Saudara Pengarang,

MENGGEMPUR MASALAH INDUSTRI BERAS NEGARA DENGAN DIPERKENALKAN DASAR BARU YANG DRASTIK

    Isu timbul kembali beberapa bulan lepas berbangkit tentang makanan ruji rakyat Malaysia iaitu beras. Setelah hangat selama seminggu dua ia senyap tanpa tindakan drastik dan tegas yang perlu diambil oleh kerajaan. Saya percaya ketika para penanam padi menuai hasil di beberapa musim akan datang pastinya berkenaan rendahnya jualan padi dan sekali lagi masalah beras seludup akan diperkatakan.Kini dikatakan berlaku pula pegilang padi swasta kelebihan stok beras menyebabkan padi tempatan akan mengalami lambakan.

 Maka di sini saya ingin mencadangkan idea yang unik dan drastik bagi menangani permasalahan industri padi dan beras negara. Masalah penyeludupan beras bertitik tolak dari kos yang rendah dan kualiti tinggi yang diperolehi oleh pengguna maka mewujudkan permintaan yang teramat besar kepada beras seludup. Manakala kelebihan stok padi tempatan merupakan rentetan daripada lambakan daripada beras seludup di pasaran. Pendekatan konsep subsidi kepada harga padi mentah dan harga beras jualan dikedai harus diberi perhatian dan ditangani oleh pihak kerajaan secara langsung melalui agensi penuh milik kerajaan kerana beras merupakan aset strategik negara yang teramat penting untuk masa hadapan. Masalah tersebut adalah tempias daripada masalah yang melanda dunia sekarang. Ada segelintir daripada rakyat kita sanggup bersubahat untuk menyeludupkan beras secara haram dan memperoleh keuntungan puluhan juta manakala industri beras negara menjadi tidak berdaya saing akibat daripada perbuatan mereka.

    Gejala global sebenar bertitik-tolak daripada peranan kuasa Barat yang mengusai pengeluaran bijirin dunia termasuk beras. Pemberian subsidi kerajaan diamalkan di Amerika Syarikat dan Eropah walaupun negara besar tersebutlah melaungkan konsep globalisasi dan ekonomi pasaran bebas. Ini ibarat ‘lontar batu sembunyi tangan’ atau ‘…mengata orang, dia yang lebih’, maka itu harga pasaran bijirin seperti gandum, jagung dan kacang soya malah beras keluaran Amerika teramat rendah sehinggakan produk tersebut jika dikeluarkan oleh negara membangun di benua Afrika, Amerika Selatan dan Asia tidak akan berdaya-saing. Disebalik pemberian subsidi kerajaan Amerika tersembunyi agenda besar iaitu menguasai monopoli pengeluaran bijirin dunia untuk tujuan politik dunia dan memeras ugut negara kecil dan miskin di masa akan datang. Tidak ada yang merugikan mereka akan nilai subsidi pertanian yang bernilai beberapa puluhan billion dollar dengan keuntungan laba bertrillion dollar pengeksportan mereka diatas nama k-ekonomi, alat teknologi IT dan persenjataan moden.

    Berbalik dengan itu, harga beras yang ditawarkan oleh negara jiran kita menjadi lebih murah kerana tekanan penawaran harga bijirin antarabangsa yang dikuasai oleh kuasa unipolar. Dengan beras kualiti tinggi yang sudah diketahui umum, beras tersebut mendapat permintaan ramai yang luar biasa. Untuk itu saya mencadangkan agar satu dasar baru dibentuk iaitu Dasar Beras Negara (DBN) diwujudkan. Kerajaan perlu mewujudkan semula instrumen seperti LPN dan tidak melibatkan penanam beras tempatan dengan sistem komersial kerana ini pasti akan meranap dan memusnahkan aktiviti penanaman padi tempatan untuk jangka masa panjang.

Persoalan kuasa pasaran komersial dan penawaran bukan soalan utama tetapi jaminan hidup dan pendapatan para penanam padi adalah hal yang perlu diutamakan. Kita tentu tidak mahu melihat sawah kosong tidak diusahakan dan negara ini tidak langsung mengeluarkan beras sendiri kerana ianya kurang berdaya-saing atau tidak memberikan pendapatan setimpal dengan kos pengeluaran. Tetapi apakah yang akan berlaku kepada kita jika berlaku bencana alam di luar jangkaan di kawasan penanaman di negara luar atau hasil monopoli beras dunia oleh kuasa asing memberikan kelebihan kuasa kepada mereka untuk mengugut dan mencampuri dasar negara kita.

Beberapa unsur penting dalam DBN ialah skim pemberian subsidi atau essentif harga padi yang tinggi kepada penanam padi, contohnya RM 1.50 setiap sekilogram padi berkualiti tinggi. Subsidi harga yang tinggi ini dapat memberi faktor pendorong penting kepada penanam padi tempatan untuk sentiasa meningkatkan kuantiti dan kualiti padi yang dihasilkan dan seolah-olah memberikan gaji kepada setiap kilogram padi dihasilkan.

Manakala harga jualan kepada pengguna diberi subsidi cuma RM 1 setiap sekilogram beras bagi gred tertinggi. Saya mencadangkan beras yang terlibat dengan skim DBN ini dinamakan sebagai ‘Beras Kampung’ yang cuma mempunyai tiga gred kualiti beras. Dua gred lagi adalah sederhana yang berharga RM0.80 sekilogram dan gred biasa dengan peratus hancur tinggi RM 0.60 sekilogram. Saya percaya penyeludupan beras akan gulung tikar terus. Pengeluaran beras komersial yang lain masih diteruskan harganya seperti biasa.

    Tindakan drastik perlu dilakukan oleh kerajaan sekarang, penanam padi tempatan perlu diberikan essentif berganda untuk meningkatkan hasil beras demi untuk ‘survival’ negara di masa akan datang. Kita tentu sekali tidak mahu melihat sawah bendang kosong manakala pembekalan beras negara dimonopoli oleh orang asing. Tidak ada apa yang merugikan negara dengan perolehan pendapatan kasar negara kita Malaysia sebanyak RM400 billion setahun.

Nukilan- Ramzam Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang.
11-Januari-2004

Maklumat Peribadi;

NAMA ; MOHD ZAMRI BIN MUDA
I.C ; 740102-11-6391
ALAMAT ; 131 KG RAWAI,BUKIT PAYUNG,21400 MARANG,TERENGGANU.
TEL ; 013 952 29 18

Hosted by www.Geocities.ws

1