Saudara Pengarang,

 

Penyalahgunaan pembesar suara azan masjid harus dihentikan

 

Setiap kali berkumandang seruan azan di corong pembesar suara dari bangunan menara masjid, semua orang tidak kira muslim atau bukan muslim merasai ketenangan. Kepada umat Islam, seruan azan melambangkan bahawa negara ini adalah penaung dan pelindung agama suci Islam yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah penghayatan Islam di negara kita begitu menyeluruh sekali melebihi daripada negara Arab sendiri. Namun hari demi hari, penanda seruan syariat yang begitu mendamaikan jiwa itu tercemar kerana berlaku penambahan yang tidak sepatutnya.

 

Penambahan selain seruan azan yang boleh dikatakan wajar adalah penyiaran ayat suci Al-Quran selama 5-10 minit atau apa-apa pengumuman penting untuk pengetahuan masyarakat setempat. Tetapi jika satu acara sembahyang, satu kandungan kuliah subuh atau apa-apa ceramah sesudah sembahyang fardu, penyiaran bacaan Al-Quran berjam-jam malah satu acara sembahyang terawih ( mengambil masa lebih sejam ) juga diperdengarkan dengan menggunakan sistem pembesar sura untuk azan. Ini tentunya menjadi sesuatu perkara yang amat tidak wajar. Kepada yang bukan muslim, bunyi-bunyi sebegitu dianggap bunyi bising yang mengganggu kehidupan mereka.

 

Perkara sebegini mungkin dianggap tidak mengapa oleh masyarakat Islam setempat kerana ianya berkaitan dengan pengajaran agama maka diatas nama agama hal ini tidak dibantah. Tetapi jika perkara ini diperhalusi di sudut keterbukaan dan pendekatan penuh berhemah yang ada di dalam pengajaran Islam tentunya penyalahgunaan sistem pembesar suara adalah perkara tidak sepatutnya dilakukan.

 

Penyalahgunaan kemudahan pembesar suara azan ini berakar-umbi daripada sesetengah golongan dalam masyarakat yang berselindung di sebalik unsur agama bermula awal 1980an dahulu. Mulai sejak itu, fenomena penggunaan pembesar suara secara tidak wajar menjadi ikutan ramai. Jika dibuat perbandingan ajaran Islam yang sebenar, pernah tersebut di dalam hadis dimana dilarang membaca Al-Quran di dalam masjid dengan nada kuat kerana dikhuatiri menganggu kekusyukkan jemaah lain untuk menjalani ibadat lain. Maka hal ini boleh diaplikasikan dengan fenomena penyalahgunaan pembesar suara. Jika membaca al-Quran di dalam masjid tidak dibenarkan bersuara kuat sehinggakan mengganggu jemaah lainnya beribadat inikan pula penggunaan pembesar suara yang melampau sehingga didengari seisi kampung.

 

Sebagai contoh mudah, jika satu kuliah subuh diperdengarkan kepada satu khalayak kampung. Bagaimanakah dengan individu atau isirumah berdekatan dengan masjid yang memilih untuk menunaikan fardu subuh di rumah sahaja. Khusyukkah sembahyang mereka. Dengan kuliah subuh yang berlarutan sehingga matahari hampir terbit, patutkah ianya menyebabkan ibadat orang lain di kampung itu terganggu dan hilang kekusyukkannya. Soal menyebarkan dakwah Islamiah bukannya perlu dibuat secara sebegitu. Nabi sendiri tidak pernah diriwayatkan pernah melakukan pengajaran agama dengan secara melaung daripada menara masjid tetapi baginda melakukannya secara tertutup di dalam masjid. Laungan yang kuat kedengaran di Kota Madinah hanyalah suara panggilan azan oleh Billal Bin Rabah.

 

Dibimbangkan jika perlakuan melebih-lebihkan penggunaan pembesar suara daripada azan menjadi sesuatu yang bidaah. Sekiranya ia disalahguna dengan tujuan tersembunyi tentunya ia sudah tidak memberi pahala malah bertukar hukum lain pula. Tetapi yang amat dibimbangi sekali adalah para jemaah yang hadir dalam masjid itu dilanda akan perasaan riak dan takabbur kerana merasakan diri mereka lebih Islam daripada orang yang berada di luar masjid.

 

Sesungguhnya agama Islam itu adalah agama suci yang sempurna, yang penuh toleransi bersederhana dan penuh berhemah di setiap pengajarannya. Tetapi janganlah keindahan dan keharmonian yang ada dalam agama kita diconteng dengan hal-hal yang jumud, ekstremis,fanatik dan keterlaluan angkara agenda tersembunyi puak-puak yang bertopengkan agama.

 

Oleh : Rayan Kalai, Kuala Terengganu.

 

Nota : Hal tersebut adalah sesuatu yang sensitif tetapi ianya tidak boleh dibiarkan menjadi yang tidak sepatutnya. Saya percaya- kesederhanaan itulah yang terbaik!

 

Maklumat Peribadi;

Nama : Mohd Zamri Bin Muda

Alamat : 131, Kampung Rawai, Bukit Payung , 21400 Marang, Terengganu.

I.C. No : 740102-11-6391

No. Telefon ; 019 902 50 15

Laman web rujukan : www.geocities.com/ramzamuda

Hosted by www.Geocities.ws

1