Hikmah disebalik keputusan Pilihanraya 2008
Hikmah pertama, menunjukkan SPR telus menjalankan tugasya tanpa perlu pengawasan
antarabangsa malah tidak pun perlu prosedur dakwat India.
Hikmah yang kedua, pengajaran daripada keputusan rakyat sendiri tanggung
untuk tempoh 4 tahun lagi. Rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor
akan menjalani sendiri secara praktik.
Mempertimbangkan keputusan pilihanraya terkini, satu rumusan baru boleh
diterjemahkan;
1- Kemerosotan sokongan rakyat kepada Gerakan menjunam, membolehkan UMNO
untuk mengetuai sendiri kerajaan negeri Pulau Pinang dimasa akan datang dengan
mengunakan alasan tersebut, berikan kerusi Parlimen yang banyak kepada Gerakan
dan MCA, manakala kerusi Adun lebih kepada UMNO. Pemerintahan oleh orang Melayu
sendiri amat diperlukan oleh rakyat Pulau Pinang setelah sekian lama Melayu
Penang hidup "tertekan dan terpinggir" di tanahair sendiri. Berkemungkinan
rakyat Melayu menyatakan undi protes kepada UMNO yang tidak membela nasib
mereka.
2- Rakyat Kelantan kembali kepada sentimen selesa dibawah Pas sepertimana
di tahun 1990 dan 1995, manakala bahan isu 1999 yang dimainkan dan berkumandang
semula tidak diperangi habis-habisan diperingkat akar-umbi menyebabkan kehilangan
sokongan atas pagar. Faktor politik pembangunan ekonomi tidak menarik perhatian
rakyat Kelantan kerana mereka anggap pembangunan tetap datang di Kelantan
walau di bawah PAS.
3- Kemenangan pembangkang di negeri Pulau Pinang, Perak dan Selangor terutamanya
akan mengundang pada ekonomi yang amat dahsyat dimana berkemungkinan besar
para pelabur langsung akan menarik pelaburan mereka jika mereka berasa tidak
selesa dengan dasar-dasar kerajaan tempatan yang akan dilaksana kelak. Ini
akan menyebabkan kilang-kilang ditutup secara besar-besaran kerana pelabur
beralih arah ke negara lain. Dan ini akan mengakibatkan risiko pengangguran
pekerja sehingga 2 juta orang dimana termasuklah juga rakyat Kelantan yang
bekerja di pantai Barat. Gejala ini memberikan kesan domino yang amat ditunggu-tunggu
dan diminta oleh oleh rakyat.
Strategi jangka masa panjang yang sesuai diambil oleh kerajaan BN untuk
tempoh piliharaya akan datang;
1- Untuk menyelesaikan kemungkinan ruduman ekonomi akibat pelabur lari dan
berlaku pengangguran yang teruk, biarkan ia berlaku untuk tempoh lebih satu
tahun kemudian perkenalkan dasar pengambilan pekerja asing sifar dengan peruntukan
undang-undang, kerajaan tidak patut lagi mengambil pendekatan kemakmuran ekonomi
dijana oleh pelabur sebaliknya menekankan "siapa yang sanggup bekerja, dia
dapat kerja".
2- Isu berkaitan tahun 1999 seharusnya ditangani dengan telus dengan mengunakan
kebebasan media untuk menyelongkar apa-apa penyelewengan moral. Oleh kerana
tiada lagi kes mahkamah berkaitan dengan Anwar, pihak media perlu mengunakan
kebebasan suara media untuk menyelongkar apa-apa penyelewengan atau cerita
dibelakang tabir berkaitan isu tersebut , maka perlu dilakukan "Mahkamah Media"
begitu juga dengan Kes Video Hakim ( jika ia tidak benar ) perlu diselongkar
siasat secara bebas oleh media setelah tiada lagi kes dibicarakan oleh suruhanjaya.
3- Sokongan mendadak daripada pengundi atas pagar kerana terlalu banyak
bahan kempen "cakap kedai kopi" dan kempen individu ke individu yang menyalahkan
pihak kerajaan manakala pihak kerajaan hanya menjawab hanya melalui
hebahan media, tiada lagi serangan balas secara peringkat akar-umbi mewakili
pihak kerajaan.
