Saudara Pengarang,
Meningkatkan stok
gula mentah negara dengan menggunakan sumber alternatif
nira pohonan palma
Fenomena kekurangan
gula pasir dalam pasaran tempatan amat menghairankan kita semua. Kita semua
sedia maklum bahawa harga gula pasir di pasaran antarabangsa bernilai RM
2000 setan manakala harga borong gula pasir di pasaran tempatan cumalah sekitar
RM 1400 setan, tidak menghairankan jika berlaku pengaliran keluar gula tempatan
secara besar-besaran tanpa disedari oleh kita semua.
Tujuan saya menulis
di sini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak yang sepatutnya dipertanggungjawabkan
ke atas kejadian kekurangan gula tetapi untuk membuka pemikiran rakyat Malaysia
semua bahawa negara kita sebenarnya mempunyai simpanan stok gula mentah yang
teramat besar daripada sumber tanaman palma seperti kelapa, kabung, nipah
dan berkemungkinan juga pokok kelapa sawit. Sudah tiba masanya untuk kita
mengerakkan penghasilan gula mentah secara komersial daripada pohonan palma
yang sememangnya mempunyai nilai kesihatan yang lebih baik daripada gula
tebu.
Gula mentah daripada
sumber pohonan palma boleh diproses dan diguna secara tradisional atau digunakan
sebagai sumber molasses mentah oleh kilang gula konvensional. Bagi tujuan
tersebut, petani di desa dan nelayan di tepi pantai boleh digembelengkan
tenaga untuk mengekstrak air nira manisan dari sumber tanaman palma di kawasan
mereka. Mereka sendiri boleh melakukan pra-pemerosesan secara tradisional
dengan cara memasak air nira untuk menjadi gula merah. Gula merah tersebut
boleh terus dijual kepada orang ramai atau dikumpulkan oleh pihak FAMA bagi
tujuan pemerosesan di kilang penapisan gula konvensional sebagai bahan molasses
mentah.
Pokok kelapa sawit
yang juga sejenis palma mungkin boleh menghasilkan air
nira manisan seperti mana pokok kelapa biasa tetapi memerlukan kajian penyelidikan
lanjut. Sekiranya ia berkebolehan untuk menghasilkan gula mentah maka kita
dapat menambah secara berganda simpanan gula mentah negara. Penghasilan air
nira kelapa sawit hanya boleh ditumpukan kepada kelapa sawit muda yang ketinggian
kurang daripada 2 meter atau pokok yang baru belajar berbuah selepas ditanam
di ladang.
Untuk perancangan
jangkamasa panjang, penanaman palma khusus sebagai penghasil gula mentah
boleh dikembangkan secara komersial seperti tanaman kabung dan nipah ( dikawasan
paya masin ) Tanaman kabung boleh diselang-seli dengan tanaman getah atau
kelapa sawit di mana ia tidak memerlukan cahaya tinggi. Pokok kabung juga
boleh ditanam secara ladang dan diselangi dengan tanaman rumput untuk makanan
ternak. Diharapkan dengan penghasilan gula mentah secara besar-besaran daripada
sumber palma boleh mengantikan penanaman pokok tebu secara konvensional bagi
penghasilan gula. Semoga di suatu hari nanti tiada lagi berlaku pencemaran
udara akibat pembakaran ladang tebu.
Oleh : Ramzamuda,
Desa Rawai, Marang, Terengganu
Maklumat;
Nama : Mohd Zamri
Muda
I.C. No : 740102-11-6391
Alamat : Lot 1727,
Padang Pak Wan,
Desa Rawai, Bukit
Payong, 21400 Marang, Terengganu.
Alamat websit : www.geocities.com/ramzamuda
Tarikh : 11-06-2006
__________________________________________________
Do You Yahoo!?