Saudara Pengarang,
Hukuman Kasi Perogol Menepati Falsafah Undang-undang Hudud Tulen
Saya sebagai rakyat biasa amat menyetujui perogol dihukum kasi dan bagi
saya ianya sedikit-sebanyak menepati falsafah undang-undang hudud yang
asal. Undang-undang Hudud yang dimaksudkan oleh saya bukanlah
undang-undang hudud dicanang-canang Pas tetapi melihat dan memahami
falsafah sebenar disebalik kesalahan jenayah hudud melalui
penghukumannya.
Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana
sudah pun melaksanakan secara tidak langsung dua daripada peruntukan
Undang-undang Hudud iaitu jenayah bunuh dibalas bunuh dan juga hukuman
bunuh untuk kesalahan memberontak mengancam keselamatan negara seperti
mana yang dilakukan oleh Kumpulan Al-Maunah beberapa tahun lepas. Jika
anda tidak percaya, rujuklah sendiri undang-undang tersebut yang
diwar-warkan oleh Pas dalam akhbar Harakah di tahun 1993. Saya rasa
kesalahan potong lidah terhadap orang yang memfitnah patut dimasukkan
sama kerana terdapat di dalam Al-Quran menyebut bahawa memfitnah itu
lebih teruk dari membunuh.
Apa yang dikatakan menepati falsafah Undang-undang Hudud ialah apabila
kita melihat kesan daripada pelaksanaan hukuman walaupun undang-undang
kita sekarang hanya ditakrifkan sebagai Undang- undang Takzir atau
‘Commonlaw’. Dua perkara penting timbul selepas pelaksanaan sesuatu
hukuman hudud. Pertama, di sudut contoh tauladan agar jenayah tersebut
dijauhi untuk dilakukan oleh orang Islam dan kedua ialah disudut
pewarisan baka genetik. Perkara yang kedua ini baru sahaja dapat
disokong di sudut kajian sains barat walhal perkara ini sudah disentuh
di dalam Islam 1400 tahun dahulu lagi.
Sebagai contoh, undang-undang asal Hudud memperuntukkan pasangan teruna
dara yang berzina dikenakan hukuman sebat seratus kali manakala
pasangan yang berstatus telah berkahwin dikenakan hukuman rejam sampai
mati. Kita dapat lihat pasangan yang belum berkahwin masih diberi
peluang untuk hidup dan bertaubat (jika berjaya hidup selepas dihukum
sebat) manakala yang telah berkahwin dihalalkan nyawanya untuk mati.
Lihatlah betapa kerasnya amaran daripada Ilahi terhadap kesalahan ini.
Semuanya untuk mengelakkan perwarisan baka suka berzina kepada generasi
berikutnya. Jika tiadanya amaran keras ini, akan berlakulah percampuran
nasab antara adik-beradik atau anak dengan ibu-bapanya sendiri.
Begitulah seterusnya apabila disebut pembawaan baka genetik suka
membunuh atau suka mencuri.
Apatah lagi disebut perlakuan rogol yang saya mendefinasikan sebagai
melakukan zina paksa ke atas wanita yang lemah dengan mengancam bunuh
atau mengancam cedera. Jika disudut falsafah hudud tulen, perogol ini
sudah dihalal nyawanya untuk dibunuh dan tidak layak untuk hidup di
muka bumi ini. Tetapi hari ini kita masih berlembut hukuman terhadap
para perogol dengan pelaksanaan hukuman penjara. Betapa baiknya kita
untuk menanggung kos penjara mereka untuk 10,15 atau 20 tahun. Dan
apabila mereka keluar penjara kelak orang ramai sudah tidak kenal siapa
mereka. Dan sekali lagi perogol tua itu mengunakan ‘senjatanya’.
Maka itu saya amat menyokong hukuman kasi dimana batang dikerat dan
buah dibuang itu. Tidak perlu kita menanggung kos penjara lama-lama.
Biarlah si pesalah rogol itu merasa semalu-malunya dengan ketiadaan
senjatanya. Di sisi Allah, nyawanya telah dihalal untuk dibunuh dan
tentunya bakanya tidak boleh diperturunkan.
Rayan Kalai, Kuala Terengganu.
Maklumat;
Nama : Mohd Zamri Muda
Alamat: 131 Kg Rawai, Bukit Payung, Marang.
No. Tel : 013 952 29 18
Pendidikan: Bachelor Sains Bioteknologi UPM 1998