Koleksi Falsafah dan kata-kata sakti....
Terbaru....

54- Pemakanan tidak sihat akan membawa risiko kesihatan di masa hadapan dan anda perlu membayar dengan harga yang tinggi untuk mengubatinya.... 18 Feb 2005

53- Gaya hidup mewah tidak semestinya menjadikan hidup anda lebih sihat disegi kesihatan.

52- Kita semua mengejar kebendaan materialistik tetapi kemewahan yang melampau adalah tidak perlu.

51- Semua kejadian dan peristiwa yang telah berlaku kepada diri anda membentuk kwekuatan diri anda untuk menempuh masa depan dan mencipta kejayaan.

50- Salah satu kepuasan hidup adalah mempunyai sebidang tanah yang dibeli sendiri waima hanya seluas satu lot yang mana itulah syer mukabumi yang anda punyai sendiri di dunia ini.

49- Setiap diri kita secara individu mempunyai perencanaan dan strategi sendiri apa yang anda lakukan dalam hidup anda, apa yang boleh saya beritahu anda... lakukanlah yang terbaik di kaca mata anda.

48- Hala tuju hidup anda ditentukan oleh naluri perasaan anda sendiri yang memilihnya.

47- Hala tuju hidup anda ditentukan dengan citarasa anda sendiri dan bukannya oleh orang lain.

46- Mulakan menjadi orang yang berguna dengan menolong diri sendiri terlebih dahulu.

45- Mensyukuri kemewahan yang anda ada dengan membantu orang lain.

44- Kita memerlukan masa susah untuk menjadi senang.

43- Zuriat hanya menghasilkan manusia, selepas beratus tahun anda hanyalah lagenda tetapi pemikiran kolektif itulah zuriat yang kekal abadi.

42- Membina tamadun negara yang terhebat memerlukan pengumpulan pemikiran kolektif rakyatnya dari pelbagai bidang kehidupan.

41- Wariskan kepada generasi akan datang pemikiran kolektif, itulah nilai harta pusaka terbaik.

40- Motivasi terbaik dalam hidup adalah tiadanya harta benda!

39- Apabila hidup anda dikhianati atau didengki, pilihan terbaik mungkin dengan anda menarik diri dan biarkan mereka membolot apa yang mereka hendak, fikirkan pilihan lain yang boleh anda pilih... mungkin kehidupan anda lebih baik lagi.

38- Bermula wujudnya dunia yang aman dan makmur dengan orang-orang yang paling hampir dengan anda, bukannya dengan cara memusnahkan orang lain.

37- Negara yang berjaya memelihara sumber kemanusiaan dan sumber fauna floranya akan memiliki saham untuk menguasai wilayah dunia lain selepas kemusnahan total. [ memperingati dan menginsafi bencana tsunami 26-12-2004 dan jua apa sahaja bencana yang bakal dihadapi dunia dan negara di masa akan datang! ]

36- Tidak ada nilai sedikitpun dengan kemewahan dan kemakmuran hidup negara sekarang ini jika generasi di masa hadapan tidak mempunyai masa hadapan, pupus dalam menghadapi dugaan bencana total... idea 29-12-2004

35- Apa sahaja yang berlaku dalam hidup anda sebenarnya akan menyerlahkan potensi diri anda yang sebenar di mata dunia... idea 24-12-2004

34- Apabila anda memilih untuk hidup tanpa kemewahan, anda akan mendapat anugerah "wisdom" daripada Ilahi. Dan dengan wisdom itu... kesemuanya berada di dalam tangan anda... hanya menunggu masa sahaja untuk menjadi kenyataan.

33- Sesunggauhnya hakikat yang tidak boleh dinafikan bahawa Allah-lah yang Maha Merancang perancangan membalas balik yang tiada tolok bandingannya, maka berhati-hatilah anda melakukan perbuatan khianat kepada orang lain!

32- Semestinya idea yang paling baik adalah idea yang praktikal.

31- Setiap idea yang baik adalah hasil pertimbangan yang baik kesan dinamisme ke atas masyarakat.

