DBMU Edisi 2004
Saudara Pengarang,
Memorandum Terbuka Untuk UMNO;
Tajuk : Wujudkan Dana Bantuan Mikro Umno [DBMU] Untuk Bumiputra
Dasar DEB yang mula diperkenal pada tahun 1970an telah banyak mengubah
struktur ekonomi dan corak kehidupan orang Melayu berbanding dengan
keadaan pada tahun 1960an dan sebelumnya. DEB merupakan satu daripada
‘mekanisme sementara’ untuk memberi peluang kepada orang Melayu
mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi atau dalam kata lain ia
adalah mekanisme “tongkat” untuk menolong orang Melayu. Penerusan
konsep dasar DEB diteruskan dalam Pelan Jangka Panjang ke-2 iaitu
Wawasan 2020 tetapi apakah bentuk dasar ini masih relevan selepas tahun
2020. Seharusnya pada ketika itu fenomena “tongkat” sudah tidak lagi
wujud.
Rancangan Jangka Panjang yang ke-3 untuk tempoh 10 tahun ( tempoh 2000-
2010) yang kini berjalan diberikan nama dan ciri-cirinya sebagai Dasar
Pembangunan Wawasan (DPW). Satu persoalan utama timbul iaitu – apakah
bentuk formulasi ekonomi selepas ini selepas perlaksanaan DEB
(1970-1990) dan Wawasan 2020 (1991-2020) nanti. Ia cukup menjadi
tandatanya apabila ianya melibatkan nasib anak-cucu kita semua
terutamanya kepada bangsa Melayu selepas 2020 nanti.
Walau apa pun yang berlaku (selepas tahun 2020 nanti), Umno sebagai
tulang belakang utama bangsa Melayu harus mengambil tindakan yang lebih
pro-aktif bagi membebaskan sepenuhnya bangsa Melayu dari taraf
masyarakat termiskin dan miskin kepada berpendapatan sederhana tanpa
melalui instrumen subsidi yang disediakan oleh kerajaan. Cuba kita
membayangkan satu persoalan – bagaimanakah caranya kita untuk membantu
bangsa kita tanpa bantuan sebarang subsidi seperti bantuan baja
subsidi, bantuan bulanan kebajikan masyarakat, skim TEKUN, Projek
Pembangunan Rakyat Termiskin, Skim Prosper, tabung pinjaman biasiswa
PTPTN dan sebagainya seperti mana yang telah dan sedang dilakukan oleh
kerajaan Malaysia sebelum ini ( bagi tempoh 1970-2000 ).
Maka ini, saya ingin mencadangkan Umno untuk menubuhkan satu dana
persendirian bagi mengambil-alih tugas yang dibebankan kepada kerajaan
Malaysia selama ini. Dana ini boleh dinamakan sebagai Dana Bantuan
Mikro Umno ( DBMU ). Dana ini bukan berkonsep “mekanisme tongkat”
tetapi berkonsep “mekanisme mata-kail” untuk memajukan orang Melayu.
Dana ini pada prinsipnya adalah pemberian bantuan pinjaman tanpa faedah
yang paling fleksibel dan tidak menekan para peminjamnya. Dana ini
ditujukan khas kepada masyarakat akar umbi Melayu kita yang tinggal di
kampung-kampung dan juga kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah.
Konsep DBMU ini timbul dengan mengambil contoh masyarakat Cina dan
India di negara kita dimana golongan yang kaya memayungi golongan
kurang berada untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka terutama disegi
bantuan modal kapital. Maka DBMU dalam erti kata yang sama ialah sebuah
organisasi persendirian yang memayungi masyarakat akar umbi bangsa
Melayu kita iaitu golongan rakyat termiskin, miskin dan golongan
pekerja kerajaan berpendapatan rendah.
DBMU ini dicadang diuruskan sepenuhnya oleh pihak parti Umno
diperingkat akar umbi, maka tiada masalah birokrasi dan penjanaan dana
ini datangnya dari sumbangan derma syarikat bumiputra (yang dilahirkan
oleh dasar DEB ). Satu persoalan, mahukah mereka memberi sumbangan
kapital?
