Saudara pengarang,

 

Bahanapi metanol- pilihan baru terbaik!

 

Dalam pada saat isu kenaikan harga minyak begitu hangat diperkatakan sekarang, rupa-rupanya terdapat satu jawapan paling sempurna muncul dipenghujungnya. Saya sebelum ini pernah mencadangkan beberapa pilihan alternatif bagi menangani krisis bahanapi negara, semua cadangan tersebut adalah berdasarkan daripada pembacaan ilmiah di majalah dan suratkhabar. Nampaknya cadangan penggunaan gas asli adalah pilihan paling terdekat yang boleh diaplikasikan untuk itu. Namun pengunaan gas asli dalam bentuk NGV masih mempunyai kelemahan iaitu bebanan kos pemasangan alat khas, tempoh masa pengisian bahanapi yang panjang dan bentuk fizikal yang sukar dilihat jika berlaku kebocoran.

 

Maka, saya cuba mencari jalan keluar kepada masalah itu dengan mempertimbangkan  kemungkinan gas asli itu boleh ditukarkan kepada bahanapi cecair yang murah seperti etanol dengan melakukan carian di internet menggunakan kata kunci ‘natural gas convert ethanol’. Dan diantara carian berkaitan yang dijumpai adalah sejenis lagi bahanapi yang kurang dikenali ramai iaitu bahanapi metanol. Metanol adalah sama keluarga dengan etanol tetapi lebih ringan dan lebih kuasa membakar. Dengan beranggapan proses penghasilan industri metanol adalah mahal maka etanol lebih dilihat sebagai pilihan terbaik kerana ianya boleh dihasilkan daripada proses fermentasi. Tetapi hal sebenar adalah sebaliknya. Di dalam proses perindustrian, kos penghasilan metanol adalah jauh lebih murah dan mudah dari penghasilan etanol.

 

Penghasilan etanol secara industri menggunakan bahan mentah kanji tumbuhan melalui proses fermentasi organisma hidup manakala proses penghasilannya secara kimikal adalah kompleks dan tidak efisien. Tetapi berlainan dengan metanol yang amat mudah dihasilkan secara kimikal dengan menggunakan pelbagai sumber karbon seperti arang-kayu, lignin, arang-batu, gas asli malah selulosa kayu biasa! Dapatkah anda bayangkan betapa besarnya potensi bahanapi ini. Nampaknya kita sudah mendapat satu jawapan bahanapi baru untuk digunakan di masa hadapan. Anda boleh membuat rujukan artikel berkaitan di www.deltastate.gov.ng/powerenergy271102b.htm

 

Nukilan : Mohd. Zamri Muda, Marang, Kuala Terengganu.

 

Maklumat Peribadi;

No. i.c. : 740102-11-6391

Alamat : 131, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu

No. telefon : 019 902 50 15

Web rujukan : www. Geocities.com/ramzamuda

Hosted by www.Geocities.ws

1