Saudara Pengarang,
 
Meningkatkan stok gula mentah negara dengan menggunakan sumber  alternatif nira pohonan palma
 
Fenomena kekurangan gula pasir dalam pasaran tempatan amat menghairankan kita semua. Kita semua sedia maklum bahawa harga gula pasir di pasaran antarabangsa bernilai RM 2000 setan manakala harga borong gula pasir di pasaran tempatan cumalah sekitar RM 1400 setan, tidak menghairankan jika berlaku pengaliran keluar gula tempatan secara besar-besaran tanpa disedari oleh kita semua.
 
Tujuan saya menulis di sini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak yang sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas kejadian kekurangan gula tetapi untuk membuka pemikiran rakyat Malaysia semua bahawa negara kita sebenarnya mempunyai simpanan stok gula mentah yang teramat besar daripada sumber tanaman palma seperti kelapa, kabung, nipah dan berkemungkinan juga pokok kelapa sawit. Sudah tiba masanya untuk kita mengerakkan penghasilan gula mentah secara komersial daripada pohonan palma yang sememangnya mempunyai nilai kesihatan yang lebih baik daripada gula tebu.
 
Gula mentah daripada sumber pohonan palma boleh diproses dan diguna secara tradisional atau digunakan sebagai sumber molasses mentah oleh kilang gula konvensional. Bagi tujuan tersebut, petani di desa dan nelayan di tepi pantai boleh digembelengkan tenaga untuk mengekstrak air nira manisan dari sumber tanaman palma di kawasan mereka. Mereka sendiri boleh melakukan pra-pemerosesan secara tradisional dengan cara memasak air nira untuk menjadi gula merah. Gula merah tersebut boleh terus dijual kepada orang ramai atau dikumpulkan oleh pihak FAMA bagi tujuan pemerosesan di kilang penapisan gula konvensional sebagai bahan molasses mentah.
 
Pokok kelapa sawit yang juga sejenis palma mungkin boleh menghasilkan  air nira manisan seperti mana pokok kelapa biasa tetapi memerlukan kajian penyelidikan lanjut. Sekiranya ia berkebolehan untuk menghasilkan gula mentah maka kita dapat menambah secara berganda simpanan gula mentah negara. Penghasilan air nira kelapa sawit hanya boleh ditumpukan kepada kelapa sawit muda yang ketinggian kurang daripada 2 meter atau pokok yang baru belajar berbuah selepas ditanam di ladang.
 
Untuk perancangan jangkamasa panjang, penanaman palma khusus sebagai penghasil gula mentah boleh dikembangkan secara komersial seperti tanaman kabung dan nipah ( dikawasan paya masin ) Tanaman kabung boleh diselang-seli dengan tanaman getah atau kelapa sawit di mana ia tidak memerlukan cahaya tinggi. Pokok kabung juga boleh ditanam secara ladang dan diselangi dengan tanaman rumput untuk makanan ternak. Diharapkan dengan penghasilan gula mentah secara besar-besaran daripada sumber palma boleh mengantikan penanaman pokok tebu secara konvensional bagi penghasilan gula. Semoga di suatu hari nanti tiada lagi berlaku pencemaran udara akibat pembakaran ladang tebu.
 
Oleh : Ramzamuda, Desa Rawai, Marang, Terengganu
 
Maklumat;
Nama : Mohd Zamri Muda
I.C. No : 740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan,
Desa Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu.
Alamat websit : www.geocities.com/ramzamuda
Tarikh : 11-06-2006
_________________________________
Hosted by www.Geocities.ws

1