Maka ini saya mencadangkan agar undang-undang tertentu digubal dengan
dua alternatif;
- Pertama dengan menetapkan secara automatikk minima 10% daripada 29%
cukai syarikat bumiputra adalah untuk DBMU
Ini bermakna; 10% cukai adalah untuk DBMU manakala cuma 19% cukai untuk
kerajaan.
- Alternatif kedua ialah dengan cara inisiattif pengecualian cukai.
Contohnya, katakan setiap 1% daripada keuntungan syarikat disumbangkan
kepada DBMU, syarikat itu akan mendapat 1.5% mata pengecualian cukai
dan dihadkan 10% pendermaan adalah takat maksimum.
Ini bermakna jika satu syarikat mendermakan 10% daripada keuntungannya
kepada DBMU maka kerajaan Malaysia hanya akan mengutip 14% sahaja [ 29%
- 15%(mata pengecualian)], syarikat akan menndapat semula 5%
keuntungannya.
- Alternatif lain sumber kapital dana datanggnya dari derma;
a- Oleh golongan korporat negara
b- Derma dari negara Arab
c- Dan penyaluran sepenuhnya wang hasil minyak oleh Petronas bagi
kawasan Semenanjung Malaysia. Jika penggunaan wang hasil minyak diguna
sepenuhnya maka ianya lebih adil kepada negeri lain selain Teregganu
merupakan cara lebih baik dari pengagihan yang ada sekarang.
Berikutnya, saya ingin mengemukakan konsep asas pelaksanaan DBMU. Dana
ini seperti yang telah ditekankan sebelum ini adalah bertujuan untuk
membantu masyarakat akar-umbi Melayu dari terus dibelenggu kemiskinan.
DBMU memberi peluang seluas-luasnya kepada orang Melayu untuk;
i- Mengusahakan projek pertanian atau
ii- Perniagaan kecil,
iii- Perusahaan kecil,
iv- Pembinaan rumah,
v- Pembiayaan pelajar ke IPT dan
vi- Malah untuk membiayai pembelian komputer untuk anak-anak.
Permohonan bantuan pinjaman Dana Bantuan Mikro Umno (DBMU) adalah amat
mudah dan tiada cagaran diperlukan seperti mana pinjaman institusi
kewangan konvensional. Apa yang berlaku disini ialah ianya diberi
diatas dasar kepercayaan sesama bangsa atau diatas konsep amanah janji
sesama Islam. Tentu terlintas di benak pemikiran anda sekarang akan
istilah “Janji Melayu”. Maka ini, konsep “Janji Melayu Baru” boleh
dipraktiskan dengan pelaksanaan DBMU.
Jika bangsa kita benar-benar berjiwa Melayu Islam yang tulen dan
ikhlas, tentunya istilah Janji Melayu Baru ini akan dapat memberi
tamparan hebat kepada sarjana Barat yang pernah melabel bangsa kita
sebagai bangsa yang pemalas dan tidak menepati janji. Ini juga akan
dapat menjadi contoh tauladan kepada bangsa-bangsa kecil yang
terpinggir di lain benua. Dan oleh kerana DBMU melibatkan para pemohon
yang terdiri daripada golongan masyarakat akar-umbi dan pengurusan
permohonan dana diuruskan oleh parti Umno di peringkat rendah (samada
cawangan atau bahagian), maka komitmen dan keboleh-percayaan adalah
berada dalam keadaan tinggi.
Manakala cara permohonan pinjaman DBMU adalah amat mudah dan
ringkas sahaja. Dicadangkan apa yang diperlukan cuma maklumat berikut
iaitu;
i- Latar belakang pemohon
ii- Tandatangan pemohon
iii- Tandatangan penjamin sekurang-kurangnya 3 ahli keluarga terdekat
sebagai penyokong dan saksi
iv- Satu surat sokongan ketua kampung atau penghulu
v- Satu surat ringkasan latar-belakang projek atau latar-belakang
pengajian di IPT [ tidak kira IPTA atau IPTS ]
Borang permohonan dana ini boleh diberi nama sebagai “Surat Amanah
Janji DBMU”. Jika apa yang saya bincangkan sebelum ini kurang lagi
dapat memuaskan hati banyak pihak, berilah saya peluang untuk
mengemukakan contoh perlaksanaan projek DBMU dengan 4 peringkat dalam
masa 20 tahun iaitu bagi tempoh 2005-2025 [jika DBMU dapat dilaksanakan
dalam tempoh terdekat ini].
