mula
Cctv webcam

Saudara pengarang,

Per : Penggunaan CCTV untuk Pengawasan Peti Undi dan Pilihanraya

Pertama sekali diucapkan seribu tahniah kepada Badan SPR kerana akan
 melaksanakan dua langkah pertama yang akan menunjukkan ketelusan tinggi
 perjalanan pilihanraya umum yang  akan datang iaitu penggunaan penanda
 dakwat india dan juga penggunaan peti undi lutsinar.

Dua langkah ulung ini akan menamatkan tradisi pilihanraya warisan
 British kita yang amalkan ssmenjak sebelum merdeka lagi. Sudah pastinya
 langkah pertama ketelusan tinggi pilihanraya ini akan disusuli oleh
 beberapa langkah sesuai lain yang akan dilaksanakan untuk tahun-tahun yang
 mendatang.

Memandangkan demam pilihanraya semakin hampir, suara-suara sumbang
 masih lagi kedengaran mempertikaikan ketelusan pilihanraya kita dikala
 negeri Kelantan masih lagi dikuasai oleh pembangkang semenjak tahun 1990
 dan Terengganu pernah ditawan pembangkang untuk tempoh 1999-2004. Jadi
 apakah lagi jenis ketelusan yang diinginkan oleh mereka yang berkenaan.

Gimik-gimik politik murahan dicanang di sana-sini disokong pula oleh
 media Barat yang sentiasa 'menangguk di air yang keruh' dengan segala apa
 yang berlaku di tanahair kita ini. Maka itu saya ingin mencadangkan
 gelombang baru yang lebih hebat untuk menjadikan sistem pilihanraya
 negara kita mencatat rekod menjadi paling telus di dunia iaitu dengan
 mewajibkan penggunaan CCTV bagi mengawasi perjalanan pengundian dan
 keselamatan peti undi.

Penggunaan CCTV pada masa kini tidak lagi membebankan kerana peralatan
 digital yang sedia ada di pasaran boleh digunakan. Untuk tujuan
 tersebut,  cuma beberapa biji web-kam diperlukan untuk merakam manakala
 rakaman secara digital boleh dipindah kepada komputer PC untuk tujuan rekod
 dan juga rakaman langsung (streaming) melalui internet menggunakan
 talian jalur-lebar streamyx yang boleh diakses oleh orang awam.

Pengawasan sistem CTTV ini melibatkan proses pengundian yang dijalankan
 di sebelah siang manakala keselamatan peti undi sebelum penggiraan
 undi dijalankan di waktu malamnya. Terima kasih kerana penggunaan peti
 undi yang lutsinar memudahkan lagi pengawasan dijalankan maka itu
 diharapkan tidak ada lagi permainan 'magik' atau 'silapmata' dijalankan. Untuk
 meneluskan lagi rakaman CCTV tersebut maka setiap peti undi ditemankan
 dengan jam digital yang mempunyai paparan saat atau ruang bilik
 pengundian / bilik simpanan mempunyai paparan jam analog yang mempunyai jarum
 saat.

Untuk masa yang mendatang pula, ketelusan pilihanraya boleh
 dipertingkatkan lagi dengan penggunaan kad pengenalan ber-cip radio yang hanya
 perlu diimbas tanpa sentuh dan tidak lagi menggunakan cip imbas sentuh
 seperti mana sekarang yang amat mudah berkarat dan rosak. Sistem
 pengenalan diri ini boleh diintegrasi dengan rakaman CCTV dimana paparan
 maklumat identiti pengundi yang relevan seperti nama, jantina, umur dan lokasi
 tempat tinggal disertakan di dalam video pengawasan untuk tujuan rekod
 rasmi. Maka sebarang penyelewengan boleh disiasat dengan secara begitu
 terperinci sekali.

Jika langkah ini boleh laksanakan untuk terdekat ini, pastilah terkedu
 dan terpaku anasir-anasir luar yang begitu mempertikaikan tentang
 ketelusan pilihanraya kita. Jika tidak, jadikanlah ianya satu iltizam baru
 SPR untuk dilaksanakan bagi edisi Pilihanraya 2012/2013 nanti.

Oleh : Ramzam Muda, Marang, Terengganu.

Maklumat peribadi;
Nama : Mohd. Zamri Muda
I.c : 740102-11-6391
Alamat : 1727 Kg. Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu.
No. Tel. : 019 902 50 15
Sila lawat webpage www.geocities.com/ramzamuda Untuk keterangan lanjut
Tarikh : 17 - 11 - 2007
Hosted by www.Geocities.ws

1