Saudara Pengarang,
Krisis Gula Membawa Beberapa Kebaikan
Krisis kekurangan bekalan gula pada
masa kini dapat menyedarkan kita akan kepentingan sebenar bahan makanan yang
manis itu kepada kita. Sudah tiba masanya untuk kita tidak berlebihan dalam
penggunaan manisan gula dalam makanan kita, selain itu kebaikan krisis membawa
kepada beberapa implikasi positif dalam pembinaan kekuatan mandiri negara
kita seperti pengkomersialan gula alternatif yang lebih berkhasiat dari sumber
palma dan kanji, pengkajian semula pemerosesan molasses
mentah kepada gula putih yang lebih sihat dan menstrategi semula kaedah pengeluaran
gula untuk kegunaan sendiri.
Mulai saat ini kita tidak boleh lagi
leka dan alpa terhadap keperluan mandiri atau survivaliti negara kita dalam
penghasilan bahan makanan. Krisis gula adalah contoh kecil sahaja jika dibandingkan
dengan kesusahan yang bakal kita hadapi saat darurat seperti perang dunia.
Berkenaan dengan gula, sebenarnya negara kita amat kaya dengan sumber asli
yang boleh digunakan sebagai penganti gula tetapi akibat manipulasi pasaran
dan orang tengah, sumber asli tersebut dipinggirkan dan menjadikan manisan
gula pasir sebagai sumber utama pemanis di dalam negara kita. Sumber asli
manisan boleh diperolehi daripada tebu biasa dan air nira pelbagai pokok
palma seperti kelapa, kabung dan nipah. Di negara Arab, pokok kurma juga
boleh diguna untuk menghasil manisan gula. Dan berkemungkinan besar, pokok
kelapa sawit juga berpotensi untuk digunakan untuk tujuan yang sama.
Monopoli penggunaan gula pasir boleh
dikurangkan jika harga pasaran gula alternatif dijual lebih rendah daripada
gula pasir. Ini boleh dilakukan melalui mekanisme kawalan harga kerajaan.
Sebagai contoh, katakan harga kawalan bagi gula kabung, gula melaka dan gula
merah ( yang tidak dibungkus di kilang ) ditetapkan berharga RM 1.20 sekilogram.
Ini akan memberi daya tarikan kepada pengguna untuk menggunakan gula alternatif
dalam masakan dan makanan. Manakala pengeluaran sumber tersebut di peringkat
desa akan berganda secara automatik memberi hasil lumayan kepada petani desa.
FAMA boleh bertindak sebagai pengedar dan agen utama pengumpulan sumber gula
asli tersebut. Lama-kelamaan, pengeluaran sumber gula asli boleh menjadi
perusahaan desa yang menguntungkan kerana tingginya permintaan di pasaran.
Petani desa tidak akan kehampaan jika menjadikan tanaman kelapa, kabung,
nipah dan tebu biasa sebagai tanaman sara diri. Manakala tanah terbiar akan
digunakan sepenuhnya.
Pengunaan proses bioteknologi – kanji
ditukarkan menjadi manisan gula juga boleh dilakukan jika terdapat keperluan
kearah itu. Asas teknologi tersebut sememangnya sudah ada dalam amalan budaya
asli kita dimana teknologi itu dipraktikkan dalam penghasilan tapai beras
dan tapai ubi kayu yang sudah berusia beratus tahun diturunkan zaman berzaman.
Penyelidikan lanjut untuk mengekstrakkan sumber pemanis dalam bentuk gula
hablur perlu dilakukan. Sumber gula daripada proses fermentasi asli dipercayai
amat berkhasiat dan berpotensi untuk menjadi produk makanan organik yang
bernilai tinggi.
Diharapkan beberapa pencadangan ini
boleh merevolusikan teknologi dan kuasa pasaran sebenar yang ada ditangan
kita semua sebagai pengguna dan pengeluar.
Oleh : Ramzamuda,
Desa Rawai, Marang, Terengganu
Maklumat;
Nama : Mohd Zamri
Muda
I.C. No : 740102-11-6391
Alamat : Lot 1727,
Padang Pak Wan,
Desa Rawai, Bukit
Payong, 21400 Marang, Terengganu.
Alamat websit : www.geocities.com/ramzamuda
Tarikh : 20-06-2006 9p.m.