Bina empangan hidro tindakan pro alam sekitar
Saudara pengarang,
Pembangunan negara memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit daripada
rakyat adalah sesuatu yang amat berat untuk kita terima, terutamanya bagi
mereka yang sendiri mengalaminya seperti kehilangan tempat tinggal atau kebun
tempat mereka bercucuk tanam. Pembangunan yang dimaksudkan itu adalah seperti
pembinaan lebuhraya, kawasan perumahan baru, bandar baru dan termasuklah
pembinaan empangan. Dan apabila berlaku pertembungan diantara kepentingan
rakyat dan masa depan negara, Malaysia adalah diantara negara membangun yang
kerap dikambing-hitamkan sebagai negara yang tidak prihatin kepada alam sekitar
dan banyak memusnahkan hutan dara.
Tohmahan-tohmahan tersebut adalah tidak benar sama sekali apabila mengaitkan
pembangunan ( terutamanya pembinaan empangan hidro ) yang dilakukan di negara Malaysia sebagai
bersifat memusnahkan alam sekitar. Ini kerana pembinaan empangan hidro
sama ada untuk tujuan penyimpanan air pukal atau janakuasa hidroelektrik
hanya dibuat di bahagian pertengahan sungai dan bukannya di kawasan hulu
sungai. Kawasan hulu sungai atau sungai muda boleh ditakrifkan sebagai
bahagian aliran sungai sebelum terjadinya air terjun dimana terdapat
perbezaan ketinggian tanah yang ketara.
Apabila kita membuat pemerhatian ini, kita akan dapati di Malaysia boleh dikatakan
tidak ada satu pun kawasan air terjun ditenggelami oleh air empangan. Ini
menunjukkan, kawasan hutan dara ( dimana sungai muda melaluinya ) yang mempunyai
kepelbagaian spesies flora dan fauna tetap terpelihara.
Kawasan sungai pertengahan yang menjadi ''mangsa'' kepada empangan adalah
sebenarnya kawasan hutan sekunder kerana telah diteroka ( melalui teknik
pertanian pindah ) sejak ratusan tahun lepas oleh penduduk pribumi Malaysia.
Jika dibandingkan dengan negara barat, mereka telah pun bertindak memusnahkan
kawasan hutan asal mereka sehingga kepuncak gunung dengan menjalankan
pembalakan intensif sehinggakan kawasan tersebut menjadi gondol dan hanya
sesuai untuk menjadi padang ragut yang tidak subur dan amat mudah terhakis,
cubalah bertanya kepada mereka ke manakah perginya kepelbagaian spesies dan
alam sekitar yang mereka selalu sahutkan kepada kita.
Langkah manusia membina empangan air bukannya satu usaha yang remeh-temeh
atau menurut nafsu semata-mata tetapi ianya adalah salah satu teknologi manusia
yang tertua, mampu mengubah kemampuan manusia untuk bercucuk-tanam dan berdaya-tahan
menghadapi kemarau panjang. Teknologi pembinaan empangan
sebenarnya adalah teknologi wahyu yang tidak boleh dipertikaikan akan kebaikannya
kepada umat manusia. Masihkah anda ingat kisah Nabi Yusuf dengan Raja
Firaun, dimana terbinanya Empangan Aswan yang pertama kira-kira 4,500 tahun
dahulu.
Pembinaan sebuah empangan juga merupakan satu hadiah yang paling indah untuk
diwariskan kepada anak cucu kita kerana apabila sebuah empangan dibina, satu
pakej lengkap pusat perlindungan atau santuari alam sekitar telah digazetkan
dengan rasminya. Kita sedia maklum bahawa kawasan hutan yang menjadi legih
sungai kepada empangan tidak boleh diteroka, maka kehidupan flora-fauna asalnya
tidak terjejas, berbanding jika tidak ada pembinaan empangan, kawasan rendah
tersebut pastinya akan diteroka jua oleh manusia untuk tujuan komersial (
sama ada secara sah atau haram ) dan seterusnya akan ''berjangkit''
ke kawasan hutan dara di kawasan lebih tinggi.
Maka itu, kita dapat saksikan sendiri beberapa empangan gergasi di seluruh
negara seperti Kenyir,
Pedu dan Temenggor bukan sahaja menjadi tempat simpanan hidro tetapi sebagai
santuari alam sekitar yang sangat kaya dengan flora dan fauna untuk diwariskan
kepada generasi akan datang. Sedikit pengorbanan di masa kini memberikan ganjaran
kebaikan yang berpanjangan untuk tempoh beribu tahun akan datang.
Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.
Tarikh : 02-08-2008 2am
Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong,
21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.geocities.com/ramzamuda