4- Memanggil balik khidmat dua bekas Menteri Besar yang "jatuh" berkemungkinan
dijatuhkan oleh "konspirasi" Anwar iaitu Tans Sri Muhd Taid dan A.Rahim Thamby
Chik untuk bersama mengempur (memasukkan dalam kabinet).
5- Memanggil tokoh tidak dicalonkan seperti Datuk Mashitah ( Kedah ) dan
Datuk Abdul Rahman ( Terengganu ) untuk berkhidmat dalam kabinet sebagai menteri.
6- Bagi Kelantan, kerajaan tidak perlu lagi menggunakan pendekatan politik
pembangunan tetapi gerak-gempur secara akar-umbi menjawab setiap isu yang
diungkit oleh pembangkang. Gunakan calon yang popular dan ada kekuatan pendidikan
agama dan agenda pembangunan berteraskan pendidikan agama.
7- Perlantikan calon-calon wakili BN untuk dua pilihanraya akan datang perlulah
berdasarkan populariti dikalangan anak daerah atau mukim, ini untuk memancing
undi sebanyak mungkin undi rakyat dan juga untuk pemulihan semula kekuasaan
BN semaksimum mungkin. Tiada lagi eksperimen!!
8- Aspek mengenal sejarah juga penting kerana ia sudah tidak relevan di
mata rakyat bandar kerana dibuai keselesaan hidup maka subjek Sejarah Malaysia
perlu dijadikan agenda wajib dalam pengajaran peringkat tinggi di IPT dan
peperiksaan awam. Disamping itu, pendedahan secara media terbuka juga perlu
diakan mengenai latar belakang perjalanan politik negara terutama di kaca
TV. Manakala setiap filem dan telefilem perlu menyelitkan unsur patriotik
sepertimana Amerika terhadap produk filemnya.
Ramzamuda 2pm 09-03-2008
Tambahan pemikiran....
- Kemasukkan UMNO menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan di atas
alasan ia adalah kaedah menang-menang dimana kekuasaan sementara 10 tahun
Umno bagi membolehkan pembangunan semula orang Melayu Penang selepas itu
barulah diberi semula ke parti komponen BN lain.
- Perlantikan tugas sebagai menteri tidak laagi ditentukan oleh kedudukan
sebagai YB Parlimen tetapi lebih diutamakan kerajinan bekerja untuk negara.
Maka berkemungkinan 25% daripada kabinet terdiri daripada individu yang dipilih
untuk bekerja keras menjayakan matlamat kerajaan.
- Pemberian kontrak projek mega hendaklah teelus di mata pandangan rakyat
daripada sindron kronisme dan nepotisme, sekiranya ada kaum keluarga menteri
yang terlibat dalam bisnes tersebut hendaklah mereka mencari kontrak ke luar
negara atau kontrak swasta yang tidak melibatkan kerajaan negeri atau pusat.
- Pendekatan "Mahkamah Media" atau "Penyiasaatan Media" perlu diberi penekanan
untuk menangani isu-isu skandal yang masih sehingga kini belum terjawab atau
menjadi teka-teki rakyat, pendekatan menyerang semberono tidak sesuai tetapi
pendekatan pembuktian fakta secara video-audio, foto gambar sahih, transkrip
ucapan penuh dan penyataan saksi yang benar.
- Faktor terlalu "selesa" hidup di Malaysia menyebabkan ramai yang sudah
tidak patriotik kerana pengundi atas pagar lebih mempercayai dakyah omongan
pembangkang, "pembetulan ekonomi" yang diramalkan akan berlaku melanda Penang,
Perak dan Selangor akan memberikan pengajaran sepadan dengan akibat pilihan
mereka sendiri.
- Pembetulan ekonomi yang paling dekat berlaaku adalah kejatuhan indeks pasaran
saham, KLCI akan menurun dan stabil sekitar 300 mata sahaja dalam tempoh
beberapa minggu pertama kemudian untuk tempoh dua tahun kemudian, pelabur
langsung pula akan mulai menarik pelaburan mereka maka akan banyaklah kilang-kilang
akan ditutup.
catatan 10-03-2008 10pm