Saudara pengarang,
Hidupkan Kembali Projek Landasan Keretapi Berkembar Seberapa Segera
Berdasarkan perkembangan semasa dan untuk kebaikan negara di masa hadapan,
saya amat berharap pihak kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan semula
pelaksanaan pembinaan landasan keretapi berkembar yang telah ditangguhkan
sekian lamanya. Kepentingan projek ini boleh membawa impak berganda kepada
negara di sudut ekonomi maupun sosial. Kita sebenarnya teramat memerlukan
satu sistem pengangkutan massa yang murah, efisien dan menepati waktu dalam
menuju matlamat negara untuk mencapai taraf negara maju. Ianya sepatutnya
secara tidak langsung menjadi salah satu komponen penting dasar Persyarikatan
Malaysia untuk menjadi lebih cekap. Dan kita sudah kesuntukan masa kira-kira
14 tahun sebelum mencapai matlamat Wawasan 2020.
Perlaksanaan semula projek berkembar semenanjung tidak setakat dengan apa
yang pernah dirancangkan sebelum ini tetapi perlu diperkembangkan lagi jaringannya
hingga ke utara ( Perlis ) , selatan ( mungkin setakat Kluang ) dan jika
boleh diperkembangkan ke pantai timur ( mungkin setakat Kuala Krai ) malah
mungkin ke negeri Terengganu ( boleh diguna laluan Gua Musang - Kenyir -
Kuala Terengganu ). Perjalanan pantai timur boleh disingkatkan dengan penggunaan
terowong bawah tanah ( jentera pengorek terowong KL RM 1/2 bilion yang telah
dibersarakan boleh diguna untuk tujuan tersebut ) dan laluan sesuai adalah
Mentakab- Karak - Batu Caves - Rawang.
Pembinaan landasan berkembar membolehkan aliran keretapi dalam dua arah berlainan
dan membolehkan kecekapan pengangkutan dua kali ganda daripada landasan tunggal,
kebaikan lain adalah penurunan kos pengangkutan kargo. Di sudut lain pula
di segi sosial, pembinaan landasan berkembar membolehkan pekerja-pekerja
di bandar besar di Lembah Kelang tinggal jauh dari tempat kerja iaitu dalam
jarak perjalanan keretapi satu setengah jam perjalanan keretapi komuter biasa.
Malah jarak ni bertambah dua kali ganda lagi apabila keretapi dinaiktaraf
kepada penggunaan keretapi ultra-pantas. Pembinaan keretapi berkembar tidak
sedikitpun menjejaskan pengangkutan awam lain seperti bas dan teksi kerana
pengangkutan lain menjadi boleh pelengkap transit penguna dari stesen nod
keretapi ke tempat kerja atau rumah. Ia juga tidak menjejaskan penggunaan
atau pemilikan kereta persendirian ( terutama kereta nasional ) kerana para
pekerja masih perlu mengunakannya ( disebabkan terlalu jauh untuk berjalan
kaki atau rimas untuk menaiki bas transit ) untuk transit dari rumah ke stesen
keretapi terdekat.
Di sudut ekonomi pula, landasan berkembar juga boleh merangsang ekonomi makro
negara kerana setiap stesen utama keretapi boleh berkembang menjadi bandar
besar manakala stesen nod kecil menjadi bandar kecil dan penempatan penduduk
yang berkos rendah dan selesa. Diharapkan perlaksanaan semula pembinaan landasan
berkembar membolehkan kita untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dengan lebih
cepat.
Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang, Terengganu.
Maklumat Lain;
No. I.C : 740102-11-6391
Alamat : Lot 1727 Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang,
Terengganu.
No. Tel : 019 902 50 15
Lawat websit www.geocities.com/ramzamuda
Artikel ini adalah untuk menyokong tindakan kerajaan Malaysia secara tidak
langsung iaitu tidak laksana landasan kembar ke Johor Bharu yang mengutungkan
Singapura di samping untuk menyemai paradigma baru kepada penduduk Malaysia
iaitu kepentingkan projek landasan berkembar lama ( yang tertangguh ) yang
lebih menguntungkan Malaysia di segi sosial dan mencapai matlamat wawasan
2020 dengan lebih bermakna.