Saudara Pengarang,
Pilihan kaedah menang-menang apabila Malaysia tidak
membina Jambatan Indah
Saya tidak mempunyai niat untuk menyalahkan mana-mana
pihak dalam pertikaian pembinaan Jambatan Indah tetapi
sekadar menyuarakan beberapa idea baru yang boleh
memberikan status-quo dengan ketiadaan Jambatan Indah.
Malaysia sebenarnya mempunyai beberapa pilihan
menang-menang apabila tidak memilih untuk membina
jambatan bengkok tersebut dan boleh melaksanakan
rancangan pilihan tersebut secara
berperingkat-peringkat sekaligus dapat menjimatkan kos
penyediaan prasarana negara untuk jangka panjang.
Pilihan kaedah menang-menang adalah seperti berikut -
Pertama, masalah air Selat Johor yang terperangkap dan
kurang tersalir boleh diatasi dengan pembinaan saliran
air tambahan di sebelah daratan Johor dan melalui
bawah jejambat besar yang kini sedang dibina.Kelebaran
saliran tersebut boleh mencapai 10 meter atau lebih
lagi bergantung kepada jarak diantara tiang-tiang
utama jejambat tersebut.Manakala kedalaman saliran
tersebut boleh ditambah jika kita mempertimbangkan
untuk dijadikan ia sebagai laluan kapal dagangan.
Pembinaan saliran tambahan tersebut memerlukan
pengorbanan penempatan semula penduduk dikawasan yang
terlibat ke tempat lain manakala premis peniagaan
perlu diberi peluang untuk beroperasi di lokasi lain
atau kerajaan boleh mewujudkan satu Bandar Terapung di
pinggiran Selat Johor sebagai ganti kehilangan
penempatan penduduk dan tempat perniagaan.
Pilihan kedua, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk
membina sebuah terusan pintasan bersaiz besar yang
boleh mengalirkan air tercemar Selat Johor berlokasi
dianggarkan 10 kilometer di kawasan pantai Selat Johor
bermula dari Pelabuhan Pasir Gudang ke Pelabuhan
Tanjung Pelepas.Pembinaan terusan pintasan tidak
merugikan kerana boleh dikomersialkan penggunaannya
jika boleh dilalui oleh kapal perdagangan dan tongkang
diantara dua pelabuhan tersebut.
Pilihan ketiga, kerajaan boleh menggunakan teknik
pengorekan beberapa buah terowong gergasi bawah tanah
sebagaimana yang pernah dilakukan di Kuala Lumpur
dalam menangani masalah penyaliran air banjir. Cara
ini tidak memerlukan rancangan penempatan semula
penduduk tetapi kos pembinaannya agak tinggi.
Diharapkan idea tersebut dapat memberikan sedikit
ruang kepada kekusutan pemikiran kita hari ini.
Oleh : Ramzam Muda, Desa Rawai, Marang.
Maklumat tambahan;
Nama : Mohd Zamri B- Muda
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai,
Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu.
i/c no : 740102-11-6391
Sila kunjungi www.geocities.com/ramzamuda untuk
maklumat lanjut.
__________