DISEBALIK ARTIKEL [tidak disiarkan] - MALAYSIA  mampu muncul sebagai kuasa ekonomi dan teknologi dengan penguasaan teknologi mesra alam seperti penghasilan tenaga daripada biomass dan bahanapi etanol-sawit kerana lebih separuh daripada dunia terdiri daripada negara-negara miskin yang masih membangun. Sudah tiba masanya untuk kita sebagai wakil negara membangun menawarkan kuasa tawar-menawar yang baru iaitu pengunaan tenaga lestari [sustainable] tanpa bergantung kepada kuasa barat. Dengan cara ini juga Amerika akan hilang kerakusan untuk menguasai lapangan minyak di Timur-Tengah. Maka peperangan dan penguasaan negara lain akan terhenti dengan sendirinya. Dunia sudah tidak mempunyai masa untuk peperangan kerana terlalu banyak tugas berat menantinya iaitu;
1- Menyediakan makanan secukupnya untuk populasi penduduk yang bertambah.
2- Memulihkan dunia dari pencemaran alam sekitar dengan menanam sebanyak mungkin pokok untuk menyerap gas karbon dioksida.
3- Sudah tiba masanya manusia menumpukan perhatian kepada penjelajahan angkasa seperti projek membumikan Marikh.

Saudara Pengarang,

MALAYSIA WAJAR  MENERAJUI TEKNOLOGI  BIODIESEL DARIPADA ETANOL-SAWIT

    Malaysia baru-baru ini berjaya mengejutkan dunia dengan pengumuman ujian litar kenderaan yang menggunakan bahanapi yang mempunyai unsur campuran stanum iaitu logam timah. Namun begitu sebahagian paten atau hakcipta proses dan rekabentuk mesin dan bahanapi masih kepunyaan satu syarikat teknologi dari Amerika Syarikat. Lagi pula, Malaysia kini sudahpun hilang kepentingan strategik perlombongan timah dan logam tersebut hampir tidak mempunyai nilai kerana pegangan stok penimbal oleh negara barat. Malaysia sebenarnya masih mempunyai alternatif lain yang lebih sesuai membangunkan sumber bahanapi baru iaitu sumber bahan biomass dan minyak kelapa sawit.

    Pengumuman yang Malaysia akan membina insinerator mengikut teknologi Jepun di Broga, Selangor merupakan satu langkah yang amat proaktif dalam menangani masalah sampah  dan juga memulakan pembangunan satu sumber baru tenaga elektrik. Walaupun satu loji insinerator mencecah kos ribuan juta ringgit, faedah jangka panjang adalah amat berbaloi jika dilihat di sudut penjanaan tenaga elektrik yang mandiri.

Pada pendapat saya, bukan setakat sampah buangan sahaja yang  patut ditumpukan sebagai sumber kegunaan loji malah sisa buangan pepejal pertanian juga boleh digunakan seperti sisa daunan, batang pokok dan najis haiwan. Maka penggunaan insinerator mampu mengantikan pembinaan loji hidro-elektrik dan kerajaan perlu menggiatkan lagi aktiviti penanaman pokok penghasil biomass cepat tumbuh seperti pelbagai spesis buluh, pokok petai belalang, akasia mangium malah lalang di kawasan tanah terbiar di seluruh negara.

    Bercerita panjang tentang potensi penghasilan tenaga elektrik daripada loji insinerator tidak dapat menjawab persoalan- Apakah pula bahanapi yang sesuai untuk kegunaan kenderaan bermotor dan engin kecil? Alternatif terbaik yang boleh saya cadangkan di sini ialah penggunaan bahanapi etanol dan minyak kelapa sawit atau diringkaskan sebagai etanol-sawit. Namun cadangan saya ini hanya berbentuk teorikal sahaja tetapi berdasarkan beberapa fakta yang kukuh.

