Saudara pengarang,

Alternatif merawat kanser menggunakan virus

Saya pernah membaca satu artikel di akhbar beberapa
tahun lepas yang menceritakan satu kisah ajaib yang
pernah berlaku terhadap pesakit kanser payu dara
sembuh daripada kanser selepas mendapat penyakit lain.
Hairankan? Ceritanya berbunyi begini, bertempat di
sebuah negeri di Amerika Syarikat di tahun sekitar
1920an. Seorang nenek tua disahkan mendapat kanser
payu dara. Tidak lama kemudian, ibarat jatuh ditimpa
pula tangga, nasib nenek itu bertambah malang apabila
digigit oleh anjing gila dan seterusnya mendapat
jangkitan penyakit anjing gila atau istilah
saintifiknya - rabies. Nasib baik ketika itu sudah ada
rawatan vaksin untuk penyakit rabies dan nenek itu
dapatlah rawatan tersebut. Kemudian, secara ajaibnya
nenek itu sembuh besekali dengan sakit kansernya.

Dapatkah anda fikirkan kesan signifikan daripada kisah
ini? Ya, kita sebenarnya masih mempunyai rawatan
pilihan untuk membunuh sel kanser iaitu dengan
menggunakan virus. Teori mudah yang boleh menerangkan
apa yang sebenarnya berlaku ke atas nenek tua tersebut
yang menyebabkan beliau sembuh sepenuhnya daripada
kanser adalah virus rabies sempat menyerang dan
membunuh sel kanser jauh lebih mudah berbanding dengan
sel tubuh biasa kerana sel kanser hidup tanpa dapat
perlindungan antibodi daripada badan perumahnya. Maka
itu sewajarnya, negara kita perlu membuka pintu
terhadap pengkajian penggunaan virus untuk merawat
kanser.

Jika anda melakukan pencarian di internet dengan
menggunakan kata-kunci virus-bunuh-kanser, anda akan
menemui kajian terkini di Amerika Syarikat yang
menggunakan virus penyakit sapar ayam dan virus
selsema untuk membunuh sel kanser. Diharapkan
institut-institut yang terlibat dengan pengkajian
penyakit kanser di negara kita agar dapat mewujudkan
cabang pengkajian baru iaitu rawatan menggunakan virus
rabies kerana negara kita masih mempunyai stok bekalan
virus ini dimana masih terdapat kes-kes rabies
terpencil dilaporkan berlaku sebelum virus ini
kepupusan.

Isu halal-haram pula tidak timbul kerana Islam
membenarkan sesuatu jika keadaan darurat memerlukan.
Lagipun virus rabies sebenarnya boleh menjangkiti
semua binatang mamalia seperti kuda, kucing, tikus,
arnab dan kelawar tetapi jangkitan virus ini begitu
ketara disebarkan oleh anjing kerana kecenderungan
simpton ‘gila’ anjing itu menyebabkan berlaku
jangkitan melalui gigitan. Akhir kata, setiap makluk
dicipta Tuhan mempunyai fungsi kegunaan tersendiri
diluar kemampuan manusia untuk berfikir.

Oleh; Rayan Kalai, Kuala Terengganu.

Maklumat Peribadi
Mohd Zamri Bin Muda
131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
i.c. 740102-11-6391
No tel : 019 902 50 15
Sila Lawat: www.geocities.com/ramzamuda
22-Oktober-2005



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
Hosted by www.Geocities.ws

1