Saudara Pengarang,

MENUKAR OIC MENJADI PERTUBUHAN YANG BERKESAN

Kita semua pernah membaca laporan di dada akhbar tempatan tentang apa yang berlaku di Palestin sekitar bulan November 2003 yang teramat membimbangkan kita sebagai umat Islam. Keangkuhan Israel telah melampaui batasannya. Pasukan tentera udaranya sudah mula berani menceroboh ruang udara negara Syria dan melakukan pengeboman pertama kali semenjak 30 tahun.

Jika sebelum itu bangunan pentadbiran kerajaan Palestin dikepung dan Arafat hendak diusir keluar. Peranan besar Yasser Arafat sebagai penimbal kepada keamanan Palestin diperlekehkan malah pernah pihak Israel bercadang untuk membunuh beliau. Dan kemudian pula sasaran ditukar pula. Apakah pihak zionis lebih senang hati jika militan Palestin bertindak di luar kawalan selepas kematian pemimpin Hamas – Sheikh Ahmed Yassin. Maka dengan mudah dengan atas alasan memerangi keganasan, negara seteru Yahudi – AS dan Britain sekali lagi melakukan penaklukan seperti mana Iraq dan Afghanistan.

Sebagai umat Islam, saya amat berasa simpati apa yang menimpa nasib ke atas nyawa-nyawa manusia yang tidak berdosa di bumi Palestin. Rundingan damai amat lambat prosesnya hinggakan berpuluh tahun. Keselamatan nyawa rakyat Palestin memerlukan pembelaan seberapa segera maka di sini saya mencadangkan agar negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam sahabat yang kini sedang mempengerusikan Pertubuhan OIC melakukan inisiatif menggerak dan menukar peranan Pertubuhan OIC untuk menjadi badan dunia yang pragmatik dan berkesan.

Mekanisma untuk OIC menjadi pertubuhan yang pragmatik ialah dengan cara menaja aktiviti menegak keamanan di negara anggota yang bermasalah. Maka itu OIC wajar menubuhkan Pasukan Pengaman Negara-negara Islam atau dinamakan sebagai Pasukan Keamanan Negara-negara Islam. Mungkin sebelum penubuhan pasukan tersebut perlu diwujudkan Majlis Keselamatan Negara-negara Islam atau Majlis Keamanan Negara-negara Islam bagi menaja pertubuhan pasukan pengaman dan menjalankan prosedur kerja asas penubuhan pasukan tersebut.

Penubuhan organisasi pasukan pengaman daripada negara-negara Islam amat diperlukan kerana jika kita mengharapkan inisiatif daripada PBB adalah amat mendukacitakan. Masih ingatkah lagi kita akan tragedi di Bosnia-Herzegovina [1992-1995] dan Kosovo [1999] dulu. Pertubuhan OIC tidak boleh lagi menjadi tempat untuk melepas cakap dan menyatakan draf resolusi mesyuarat tetapi sebagai pertubuhan yang bergerak di atas nama keselamatan umat Islam dan sebagai kuasa ekonomi dunia yang bersatu.

Jika AS-Britain mengunakan isu memerangi keganasan untuk melakukan peperangan. Maka itu negara-negara Islam dalam OIC wajar menggunakan alasan menegak dan memelihara keamanan negara-negara anggota yang lemah sebagai motif utama. Penempatan Pasukan Pengaman Negara Islam juga relevan ditugaskan di Iraq mengambilalih tugas AS-Britain dalam proses membina semula demokrasi di negara tersebut. Instrumen atau mekanisme asas pasukan pengaman negara Islam ialah melindungi nyawa rakyat awam dan memberikan bantuan kemanusiaan.

Kewujudan pasukan pengaman negara Islam  perlu diteruskan selagi keamanan mutlak tidak dicapai. Jika Israel melakukan pencerobohan dan serangan maka ia telah melakukan serangan kepada negara-negara Islam yang lain. Pejuang militan Palestin harus ditandatangani dengan secara wajar oleh Majlis Keselamatan Negara-negara Islam, mungkin patut mereka diekstradisi atau ditempatkan di negara Islam yang berkecuali.

Faktor-faktor yang memungkinkan OIC boleh dan mampu mewujudkan pasukan pengamannya sendiri kerana di ada  kalangan negara Islam mempunyai kekuatan modal daripada negara-negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi, Libya, Kuwait dan Bahrain. Kekuatan persenjataan daripada Turki dan negara-negara Islam bekas jajahan Soviet. Manakala kepakaran dan tentera terlatih daripada negara Malaysia, Mesir dan Pakistan. Bersamalah kita berdoa agar sesuatu gagasan yang tegas dapat memelihara keselamatan ummah lahir daripada tempoh waktu Malaysia mempengerusikan Persidangan OIC kini.

Nukilan- Zamri Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang.

Sila Lawat: www.geocities.com/ramzamuda

Maklumat Peribadi;
Nama: Mohd Zamri Bin Muda
i-c- 740102-11-6391
Pendidikan : Bachelor Sains Biotechnology, UniPutra Serdang 1998
No. Tel. : 013 952 29 18
Alamat : 131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang,Terengganu
Tarikh- 14-12-2003

Hosted by www.Geocities.ws

1