Terdapat sebab yang tertentu mengapa saya mencadangkan penggunaan bahanapi hibrid etanol-sawit. Pertama, sememangnya sudah ada teknologi menggunakan minyak sayuran sebagai bahanapi sepenuhnya dengan engin diesel yang direka khas. Tetapi minyak sayuran itu perlu terlebih dahulu ditukar kepada bentuk kimikal metil-ester yang melibatkan proses kompleks dan rumit. Ini melibatkan kos yang amat tinggi dan tidak ekonomik.

    Fakta yang kedua, bahanapi etanol tulen boleh digunakan terus mengantikan petrol kerana etanol tulen boleh mudah terbakar setanding dengan petrol. Negara Brazil pernah menggunakan teknologi bahanapi etanol daripada fermentasi gula tebu sebagai respon kepada krisis tenaga lewat 1970an dahulu. Namun penghasilan etanol melibatkan penanaman tebu secara besar-besaran banyak memusnahkan kawasan simpanan hutannya.

Dalam kes Malaysia, tanaman sagu dan ubi kayu boleh digunakan untuk  menghasilkan etanol. Terdapat penyelidikan penghasilan etanol menggunakan kanji sagu yang pernah dijalankan oleh pihak UPM dan Mardi boleh dijadikan garis panduan asas. Pokok sagu mempunyai tempoh tuaian yang amat lambat iaitu 15 hingga 30 tahun tetapi kelebihannya ia boleh tumbuh dengan baik di kawasan tanah berpaya. Manakala ubi kayu pula mempunyai tempoh tuaian yang singkat iaitu setengah tahun sehingga kurang satu tahun tetapi tidak boleh ditengelami air.

    Fakta yang ketiga, pernah dilaporkan di media akhbar beberapa tahun dulu - akibat kegawatan ekonomi terdapat sekumpulan petani di Thailand menggunakan terus campuran minyak tanah [kerosin] dan minyak masak terpakai untuk mennghidupkan enjin traktor dan enjin pam air diesel tanpa sebarang pengubahsuaian enjin. Fakta ini amat menarik perhatian saya untuk diperkembangkan konsep ini kepada bahanapi biodiesel yang berasaskan etanol-sawit dimana etanol tulen digunakan untuk mengantikan kerosin.

Maka satu bahanapi yang lebih mudah dan murah digunakan dapat dicipta tetapi banyak kajian perlu dibuat seperti mengkaji komposisi optima yang sesuai diantara etanol dan minyak sawit mentah. Ataupun mungkin bahanapi perlu digunakan secara berasingkan dimana etanol digunakan terlebih dahulu untuk memanaskan enjin kepada suhu tertentu (dimana kita semua maklum bahawa minyak masak amat mudah terbakar jika berada pada suhu yang tinggi).

Disebalik semua ini, Malaysia berpeluang untuk menerajui penggunaan satu teknologi yang murah untuk digunakan oleh negara-negara miskin di seluruh dunia. Jika teori ini terbukti berjaya, ini bermakna negara membangun dan miskin mempunyai kuasa kekuatan baru bagi menawarkan sumber tenaga murah. Negara kita Malaysia mempunyai kereta Proton Tiara yang berenjin diesel untuk menjadi bahan ujian litar bahanapi baru biodiesel daripada etanol-sawit. Jika ujian litar itu berjaya maka dunia masa depan tidak akan diganggu-gugat lagi oleh pengeluaran minyak petroleum tetapi memadai dengan usaha penanaman secara besar-besaran kelapa sawit,pokok sagu dan ubi kayu.

Terdapat berjuta hektar tanah tropika dan tanah gurun berpotensi untuk dibangunkan dengan tanaman sumber biodiesel baru di negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Malaysia mempunyai tugasan baru iaitu menyebarkan satu wawasan global penggunaan biodiesel mesra alam ke serata dunia. Ini satu cabaran baru untuk semua saintis Malaysia menyahut cabaran ini, tunjukkan siapa sebenar Malaysia di mata dunia- kecil bukan bererti lemah!

Nukilan: Ramzam Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Terengganu

Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd Zamri B- Muda
No i/c. : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang Terengganu
No. Tel.: 019 952 29 18
Pendidikan : Bac.Sc. (Bioteknologi) UniPutra Malaysia 1998

Hosted by www.Geocities.ws

1