minyak yang telah tengik perlu disusuli
dengan memakan ulam, sayur atau buah-buahan. Kegagalan untuk berbuat demikian
meninggikan risiko cenderung kanser. Kajian terkini saintis Barat mendapati
terdapat satu jenis sayuran yang boleh mendorong sel kanser untuk ‘membunuh
diri’ atau apoptosis adalah keluarga pokok bayam ( spinach ).
Manakala perawatan alternatif yang lebih murah perlu djalankan oleh pihak
IKN seperti teknologi penggunaan perubatan tradisional kampung yang melibatkan
penggunaan herba dan akar-kayu dimana bahan tersebut mengandungi tinggi kandungan
anti-oksida. IKN perlu mendapatkan dos yang sesuai daripada kajian kes pesakit
yang berjaya sembuh setelah menjalani rawatan tersebut. Bagi pesakit kanser
peringkat kronik yang tidak memungkinkan sebarang rawatan konvensional seperti
radiasi atau kemoterapi masih mempunyai harapan akhir dengan kaedah penggunaan
virus tertentu untuk membunuh sel kanser.
Kajian rawatan kanser menggunakan virus pernah dijalankan di Amerika Syarikat
sekitar 1940an tetapi tidak dikembangkan kerana dikatakan rawatan radiasi
dan kemoterapi lebih cekap dan berkesan menghapuskan kanser. Berkemungkinan
juga rawatan kanser menggunakan virus menggurangkan kadar untung pusat rawatan
menyebabkan mereka lebih mengesyorkan rawatan berkos tinggi. Maka itu, pihak
IKN wajar membuka cabang pengkajian penggunaan virus sebagai mesin nano untuk
membunuh sel kanser. Kejayaan kajian teknologi-teknologi alternatif ini memungkinkan
penurunan kos rawatan kanser dan Malaysia boleh muncul menjadi pusat rawatan
kanser tumpuan dunia.
Oleh : Zamri Muda, Bukit Payong, Marang.
Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd. Zamri B- Muda
No i/c : 740102-11-6391
Alamat : 1727, Jalan Rawai-Pasir Tinggi,
Kg. Padang Pak Wan, Bukit Payong,
21400 Marang,
Terengganu.
No. tel : 019 902 50 15
Sila lawat web wwww.geocities.com/ramzamuda untuk rujukan lanjut.