Saudara pengarang,
Pelan kecemasan menghadapi risiko tsunami gelombang elekromagnet daripada
matahari
Fenomena gangguan elekromagnet daripada matahari sememangnya sudah diketahui
oleh para saintis. Pada tempoh tertentu, aktiviti yang tidak menentu pada
permukaan matahari akan melepaskan plasma ke ruang angkasa dan seterusnya
menjadi angin solar, angin solar merupakan bahan yang berbahaya. Jika angin
solar ini merempuh planet bumi, atmosfera dan medan magnetnya akan mengurangkan
kesannya. Namun begitu, angin solar yang terdiri daripada partikel-partikel
bercas dan gelombang elekromagnet bertenaga tinggi boleh menyebabkan kerosakkan
litar elektrik kerana kesan lampau beban arus berganda. Fenomena ini diistilahkan
sebagai emp [ Electro Magnetic Pulse ] atau lebih tepat lagi sebagai ems
[ Electro Magnetic Shockwaves ]. Selain daripada sumber semulajadi, ems juga
boleh berlaku apabila satu bom nuklear berimpak tinggi diletupkan di permukaan
bumi.
Pada era moden ini, gangguan ketara semujadi pertama kali dapat dikesan pada
tahun 1859 iaitu ketika komunikasi telegraf mula digunakan dengan meluas
di Amerika Utara. Gangguan ketara yang kedua berlaku pada tahun 1989 yang
menyebabkan kabel grid elektrik di Kanada terpelantik dan rentetan berikutnya
menyebabkan kerosakan mikrocip pada Bursa Saham Toronto di tahun yang sama.
Dua peristiwa tersebut tidak disedari kesannya terhadap masyarakat biasa
yang menganggapnya ia adalah fenomena alam yang jarang-jarang berlaku dan
tiada perkaitan dengan mereka. Peristiwa gangguan pada 1989 telah menyebabkan
negara-negara di Amerika Utara dan Eropah membuat rangka pelan khas bagi
menangani masalah tersebut. Namun apa yang amat dibimbangkan adalah masalah
risiko gangguan luar jangka yang bermagnitud berkali-ganda lebih kuat daripada
yang pernah dialami oleh manusia sebelum ini. Selain itu, saiz litar elektronik
bersaiz mikro masa kini yang semakin kecil memungkinkan risiko kerosakan
berkali-ganda berbanding litar elektrik dahulu-kala manakala menjelang 20
tahun akan datang, litar bersaiz nano akan menjadi kelaziman menambahkan
lagi risiko kerosakan tersebut.
Kesemua litar elektronik masa kini digunakan dalam perkakasan alat rumah
dan juga perkakasan digital yang banyak menyimpan data teks, audio dan visual
yang mana suatu masa dahulu kita lebih gemar menyimpan dalam bentuk foto
analog, rakaman audio pada piring hitam atau tape analog dan video pada pita
video atau filem.
Mempertimbangkan aktiviti matahari adalah stabil semenjak berbilion tahun
dahulu lagi dan berulang-kali pada kadar yang tetap, maka tempoh masa gangguan
utama ems suria yang pernah dikesan di era moden iaitu pada tahun 1859 dan
tahun 1989 dijadikan perkiraan utama, meletakkan jarak tempoh masa 130 tahun
menjadi panduan utama untuk meramal kejadian yang akan berlaku di masa depan.
Maka itu, tahun 2119 boleh dijadikan ''deadline'' atau tarikh akhir utama
bagi menyelesaikan masalah ini. Kita tidak dapat meramalkan masa dengan tepat
akan kesan dan magnitud ems yang akan berlaku tetapi kita perlu bersedia
lebih awal daripada itu bagi mengelakkan kesan lebih teruk dari menimpa kepada
kemanusiaan.
Maka itu, beberapa langkah proaktif perlu dilakukan di pelbagai peringkat
demi mengurangkan risiko kerosakan.
Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut;
1- Di peringkat kerajaan boleh menetapkan dasar untuk melindungi data digital
dengan penubuhan pusat data digital yang boleh berlindung dari kesan ems
suria ataupun dari kesan emp letupan nuklear. Pusat data ini boleh disekalikan
dengan pusat perlindungan luar jangka seperti menghadapi bencana nuklear
tahap satu. Teknologi perlindungan ini sudah pun sedia ada di negara barat.
Penyimpanan data digital tersebut dikenakan caj yang rendah dan mampu biayai
oleh orang awam.
2- Penggunaan alat digital kegunaan awam yang kebal kesan ems. Teknologi
kebal kesan ems sudahpun dilakukan pada kelengkapan satelit tentera dan peralatan
digital tentera negara-negara Barat untuk kegunaan masa perang. Penggunaan
secara komersial mungkin kurang mendapat sambutan kerana menyebabkan kosnya
amat mahal.
3- Penyelidikan baru bagi mengembangkan teknologi format lama dan baru yang
kalis dan kebal kesan ems seperti teknologi filem plastik, pita audio video,
piring hitam, memori kristal dan ukiran nano.
Dimensi kajian, adalah seperti berikut;
Pertama, penggunaan filem seluloid untuk menyimpan video. Namun begitu teknologi
filem seluloid adalah teknologi kuno kerana bahan plastik seluloid hanya
boleh bertahan disimpan sehingga 50 tahun sahaja. Seharusnya perlu dibuat
kajian baru bagi mencari bahan plastik generasi terbaru yang lebih sesuai
untuk menyimpan dalam format filem. Manakala penyimpanan audio analog secara
optik pada filem boleh dikembang teknologinya bagi menyimpan kandungan digital
secara optikal. Barangkali teknologi filem plastik optikal generasi baru
boleh berbentuk seperti pita kaset mini tetapi boleh menyimpan kandungan
digital sebesar 1 terabait.
Selain itu, teknologi lama filem gambar segera polaroid boleh juga dikembang
semula untuk kegunaan penghasilan filem generasi baru atau
menyimpan data digital secara optikal dengan mengabungkan dengan teknologi
laser.
Kedua, penggunaan pita video atau pita kaset audio bagi menyimpan video atau
audio secara analog. Ketahanan format pita magnetik ini berdurasi kira-kira
20 tahun. Kajian baru juga boleh dibuat dengan menggunakan format lama ini
bagi menyimpan kandungan multimedia secara digital.
Ketiga, penggunaan piring hitam vinil. Format piring vinil merupakan medium
paling berdaya-tahan dengan peredaran zaman dan boleh tahan sehingga seratus
tahun jika dijaga dengan baik. Anda tentunya tidak akan percaya bahawa piring
juga pernah digunakan untuk menyimpan kandungan video. Maka itu masih ada
ruang untuk kajian baru bagi format piring hitam untuk menyimpan kandungan
multimedia dalam bentuk digital atau menghasilkan piring hitam yang boleh
dirakam sendiri dengan mengabungkan penggunaan laser contohnya.
Keempat, teknologi baru penggunaan kristal untuk menyimpan data merupakan
teknologi yang masih diawal peringkat kajiannya. Setakat ini masih lagi tiada
produk komersial di pasaran menggunakan teknologi ini. Dikatakan teknologi
ini menggunakan cahaya laser untuk membentuk imej holografik pada kristal
yang mewakili data digital.
Kelima, ukiran nano atau mikro pada granit atau kristal dengan menggunakan
cahaya laser. Teknologi ini hanya sesuai bagi menyimpan kandungan teks atau
gambar foto berbentuk ukiran monowarna sepertimana corak pada wang kertas
masa kini. Teknologi ini adalah ubahsuai konsep ukiran hieroglif tamadun
Mesir Purba dan tamadun Babilon.
Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.
Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong,
21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.geocities.com/ramzamuda