Saudara Pengarang,
Potensi pokok kabung dan nipah sebagai penghasil gula mentah
Gula memainkan peranan penting dalam pemakanan masyarakat kita seharian
tetapi penggunaan gula berlebihan boleh membawa mudarat kepada
kesihatan manusia. Di sini saya tidak akan mengulas lebih lanjut
tentang baik-buruk kegunaan gula kepada kita tetapi saya cuba
berkongsikan idea baru yang boleh digunakan sebagai pilihan alternatif
untuk mengantikan penanaman tebu komersial sedia ada sekarang.
Sepertimana yang kita maklumi sebelum ini, penuaian tebu memerlukan
proses pembakaran ladang secara terbuka yang mencemarkan alam sekitar.
Hal ini menjadikan penghasilan gula komersil oleh petani tempatan
dihambat persoalan pencemaran indeks udara. Memandangkan saiz tanah
pertanian negara amat kecil, penanaman komersil tebu negara tidak lagi
sesuai dijadikan tanaman ladang.
Sebenarnya negara kita amat bertuah kerana dianugerahkan dengan
kepelbagaian biologi dimana ada di antara spesies tanaman tempatan juga
mampu menghasilkan manisan gula yang boleh dijadikan sebagai bahan gula
mentah untuk perusahaan gula pasir. Dua spesies tumbuhan tempatan yang
amat berpotensi untuk diketengahkan adalah pokok kabung dan pokok nipah.
Pokok kabung merupakan tumbuhan palma yang boleh hidup kurang cahaya
dibawah naungan pokok lain dan tumbuh berumpun. Sesetengah spesies
kabung mempunyai ketinggian yang rendah memberikan kelebihan berbanding
jika kita menggunakan pokok kelapa sebagai penghasil nira manisan.
Dengan beberapa kelebihan ini, pokok kabung boleh dijadikan tanaman
selingan diantara pokok getah, pokok buah-buahan atau pokok kelapa
sawit. Jika pokok kabung dijadikan sebagai tanaman utama, kawasan
lapang diantara pokok boleh diusahakan penanaman rumput atau pokok
herba. Ini memberikan pendapatan sampingan kepada pengusaha gula
kabung. Manakala tuaian air niranya boleh dilakukan beberapa kali dalam
setahun.
Pokok nipah pula merupakan pokok palma yang tumbuh secara semulajadi di
kawasan muara sungai yang berair payau di negara kita. Maka jika
dilakukan penanaman nipah secara komersial, kawasan tanah pantai yang
tidak produktif boleh diusahakan tetapi kawasan tersebut mesti
disalirkan air payau. Kawasan paya bakau dan lagun air payau juga
berpotensi untuk diusahakan tanaman nipah secara komersial.
Tuaian air nira daripada kedua-dua spesies palma tersebut boleh
dilakukan beberapa kali dalam setahun. Tetapi teknik penuaian air nira
perlu diperbaiki dan dimodenkan. Berbanding dengan penuaian tebu yang
memerlukan pembakaran terbuka yang menghasilkan asap tebal dan
kemusnahan alam sekitar. Penanaman nipah dan kabung tidak memerlukan
proses tersebut. Berbanding dengan penghasilan nira oleh kelapa,
penggunaan pokok kabung dan nipah lebih memudahkan penuaian manual. Apa
yang perlu ialah petani mengutip nira dan melakukan pra-pemerosesan
iaitu memasak air nira menukar kepada ketulan gula-merah atau dipanggil
sebagai molases mentah. Molases mentah ini boleh disimpan lama dan
dikumpulkan dahulu sebelum dijual kepada kilang pemerosesan gula.
Kilang pemerosesan gula sedia ada boleh digunakan untuk memproses
molases mentah ini sama prosesnya dengan molases mentah tebu. Apa yang
perlu dilakukan sekarang ialah penghasilan gula putih yang setaraf
kualitinya dengan penggunaan gula tebu kerana dikatakan gula kabung dan
nipah sedikit pahit. Maka penyelidikan intensif dan komprehensif
oleh institut dan universiti tempatan perlu dilakukan dengan segera.
Jika kaedah penulenan gula mentah kabung dan nipah dapat dicari,
potensi penanaman pokok-pokok tersebut untuk mengantikan tanaman tebu
adalah amat cerah. Dianggarkan jika penanaman kabung dan nipah
dijalankan di seluruh negara, jumlah pengeluaran gula mungkin tiga kali
ganda daripada pengeluaran gula tebu sekarang bonus dengan tiada
berlakunya pembakaran terbuka yang memusnahkan alam sekitar. Selain
daripada itu, penggunaan pokok palma tempatan ini memberikan daya tahan
dan perlindungan tambahan kepada kekuatan ekonomi Malaysia. Masihkah
anda ingat lagi ketika tempoh kegawatan ekonomi 1997 dahulu dimana
harga tepung dan gula melambung tinggi. Seterusnya Malaysia boleh
memperkembangkan tanaman produk baru ini ke negara-negara jiran
terdekat dan seterusnya ke negara membangun lain di Asia, Afrika dan
Amerika Selatan.
Nukilan : Ramzam Muda, Desa Rawai, Marang.
Maklumat Peribadi:
Nama : Mohd Zamri B- Muda
No. i/c : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kg Rawai Bukit Payung, 21400 Marang , Terengganu
No. Tel : 013 952 29 18
P/s ; Saya hanya mahu mengongsikan idea sahaja untuk kepentingan
survivaliti negara Malaysia di masa akan datang. Sila lawati
www.geocities.com/ramzamuda/ramz1.html untuk senarai idea.