Saudara pengarang,

Martabatkan tulisan Jawi dengan kaedah bacaan santai di media massa

Tulisan Jawi semakin tidak mendapat di hati kita kerana ianya sudah tidak menjadi relevan dalam kehidupan kita seharian. Kita semua sudah menjadi begitu malas untuk membaca apa-apa teks yang bertulisan Jawi, apatah lagi untuk membeli apa-apa produk buku dan majalah yang bertekskan Jawi. Walhal kedudukan tulisan Jawi sebenarnya amat tinggi kerana ia adalah tulisan rasmi negara. Tulisan Jawi digunakan dalam warkah rasmi perlantikan Yang Dipertuan Agong, Sultan-sultan dan Perdana Menteri. Kita semua tidak kira tua atau muda perlu bersama-sama berfikir dan mencari jalan keluar bagi menyelamatkan tulisan warisan negara kita kerana siapa lagi kalau tidak kita sendiri.

Maka itu, saya ingin mencadangkan satu kaedah mudah untuk merelevankan penggunaan teks Jawi dengan menjadikannya sebagai tulisan bacaan santai di media cetak dan televisyen. Apa yang dimaksudkan sebagai tulisan bacaan santai adalah penggunaannya untuk membaca teks yang berupa bacaan ringan berisikan ilmu pengetahuan atau sekadar terjemahan daripada rancangan televisyen berbahasa asing.

Bacaan santai bertulisan Jawi boleh digabungkan dengan penggunaan tulisan Rumi yang berbahasa Inggeris maka ianya boleh saling membantu pembaca mengenali tulisan Jawi secara langsung malah ianya amat membantu generasi muda untuk mendekati tulisan Jawi sekaligus membiasakan diri dengan nahu Bahasa Inggeris yang betul. Kita mempunyai ramai lulusan Sekolah Menengah Agama dan graduan Universiti Islam Malaysia yang amat mahir menggunakan tulisan Jawi dan berkebolehan tinggi berbahasa Inggeris boleh ditugaskan untuk tujuan tersebut.

Sebagai contoh mudah, surat khabar harian biasa boleh menerbitkan sisipan berisi bacaan santai secara mingguan yang bertekskan Jawi. Penerbitan sisipan ini boleh ditaja oleh mana-mana syarikat korporat negara. Banyak topik boleh diketengahkan seperti ulasan isu semasa secara mingguan, terjemahan Al-Quran, terjemahan Hadis, riwayat Nabi dan Rasul-rasul, riwayat Tokoh Islam, sejarah empayar Islam, sejarah Malaysia, biografi pemimpin negara, hikayat Melayu lama dan novel Melayu moden.

Manakala stesen televisyen tempatan boleh menggunakan sarikata berkembar iaitu Bahasa Melayu bertekskan Jawi dan Bahasa Inggeris bertekskan huruf rumi. Sarikata berkembar itu tidak memakan ruang skrin kerana dua barisan sarikata sedia ada boleh digunakan untuk tujuan ini. Rancangan yang amat  sesuai adalah siri drama dan filem berbahasa asing termasuk berbahasa Inggeris. Bagi rancangan yang berbentuk ilmiah seperti rencana sains perlu dikecualikan kerana melibatkan istilah teknikal yang berat. Bagi program keluaran tempatan - teks tajuk dan nama pengacara boleh digunakan teks Jawi tetapi disertakan teks rumi yang bersaiz lebih kecil di sebelah bawah atau tepinya. Program berita juga boleh mengambil pendekatan sarikata berkembar apabila menyiarkan ucapan berbahasa asing.

Diharapkan cadangan-cadangan tersebut dapat mengembalikan relevan dan sedikit populariti tulisan Jawi dalam kehidupan kita masakini.

Sumbangan – Mohd Zamri Muda, Bukit Payung, Marang.

Sila lawat:www.geocities/ramzamuda untuk rujukan lanjut.

Maklumat Peribadi:
Nama : Mohd Zamri Bin Muda     
I/c : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kampung Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang Terengganu
No.tel.: 019 902 50 15
Tarikh : 09-03-2006
Hosted by www.Geocities.ws

1