Saudara Pengarang,
Tajuk : Potensi penghasilan bahan api praktikal -
biometanol
daripada sisa sampah domestik dan sisa biomass sebagai salah satu
produk
biopetroleum di
Berikutan daripada perangkaan simpanan minyak
mentah
Biometanol boleh ditakrifkan sebagai metanol yang dihasilkan daripada tindakbalas kimia rantai karbon yang berasal daripada bahan organik seperti sisa sampah domestik atau sisa biomass perladangan. Sebab-sebab utama bahan api biometanol dianggap paling sesuai dijadikan bahan api pilihan adalah seperti berikut:
- Bentuk fizikal biometanol yang praktikal iaitu dalam bentuk bahan api cecair memudahkan proses pengangkutan dan penyimpanan.
- Biometanol tulen berkemungkinan boleh mengantikan petrol untuk menghidupkan enjin kereta biasa.
- Campuran biometanol dengan minyak kelapa sawit berkemungkinan boleh menghidupkan enjin diesel.
- Proses penghasilan biometanol lebih murah dan mudah berbanding dengan penghasilan secara kimia bahan api etanol.
Selain daripada itu, biometanol tulen mempunyai permintaan komersial yang tinggi dipasaran dunia bagi kegunaan bahan api sel iaitu penghasilan elektrik secara langsung untuk kegunaan telefon bimbit atau computer riba malah untuk kereta tenaga hibrid.
Kajian lanjut tentang kesesuaian biometanol sebagai bahan api enjin kenderaan haruslah disegerakan oleh pihak institusi penyelidikan. Begitu juga dengan teknologi pemerosesan dan penghasilan biometanol daripada sumber biomass dan sisa sampah domestik boleh dipertimbangkan sebagai bidang kajian utama manakala kos penyelidikan dan pembangunan elok kiranya ditaja oleh Proton dan Petronas.
Penghasilan biometanol daripada biomass dan sisa sampah domestik memberi sedikit jawapan kepada masalah pengurusan sampah negara. Selain itu, operasi penghasilan biometanol boleh disepadukan dengan operasi logi insinerator. Sampah domestik kategori sisa berkayu boleh diproses secara terus menjadi arang dan kemudian ditukar menjadi biometanol manakala sampah sisa bahan plastik atau tayar getah boleh dipertimbangkan juga untuk diproses dan ditukarkan menjadi metanol. Gas beracun seperti dioksin yang terhasil daripada penguraian plastik atau getah boleh dilupuskan oleh insinerator dengan suhu lampau tinggi.
Bagi sisa organik mudah reput dan sisa kumbahan domestik pula perlu menjalani proses fermentasi anaerobik bagi menghasilkan gas metana yang kemudiannya boleh ditukarkan menjadi cecair biometanol. Maka kitaran penghasilan tenaga negara boleh mencapai tahap sempurna dimana pencemaran yang berlaku hanyalah penghasilan gas karbon dioksida.
Pencemaran gas karbon dioksida boleh dikurangkan dengan menambahkan lagi liputan hijau mukabumi negara. Kempen penanaman pokok cepat membesar untuk sumber biomass dan juga sebagai penyerap karbon perlu digerakkan ke seluruh negara. Contoh tanaman biomass tersebut adalah seperti buluh, petai belalang, rhu, akasia, eukaliptus dan kenaf.
Diharapkan cadangan ini memberi sedikit jalan keluar kepada beberapa isu negara seperti krisis kenaikan harga minyak, simpanan petroleum negara yang hampir kehabisan dan masalah pengurusan sampah domestik.
Nukilan : Mohd. Zamri Muda, Desa Rawai, Marang
Maklumat Peribadi;
No. i.c. : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kg.Rawai,
No. telefon : 019 902 50 15
Web rujukan : www. Geocities.com/ramzamuda
06-11-2004