Saudara Pengarang,

Majikan prihatin untungkan negara

Saya ingin membangkitkan satu fenomena yang berlaku di
dalam negara kita membabitkan tentang sikap tidak
prihatin majoriti majikan swasta terhadap pekerjanya.
Saya percaya fenomena ketidak-prihatinan majikan
tersebut menyumbangkan masalah penggunaan tenaga kerja
asing. Semuanya gara-gara untuk mengejar keuntungan
berlipat kali ganda, satu sikap amalan budaya dunia
ketiga yang sudah tidak lagi sesuai diamalkan di era
alaf baru ini. Apatah lagi kalau negara kita sedang
berusaha keras untuk menjadi negara maju sudah tentu
kita perlu mengubah paradigma agar semua amalan sesuai
dengan etika sebuah bangsa yang maju dan
berketamadunan tinggi.

Apa yang distilahkan ketidak-prihatinan majikan
terhadap para pekerja meliputi pelbagai aspek seperti
penggajian, keselesaan untuk bekerja dan
kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan dengan
keperluan pekerja. Mentaliti majikan dunia ketiga
adalah mengajikan pekerja dengan serendah mungkin dan
tidak menyediakan kemudahan sampingan untuk keperluan
pekerja kecuali yang telah diperuntukkan oleh
undang-undang negara. Hasilnya pekerja berkerja
sekadar 'melepaskan batuk di tangga', tiada komitmen
kepada syarikat sendiri dan mewujudkan 'kerenah
birokrasi'.

Manakala mentaliti amalan majikan negara maju adalah
mengajikan pekerja dengan nilai lebih berpatutan dan
menyediakan sebanyak mungkin kemudahan untuk
pekerjanya. Hasilnya pekerja bekerja lebih rajin,
bersemangat dan berkomitmen tinggi kepada syarikatnya.
Peningkatan kos bukanlah satu masalah besar kerana
peruntukkan berlebihan tersebut cuma akan mengurangkan
keuntungan syarikat dan nilai cukai pendapatan
syarikat yang lebih rendah. Syarikat tidak seperti
orang perseorangan, boros dalam memperuntukan untuk
pekerjanya secara berlebihan tidak memufliskan
syarikat itu. Malah lebih banyak syarikat mengeluarkan
peruntukkan, pekerja kemudian akan berbelanja lebih
membeli barang keperluan atau pergi melancong maka
memberikan perkembangan positif kepada ekonomi negara
secara tidak langsung. Jika keadaan sebegini diamalkan
di seluruh negara maka tidak akan berlaku perang
kenaikan harga apabila kos bahan pengangkutan naik
sedikit.

Keprihatinan majikan terhadap pekerja boleh
ditunjukkan walaupun syarikat bersaiz kecil. Selain
daripada memberikan tangga gaji yang lebih baik, bonus
tahunan atau pelbagai essentif elaun boleh
diperkenalkan seperti elaun tambang, elaun makan
tengahari, elaun pakaian kerja dan elaun sewa rumah.
Manakala bagi syarikat yang lebih besar dan lebih
berkemampuan disegi kekuatan kewangannya tentulah
boleh menunjukkan lebih keprihatinan dengan
menyediakan kemudahan seperti penubuhan pusat jagaan
anak-anak pekerja, bas pekerja bagi menghantar pekerja
pergi-balik ke tempat kerja, pembiayaan membeli rumah
pekerja, pembiayaan membeli kenderaan, pakej pergi
melancong bersama keluarga dan hari keluarga syarikat.

Diharapkan langkah-langkah tersebut dapat memperbaiki
sedikit suasana tempat kerja di seluruh negara dan
seterusnya akan meransang pembangunan negara Malaysia
dengan lebih cepat untuk menjadi negara yang
benar-benar maju.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Bukit Payong, Marang.

Maklumat Peribadi;

Alamat ( baru ) : 1727 Padang Pak Wan, Jalan
Rawai-Pasir Tinggi, Bukit Payong, 21400 Marang.

i/c : 740102-11-6391

No tel : 019 902 50 15

Rujukan web di geocities.com/ramzamuda
Tarikh : 21-02-2004




Hosted by www.Geocities.ws

1