Art6-Tsunami angin solar
Saudara pengarang,
Bersedia menghadapi bencana tsunami gelombang
elekromagnet daripada matahari
Dunia hari ini menjadi semakin canggih dengan produk digitalnya, hampir keseluruhan
hidup seharian kita berkaitan dengan alat digital dan elektronik, bermula
dari saat bangun dari tidur dikejutkan oleh penggera dari jam digital atau
telefon tangan sehinggalah menutup lampu tidur automatik dengan arahan suara.
Penggunaan alat digital dalam kehidupan seharian bukan lagi untuk tujuan
menunjuk mewah tetapi merupakan gaya hidup semasa yang mementingkan
keselesaan dalam menguruskan kehidupan seharian. Namun demikian, penggunaan
sepenuhnya kepada peralatan digital menyumbangkan satu risiko yang lain pula
iaitu ancaman gelombang elektromagnet yang berpunca daripada matahari.
Sememangnya kita tidak boleh nafikan bahawa kita lebih selesa menyimpan memori
kehidupan seharian seperti foto, video dan catitan diari dengan menggunakan
alat digital seperti telefon pda, laptop atau komputer pc daripada menyimpannya
dalam format analog kerana perbezaan kos dan aspek mudah-guna. Dan kebanyakkan
daripada kita sudahpun menukar cara hidup kepada digital sepenuhnya tanpa
menyedari akan risiko kehilangan semua simpanan data digital mereka sekiranya
risiko ancaman gelombang elekromagnet matahari ini menjadi realiti sebenar.
Ancaman gelombang elekromagnet matahari sememangnya sudah diketahui oleh
para saintis semenjak awal penggunaan satelit komunikasi sekitar 1960an dan
1970an lagi. Dimana ia boleh mendisfungsi satelit untuk tempoh sementara
atau kekal. Namun setakat tempoh era moden ini, masih belum lagi terjadi
kejadian gangguan elekromagnet matahari melampau yang boleh mengancam peralatan
digital di permukaan bumi. Kalau tidak silap saya, ia dinamakan sebagai ems
[ untuk electro-magnetic-shock ].
Kestabilan aktiviti dipermukaan matahari menjadi kunci utama terhadap pembentukkan
fenomena gangguan gelombang elekromagnet. Seringkali para saintis akan memantau
petunjuk awal iaitu pembentukan titik hitam pada matahari dimana kawasan
ini merupakan tempat tersejuk di permukaan suria. Tompok hitam dan julangan
bahana suria [ diumpama seperti lava di bumi ] boleh mempengaruhi pembentukan
angin suria. Kalau tidak silap saya, angin suria adalah plasma matahari yang
terlepas daripada graviti matahari dan bergerak laju ke mana-mana arah dalam
sistem suria termasuklah
ke planet kita, bumi.
Walau bagaimanapun demikian, bumi masih mampu mengurangkan kesan ancaman kerana
mempunyai atmosfera yang tebal dan medan magnetnya yang tersendiri.
Seumpama sebuah dinamo pada sebuah basikal, angin suria dianggap seperti
kuasa memutarkan dinamo itu dan dinamo itu sendiri adalah planet bumi dengan
medan magnetnya. Jika kuasa putarannya terlebih kuat, maka arus lebih besar
dan kalau berlebihan akan boleh melampau beban mentol, seterusnya mentol
terbakar. Inilah perumpamaan yang tepat bagi menerangkan kesan ems.
Dua kategori fenomena ems boleh berlaku kepada alatan digital iaitu lampau
arus elektrik pada litar elektronik atau pada
mikrocipnya dan aruhan terus kuasa magnet yang sangat besar boleh merosak
secara langsung simpanan data pada cakera keras atau pada memori ''flash''.
Sedikit sahaja kerosakkan pada data menyebabkan data keseluruhan tidak boleh
dibaca.
Maka itu, bakal risiko yang akan dihadapi adalah amat berat untuk ditempuhi
oleh kita semua apabila bergantung sepenuhnya kepada dunia digital. Kita
tidak tahu bilakah akan berlaku bencana ini secara tepatnya, barangkali dalam
tempoh masa 50 tahun, seratus, seribu tahun atau bulan depan, hanya Tuhan
Maha Pencipta sahaja yang tahu.
Namun kita masih lagi boleh mengurangkan risiko dengan membuat beberapa salinan
analog atau mencetaknya jika dalam bentuk teks atau foto pegun. Beberapa
teknologi format lama dan baru yang kalis ems boleh digunakan secara terus
atau diubahsuai semula bagi menyimpan format digital.
Pertama, penggunaan filem seluloid untuk menyimpan video. Namun begitu teknologi
filem seluloid adalah teknologi kuno kerana bahan plastik seluloid hanya
boleh bertahan disimpan sehingga 50 tahun sahaja. Seharusnya perlu dibuat
kajian baru bagi mencari bahan plastik generasi terbaru yang lebih sesuai
untuk menyimpan dalam format filem. Manakala penyimpanan audio analog secara
optik pada filem boleh dikembang teknologinya bagi menyimpan kandungan digital
secara optikal. Barangkali teknologi filem plastik optikal generasi baru
boleh berbentuk seperti pita kaset mini tetapi boleh menyimpan kandungan digital
sebesar 1 terabait.
Kedua, penggunaan pita video atau pita kaset audio bagi menyimpan video atau
audio secara analog. Ketahanan format pita magnetik ini berdurasi kira-kira
20 tahun. Kajian baru juga boleh dibuat dengan menggunakan format lama ini
bagi menyimpan kandungan multimedia secara digital.
Ketiga, penggunaan piring hitam. Format piring vinil merupakan medium paling
berdaya-tahan dengan peredaran zaman dan boleh tahan sehingga seratus tahun
jika dijaga dengan baik. Anda tentunya tidak akan percaya bahawa piring juga
pernah digunakan untuk menyimpan kandungan video. Maka itu masih ada ruang
untuk kajian baru bagi format piring hitam untuk menyimpan kandungan multimedia
dalam bentuk digital atau menghasilkan piring hitam yang boleh dirakam sendiri
dengan mengabungkan penggunaan laser contohnya.
Keempat, penggunaan kristal untuk menyimpan data merupakan teknologi yang
masih diawal peringkat kajiannya. Setakat ini masih lagi tiada produk komersial
di pasaran menggunakan teknologi ini. Dikatakan teknologi ini menggunakan
cahaya laser untuk membentuk imej holografik pada kristal yang mewakili data
digital.
Kelima, ukiran nano pada granit atau kristal dengan menggunakan cahaya laser.
Teknologi ini hanya sesuai bagi menyimpan kandungan teks atau gambar foto
berbentuk ukiran monowarna sepertimana corak pada wang kertas masakini. Teknologi
ini adalah ubahsuai konsep ukiran hieroglif Mesir Purba dan Babilon.
Diharapkan kita semua tidak akan dilanda tsunami ems dari sang suria untuk
tempoh hayat kita ini tetapi langkah-langkah awal perlu diambil bagi mengelakkan
generasi akan datang tidak dapat berkongsi cebisan memori dan kebijaksanaan
generasi kita ini.
Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.
Tarikh : 19-08-08 11pm
Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu
Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.geocities.com/ramzamuda