Saudara Pengarang,

Kempen besar-besaran guna kenderaan awam dengan harga tambang separuh

Tahniah kepada kejayaan Kuala Lumpur kerana dapat jua menzahirkan impian sistem pengangkutan awam ibu negara yang lebih efisien dengan pelaksanaan Rapid KL. Tetapi sayangnya projek besar ini tidak akan menjadi berkesan jika jaringan jalanraya di Kuala Lumpur dipenuhi oleh kenderaan persendirian yang tidak sepatutnya contohnya satu kereta digunakan oleh satu orang sahaja terutamanya ketika waktu-waktu utama. Manakala lorong-lorong khas yang disediakan untuk laluan bas masih tidak dapat diguna dengan sepenuhnya oleh bas-bas tersebut. Maka itu saya mencadangkan agar kempen tambang separuh pengangkutan awam merangkumi sistem rel dan bas diadakan untuk tempoh terhad bagi melihat sebarang kemungkinan akan perubahan corak penggunaan kenderaan.

Saya percaya kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur boleh diatasi secara total jika mengikut formulasi; Perjalanan dekat, penguna majoriti menggunakan sistem pengangkutan bas manakala perjalanan jauh  pula penguna menggunakan sistem pengangkutan rel seperti LRT, monorel dan komuter. Maka itu, kos tambang perlu diturunkan bagi memberi daya penarik kepada pengguna majoriti untuk mennggunakan rangkaian pengangkutan awam. Kos tambang yang rendah merupakan kata kunci utama yang teramat penting selepas faktor kecepatan rangkaian pengangkutan. Kerugian kos akibat perlaksanaan tambang rendah tidak perlu dibangkitkan disini kerana pembaziran berbilion ringgit wang rakyat biasa bagi membayar kos petrol bagi kenderaan mereka sendiri dengan diiringi berlakunya kesesakan lalulintas yang melampau sering menghantui setiap hari.

Apatah lagi, golongan rakyat biasa terpaksa menangung kos pembaikan tidak wajar beberapa kali dalam setahun ( akibat selalu menunggu dalam kesesakan ) kenderaan mereka sendiri dan kenyataan separuh daripada hidup mereka setiap hari di jalanraya walhal waktu itu sepatutnya mereka menikmati masa-masa berkualiti berada bersama keluarga masing-masing. Penggunaan sistem pengangkutan secara meluas dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kadar kematian akibat kemalangan kerana golongan rakyat biasa kurang menggunakan kenderaan sendiri yang berisiko tinggi seperti motorsikal. Dengan kos tambang yang murah juga boleh menggalakkan rakyat untuk berbelanja lebih seumpamanya membeli pakaian, komputer, sayur-sayuran dan buah-buahan lebih berkhasiat untuk anak. Malah untuk digunakan membiayai kos kelas tuisyen anak-anak serta boleh pergi melancong bersama keluarga.

Selain daripada pilihan tambang murah rangkaian pengangkutan awam, Kuala Lumpur juga boleh mengurangkan separuh aliran trafik ( terutamanya pengguna kereta persendirian ) dengan melaksanakan sistem giliran menggunakan kenderaan iaitu dengan mengilirkan kenderaan berplat nombor ganjil berpadanan dengan bilangan minggu ke berapa. Tetapi kenderaan lain yang membawa bilangan pengguna melebihi 3 orang dikecualikan. Jika 2 orang sahaja mungkin dikenakan denda dengan membeli nilaian RM 50 kupon atau tiket prabayar sistem pengangkutan bas atau rel. Jika seorang sahaja mungkin dikenakan denda kena membeli nilaian kupon/tiket dengan membeli nilaian RM 150. Dengan itu akan mengalakkan orang ramai untuk berkongsi kenderaan dan denda kupon itu boleh digunakan oleh orang lain contohnya anak pemandu ( pergi ke sekolah ) atau isteri pemandu ( untuk pergi ke pasar, membeli belah ).

Saya amat berharap idea ini boleh direalisasikan walau untuk tempoh sekejap sahaja, katakan untuk 2 minggu sahaja. Berilah peluang kepada pengguna majoriti menunjukkan kuasanya bagi mengubah keadaan. Tetapi tidak tahulah apa yang akan terjadi jika cadangan ini dapat dilaksanakan dengan sikap orang Malaysia yang aneh dan pelik itu.

Teropong dari jauh- Rayan Kalai, Kuala Terengganu.


Maklumat;

Nama : Mohd.Zamri Muda.

 <>i/c : 740102-11-6391

alamat: 131, Kg.Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu.

No. tel: 019 902 50 15

Rujukan web di geocities.com/ramzamuda

Tarikh : 06-12-2004

Hosted by www.Geocities.ws

1