Fasa 1, bagi tempoh 2005 hingga 2010.
- Penjanaan sumbangan dari syarikat Bumiputrra terlibat dianggarkan
sekitar RM 500 juta setahun [atau hampir RM 1.5 billion jika termasuk
pendapatan ‘royalti’ hasil minyak Semenanjung].
- Pada ketika ini, DBMU hanya menjalankan akktiviti mengumpul dana dan
urusan peminjaman sahaja.
- Penyaluran kapital pinjaman disalurkan terrus melalui kaun peribadi
pemohon di Bank Simpanan Nasional [BSN] atau di akaun ASB/ASN di PNB.
- Matlamat utama DBMU dalam tempoh ini ialahh untuk menghapuskan
golongan rakyat termiskin dan menukarkan taraf penduduk miskin dan
pekerja kerajaan berpendapatan rendah kepada berpendapatan sederhana.
- DBMU juga juga dicadangkan menjadi penyeleesai pembayaran semula
pinjaman graduan IPT.
Kita tentu tidak mahu melihat golongan ini tersepit diantara dilema
memilih kerja atau berasa begitu tertekan hidupnya kerana memikirkan
soal pembayaran balik pinjaman mereka. Fenomena tekanan hidup yang
melampau kini sudah mulai menular di negara Asia yang maju seperti
Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura. Indikator langsung yang
dikaitkan dengan gejala ini ialah bilangan kejadian membunuh diri. Di
Malaysia umumnya, kejadian kecelakaan di jalanraya serta kelakuan buli
para pemandu di jalanraya boleh dijadikan indikator tekanan hidup.
- Julat nilai pinjaman yang boleh dipohon daari DBMU adalah antara RM
5,000 hingga RM 25,000 [ pecahan RM 5,000 , RM 8,000 , RM 10,000 , RM
15,000 , RM 18,000 , RM 20,000 dan RM 25,000 ] .
- Manakala julat tempoh wajib bayar balik beerkadar terus dengan setiap
ribu wang yang dipohon iaitu 5 tahun hingga 25 tahun.
- Dicadangkan penyaluran dana adalah sekali gus melalui akaun PNB atau
BSN tanpa sebarang kerenah birokrasi.
Fasa 2, bagi tempoh 2010-2015.
- Aktiviti DBMU ditambah dimana dana ini mulla membuat pelaburan [dengan
10% peruntukan dari dana].
- Sasaran pelaburan DBMU dihadkan kepada syaarikat-syarikat IKS milik
Bumiputra sahaja.
- Matlamat ekonomi DBMU ialah penukaran sepeenuhnya masyarakat akar-umbi
ke taraf berpendapatan sederhana.
- Julat pinjaman maksimum dalam tempoh ini dditambah dua kali ganda
iaitu RM 5,000 hingga RM 50,000 tetapi julat tempoh bayaran balik bagi
Fasa 2 dikurangkan iaitu julat 5 tahun hingga 20 tahun.
- Dianggarkan di hujung tempoh ini iaitu tahhun 2015, jumlah dana DBMU
yang terkumpul mencapai jumlah Dana KWSP dan Permodalan Nasional.
- Pada ketika ini, pihak kerajaan bolehlah mmengugurkan semua subsidi
untuk Bumiputra.
- Contoh subsidi adalah; Pembelian baja subssidi padi/getah/kelapa
sawit,bantuan kebajikan masyarakat, Skim Tekun, PPRT dan pinjaman
biasiswa untuk pelajar IPT.
- Ini kerana pada ketika ini, dianggarkan seemua petani dan peladang
bergerak atas dasar komersial.
- Diakhir tempoh Fasa 2 ini, dijangkakan lebbih 50% pinjaman akan
kembali semula kepada DBMU.
