Saudara Pengarang,
Kaedah-kaedah Mengenalpasti Pengundi Hantu
Setiap kali berlakunya pilihanraya di negara kita, isu pengundi hantu
kerapkali dikaitkan dengan kekalahan calon. Tidak kira ketika
Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil, tuduh-menuduh pasti berlaku
dan yang selalu menjadi mangsa adalah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
(SPR).
Ketelusan SPR selalu menjadi pertikaian dalam menangani kewujudan
fenomena pengundi hantu. Pada pendapat saya, SPR tidak boleh
dipersalahkan 100% kerana prosedur dan cara kerja SPR mewarisi
sistem negara British yang telah berusia hampir seabad.
Bagi menangani masalah pengundi hantu, sistem pendaftaran baru harus
diperkenalkan untuk mensifarkan pengundi hantu. Apa yang perlu
dilakukan ialah penambahan maklumat peribadi pengundi. Di waktu ini,
maklumat peribadi pengundi yang berada dalam senarai pendaftaran
pengundi adalah terlampau sedikit dan mudah disalahgunakan. Maka
maklumat tambahan perlu dimasukkan bagi memudahkan rujukan untuk
menentukan ketulenan status pengundi.
Maklumat-maklumat tambahan tersebut merupakan maklumat lokaliti
tertentu dimana memerlukan penyelarasan maklumat digital diantara SPR
dan jabatan kerajaan yang lain. Senarai maklumat pengundi ini boleh
dinamakan sebagai Maklumat Ketelusan Tinggi Peribadi Pengundi atau
MKTP. Maka MKTP inilah yang perlu dipamerkan bersama daftar pengundi
biasa untuk rujukan orang awam.
Berikut adalah ciri-ciri Maklumat Ketelusan Tinggi Peribadi Pengundi
(MKTP) ;
i- Alamat pengundi mengikut alamat kad pengenalan ( rujukan Jabatan
Pendaftaran Negara )
ii- Alamat tempat kelahiran ( rujukan Jabatan Pendaftaran Negara )
iii- Alamat tempat kerja ( rujukan KWSP ) atau alamat perniagaan (
rujukan LHDN )
Ketelusan maklumat-maklumat berikut membolehkan parti-parti politik
yang terlibat membuat penyiasatan di peringkat bawahan bagi
mengenalpasti ketulenan status pengundi tersebut. Sebagai contoh,
pekerja parti boleh menyiasat perkaitan kekeluargaan di tempat tersebut
atau taraf pengundi sebagai pemastutin tetap atau pengundi tinggal
berhampiran dengan tempat kerja.
Maka sebarang keraguan ketulenan pengundi itu boleh diketengahkan oleh
parti-parti terlibat untuk dibuat bantahan kepada SPR untuk dilakukan
penyiasatan lebih lanjut atau dibawa kes ke mahkamah.
Dicadangkan juga maklumat MKTP ini perlu dipamerkan kepada umum dan
dikemaskini setiap 6 bulan. Saya percaya gejala pengundi hantu dapat
dibanteras sepenuhnya. Selain daripada itu, sistem maklumat
berketelusan tinggi ini memungkinkan negara kita untuk menjadi negara
pertama di dunia melaksanakan sistem pengundian secara elektronik
sepenuhnya dimana warga negara yang berada jauh daripada kawasan mukim
asalnya boleh memilih untuk mengundi secara ‘online’ melalui internet.
Tidak mustahil peratusan pengundian tinggi sekitar 90-95 peratus dapat
dicapai.
Nukilan : Mohd.Zamri B- Muda, Desa Rawai, Marang.
Maklumat Peribadi;
Nama: Mohd Zamri Bin Muda
i-c- 740102-11-6391
Pendidikan : Bachelor Sains Biotechnology, UniPutra Serdang 1998
No. Tel. : 013 952 29 18
Alamat : 131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang,Terengganu
Tarikh- 23-03-2004