30- Apakah yang anda dapat selepas hidup anda musnah, hancur atau dikhianat orang? Anda akan mendapat kekuatan baru untuk membuat strategi baru bagi meneruskan hidup baru anda.

29- Kebiasaannya sesuatu perkara yang dirancang terlalu terliti pastinya tidak akan menjadi sebab mesti ada sesuatu yang tertinggal atau dinamisme kesan sesuatu kejadian tidak diambil-kira ketika membuat pertimbangan.

28- Sesuatu perkara yang baru perlu dicuba praktik terlebih dahulu, barulah kita akan mengetahui teknik yang betul selepas melakukan pembetulan jika ada yang salah... idea 24-12-2004

27- Manusia tidak akan berpuas hati dengan apa yang ada pada dirinya sehinggalah dia berhenti kerana mati.

26- Hampir kesemua orang perlu dihormati kerana setiap mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan yang  tersendiri kecualilah manusia yang betul-betul perangai jelik "totally jerk". - idea 20-12-2004

25- Untuk menjadi kaya-raya memerlukan idea tersendiri tetapi setiap idea itu juga memerlukan modal untuk melaksanakannya. - idea 19-12-2004

24- Setiap orang harus membayar setiap dengan kelebihan yang dipunyainya dengan kekurangan diri.

23- Jauh berjalan dikata luas pandangan tetapi ia lebih dari itu, jauh berjalan, banyak pengalaman dan bertambah baik pertimbangan dalam membuat keputusan. - idea 18-12-2004

22- Pembangunan yang efisien perlu menggunakan kaedah yang praktikal, mudah, ringkas dan senang dilaksanakan.

21- Dijauhi selalu malapetaka seperti luka, patah cedera, meletup dan kebakaran, yang lain taklah teruk sangat seperti terlambat atau tersalah...

20- Bumi semakin tercemar hari ini, apakah sumbangan anda untuk menyelamatkan bumi ini?

19- Kita menjadi terlalu kerdil disamping ribuan juta manusia yang lain... apakah sumbangan anda?

18- Apakah sumbangan anda pada sejarah kemanusiaan? Fikirlah sendiri...

17- Berlagak dengan emas permata dan barang-barang mahal tiada gunanya, yang lebih penting adalah kualiti hidup anda.

16- Jika bersiar-siar di waktu malam berhati-hatilah dengan jangan membawa barang-barang berharga kerana manusia jahat ramai berkeliaran di waktu malam.

15- Sentiasa beringat selalu tentang masa susah di masa akan datang, pastinya ia datang tidak seteruk sangat.

14- Di kala anda dilimpah rezeki, ingatlah suatu hari nanti anda akan dilanda pokai jua.

13- Fikirkan, buat keputusan dan lakukan yang terbaik pada hemat pemikiran anda.

12- Jika anda mempunyai sebarang idea, catatlah ia walau dimanapun kerana ianya tidak akan datang semula.

11- Membaca atau mendengar cerita daripada kawan sebenarnya meminjam pengalaman yang kemudian meluaskan pandangan.

10- Peristiwa baik dan buruk mempunyai peranan untuk menjadi sumber inspirasi untuk berjaya.

09- Turutan peristiwa yang berlaku dalam hidup anda sebelum ini itulah membentuk peribadi anda di hari ini.

08- Percayalah kepada takdir tuhan walau baik dan buruk kerana setiap turutan peristiwa yang berlaku di dalam hidup kita mempunyai peranan dan hikmahnya walaupun ianya satu kekecewaan atau kejatuhan.

07- Berkawan jangan terlalu akrab, jika berbalah tentunya makan dalam.

06- Kehebatan diri dibayar dengan kelemahan sendiri.

05- Setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan yang tersendiri.

04- Selepas pengorbanan, anda akan menemui kebahagiaan.

03- Selepas kita untung besar kemudian tibalah saat pokai.

02- Disaat kita bahagia tentunya bencana akan bakal menyusuli.

01- Kehidupan kita selalu diselangi dengan kesusahan dan kesenangan. ( Kemasukan data 15-12-2004 )

Hosted by www.Geocities.ws

1