- Penguasaan ekonomi negara oleh orang Melayyu dijangkakan mencecah 30%.
Fasa 3, tempoh 2015-2020.
- DBMU mula menukar nama dari Dana Bantuan MMikro kepada Dana Bantuan
Modal.
- Matlamat ekonomi DBMU bagi tempoh ini ialaah meningkatkan taraf
masyarakat bumiputra Melayu dari taraf berpendapatan sederhana kepada
berpendapatan pertengahan.
- DBMU juga dicadangkan untuk membuat pelabuuran sebanyak 25% dari
jumlah dananya.
- Sasaran pelaburan DBMU pada ketika itu iallah syarikat IKS Melayu dan
syarikat mega milik Melayu.
- Julat maksimum pinjaman DBMU mencecah RM 1100,000. Manakala tempoh
bayar balik 5 tahun hingga 20 tahun.
- Penguasaan ekonomi orang Melayu pada ketikka ini dianggarkan sekitar
30% hingga 50%.
Fasa 4, tempoh 2020-2025.
- Dalam tempoh ini, dicadangkan DBMU memperuuntukkan 50% dari tabungan
untuk kegunaan pelaburan eksklusif terhadap syarikat mega Melayu malah
DBMU pada ketika ini berkemampuan untuk membeli syarikat-syarikat bukan
bumiputra dan juga syarikat asing di luar negara.
- Julat maksimum pinjaman mencecah RM 500,0000.
- Tahap ekonomi masyarakat Melayu majoriti bbertukar kepada golongan
pertengahan sepenuhnya.
- Jumlah anggaran nilai dana DBMU di tahun 22020 mungkin adalah RM 500
ribu juta.
- Tahap penguasaan ekonomi orang Melayyu pada ketika itu
dianggarkan melebihi 50%.
- Formulasi bahagian penguasaan ekonomi bagii Bumiputra: Bukan
Bumiputra: Rakyat Asing berkisar pada nilai 50:25:25
Sebagai penutup, saya ingin meminjamkan satu pepatah orang Tiong Hwa
berbunyi-“Jika hendah ditolong orang miskin… jangan beri makanan tetapi
lebih baik diberikan mata kail.” Mungkin teori konsep DBMU yang telah
saya bentangkan di sini tidak dapat berjaya 100% tetapi berjaya hanya
sedikit. Maka saya amat berharap agar rasional penubuhan DBMU ini dapat
dipertimbangkan oleh segenap lapisan orang Melayu untuk dicuba.
Dasar-dasar pro-DEB ( termasuk DPW ) mungkin masih relevan untuk
diteruskan bagi tempoh 2010-2020 tetapi apakah nasib orang Melayu akan
berubah dengan drastik sekali. Perlukah dasar pro-DEB terus-menerus
dilaksanakan dan mengulit orang Melayu dengan mimpi-mimpi indah? Sampai
bila harus begini? Maka pelaksanaan DBMU boleh dijadikan instrumen
alternatif sampingan yang terbaik dalam perlaksanaan DPW 2000-2010.
Kini masanya sudah tiba untuk kerajaan Malaysia melepaskan beban
(sepatutnya pada tahun 1990 lagi) dengan tidak lagi menaungi masyarakat
akar-umbi Melayu dengan bantuan-bantuan subsidi. Dengan adanya
instrumen keramat seperti DBMU, kerajaan Malaysia hanya perlu
menumpukan tugasnya kepada penyediaan infrastruktur negara sahaja dan
juga menaungi syarikat mega-korporat Malaysia bagi merebut peluang
untuk bersaing dalam pasaran bebas dunia global. Akhirnya dapat saya
simpulkan di sini ialah DBMU relevan dengan Dasar Pembangunan Wawasan
2000-2010, Wawasan 2020 dan cara hidup orang Melayu selepas 2020 nanti.
Nukilan: Ramzam Muda, Desa Rawai, Marang.
Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd. Zamri B- Muda
I/c : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang.
No. Tel. : 013 952 29 28
P/s ; Edisi ini adalah diubahsuai semula daripada Edisi Asal September
2000 [ tidak pernah diterbitkan]