Potensi Penggunaan Gelombang Mikro Lampau Tinggi untuk Membunuh dan Memusnahkan Virus SARS, Selsema Burung dan Prion MCD

Kegunaan air mendidih dan wap panas tekanan tinggi untuk membunuh bakteria dan virus telah lama digunapakai oleh manusia moden. Prosedur tersebut telah begitu meluas digunakan ke atas perkakasan hospital dan penyelidikan hayat. Manakala kaedah terkini, gelombang mikro dipercayai dapat membunuh kuman dengan kerana tindakan pemanasannya adalah di peringkat molekular. Gelombang mikro memanaskan air dengan cara menambahkan resonan getaran setiap individu molekul air.

Pemanasan air di peringkat molekular lebih berkesan daripada penggunaan air panas mendidih dan wap tekanan tinggi untuk membunuh kuman yang berada tersembunyi di dalam bahan makanan mentah seperti daging ayam atau lembu kerana kuman masih terlindung selamat jika berada di dalam tulang atau tengkorak kepala. Pemanasan peringkat molekular menjamin kematian dan kemusnahan struktur kuman kerana tindakan haba yang melampau boleh menyah-asli secara langsung atau tidak langsung struktur protein dan bahan genetik [DNA] yang terkandung oleh organisma hayat. Pemahaman proses nyah-asli boleh dibuat contoh umpama telur yang direbus, kandungan protein yang masak menyebabkan embrio ayam dalam telur tersebut tidak lagi hidup dan mati.

Pemanasan gelombang mikro memungkinkan kita untuk menghapus dan memusnahkan organisma hayat yang merbahaya seperti bakteria, virus dan zarah prion. Sebagai contoh masakini, wabak virus SARS dan virus Selsema Burung begitu diperkatakan. Begitu juga wabak penyakit lembu gila-MCD [ Mad Cow Disease ] yang juga hangat diperkatakan kerana disebabkan oleh zarah prion MCD yang berupakan molekular kompleks zarah protein dimana memainkan fungsi menyebabkan keradangan otak kepada ternakan lembu dan juga manusia. Ketiga-tiga organisma hayat tersebut mengandungi struktur protein yang boleh dinyah-asli dengan menggunakan gelombang mikro.

Namun, pengkajian khusus perlu dilakukan oleh para penyelidik di universiti dan institut penyelidikan bagi mengenalpasti keberkesanan teknik pemanasan gelombang mikro yang sesuai. Tetapi langkah penggunaan gelombang mikro boleh digunakan oleh orang awam sebagai tindakan proaktif walaupun negara kita tidak menghadapi ancaman wabak secara langsung.

Secara mudahnya, semua sumber makanan daripada haiwan boleh dipanaskan secara maksimum dengan menggunakan fungsi memanggang kentuhar gelombang mikro. Langkah melakukan pra-masak setiap sumber haiwan dapat mengelak bukan sahaja untuk menangani masalah wabak virus semasa tetapi memberi faedah tidak langsung bagi menghapuskan virus hepatitis, kuman taun dan sebagainya. Selain itu, langkah pra-masak menjamin ketahanan sumber makanan dan boleh disimpan di dalam peti sejuk lebih lama lagi. Kita harus menerima kaedah pra-masak sebagai sebahagian daripada amalan biasa kerana zat mineral dan vitamin bahan mentah makanan adalah amat rendah berbanding dari sumber buah dan sayur-sayuran. Kita harus menanam paradigma apa yang kita mahu dapat daripada sumber daging hanyalah untuk protein sahaja.

Dalam pada menghadapi tempoh genting akan penularan wabak virus Selsema Burung maka saya mencadangkan agar pengeluar komersial juga membekalkan daging ayam atau daging lembu yang telah dipra-masak dengan gelombang mikro sebelum diedarkan. Sumber-sumber lain seperti ikan, udang, ketam dan kerang-kerangan juga patut dipra-masak terlebih dahulu sebelum dijual kepada orang awam. Langkah penggunaan gelombang mikro tidak dianggap membebankan orang ramai kerana kos seunit kentuhar gelombang mikro kini setara dengan kos sebuah telefon bimbit sahaja.

Sumbangan: Mohd. Zamri Muda, Jabatan Bioteknologi, Uniputra Serdang.
Tarikh: 07 Februari 2004

Sila lawat;www.geocities.com/ramzamuda/ramz1.html untuk senarai idea.

Hosted by www.Geocities.ws

1