Saudara Pengarang,

MENZAHIRKAN KEKAYAAN TERSEMBUNYI BUMIPUTRA SEBANYAK  RM 60 BILLION  KEPADA SIMPANAN DANA SEBELUM 2005

Berikutan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-8 di akhir 2003 lepas, beberapa fakta yang tidak berapa memihak kepada kekuatan ekonomi bumiputra didedahkan kepada umum. Kemudian, beberapa hari selepas itu kita dapat membaca beberapa tajuk akhbar yang mengecewakan. Hal ini tidak begitu menyenangkan hati tetapi sememangnya dijangkakan. Kita harus menerima hakikat yang sebenarnya. Bangsa Melayu dan bumiputra yang lainnya memang amat kurang menabung di dalam bank dan lebih menumpukan untuk berlagak menunjuk kaya dan barang-barang mewah.

Kita harus beramai-ramai menyimpan di dalam dana simpanan yang telah disediakan oleh kerajaan mulai sekarang. Kita mempunyai Permodalan Nasional, Tabung Haji dan bank-bank biasa yang lainnya. Saya berpendapat masa ini masa yang paling sesuai untuk menabung di dalam dana iaitu sebelum bermula perkiraan tahun baru 2005. Ini kerana kebanyakan simpanan dana mengira dividen dari baki terendah dalam akaun bagi tempoh setahun. Simpanlah dalam dana mana-mana duit yang ada walaupun kadar dividen dana simpanan kini kurang dari 10%. Gunakan sepanjang tempoh 2004 ini sebagai tempoh menyimpan duit ke dalam dana simpanan sebanyak mungkin.

Dalam pada berasa terpukul rendah diri akan sikap bangsa sendiri yang begitu rendah pegangan ekonominya. Sikap menunjuk mewah orang Melayu ada satu kelebihan tersembunyi dimana wanita Melayu suka membeli barang kemas seperti emas dan intan permata. Saya berasa inilah masanya wanita Melayu melakukan pengorbanan besar demi masa hadapan anak- anak iaitu dengan menukarkan simpanan emas dan permata kepada simpanan dana sekarang juga. Inilah masanya untuk menzahirkan nilai kekuatan ekonomi sebenar bangsa kita.

Jika dicongak-congak, anda mungkin terkejut. Cuba anda kira sendiri. Kalau bumiputra berjumlah 60% dari lebih kurang 20 juta penduduk Malaysia dan wanita terdiri separuh darinya. Katakan purata nilaian simpanan emas dan permata ialah RM 10 ribu setiap seorang wanita. Anda akan menemui angka RM 60 billion! Ya... itulah nilai wang yang tidak digunakan oleh bangsa kita. Ayuhlah kakak-kakak, makcik-makcik dan adik-adik... beramai-ramailah menukar bentuk tabungan. Inilah masanya ketika harga emas tertinggi di pasaran dunia. Pendamkan perasaan anda untuk bermewah seketika... belilah semula emas ketika harga rendah kelak, tentu sekali dengan duit dividen di tahun depan insya-Allah.  Cuba bayangkan, jika anda mempunyai simpanan ASB contohnya sebanyak RM 10 ribu dengan kadar dividen di era ekonomi berprestasi baik. Anda akan mendapat dividen RM 1 ribu dengan begitu mudah. Maka terpulanglah kepada anda semua untuk membuat keputusan sebelum bermula tahun baru 2005. Selamat menabung!

Nukilan- Zamri Muda, Bukit Payung,  Marang.

Maklumat Peribadi:
Nama : Mohd Zamri B- Muda
No. i/c : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kg Rawai Bukit Payung, 21400 Marang , Terengganu
Pendidikan: Bac.Sc.Biotechnology UPM Serdang 1994-1998
No. Tel : 013 952 29 18
Tarikh: 18-01-2004

Hosted by www.Geocities.ws

1