Saudara pengarang,

Prosedur memakai baju pelampung keselamatan ketika berususan dengan jasad air patut dijadikan budaya di Malaysia.

Malaysia pernah dikatagorikan sebagai negara maritim oleh sarjana barat di masa lalu tetapi situasi itu sudah jauh berbeza dengan Malaysia di hari ini. Kini, majoriti rakyat Malaysia tidak lagi bekerja berkaitan dengan kelautan. Rakyat negara maritim dikatakan amat pandai dan mahir berenang di jasad air seperti sungai dan laut. Jasad air sekali-sekala boleh membawa berita duka dan pilu apabila ada insan yang kecundang terutamanya ketika banjir besar dan siapa sangka kini negara kita dilanda badai tsunami yang sungguh dahsyat.

Kejadian tsunami pada 26 Disember 2004 merupakan kejadian terburuk di Asia Tenggara selepas peristiwa tragedi yang hampir  sama iaitu letupan Gunung Berapi Krakatua lebih seratus tahun dahulu. Diharapkan banyak pengajaran berguna boleh diambil iktibar oleh semua pihak untuk masa hadapan yang lebih selamat tetapi dalam sedar atau tidak sedar kita semua begitu mengambil enteng sahaja bila berhadapan dengan jasad air dengan tidak menggunakan jaket keselamatan atau baju pelampung.

Sudah tiba masanya penggunaan baju pelampung dijadikan amalan biasa oleh semua orang ( nelayan mahir dikecualikan ) ketika berhadapan dengan jasad air tidak kira masa, untuk tujuan apa dan ketika. Selain kegunaan wajib dipakai ketika berada dalam bot pengangkutan atau menggunakan jetski, baju pelampung mestilah dipakai juga apabila pergi memancing atau bermain di pinggiran jasad air terutamanya bagi golongan kanak-kanak. Selain daripada itu, setiap kenderaan dan rumah perlu menyimpan baju pelampung sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan. Manakala setiap pantai rekreasi utama perlu mempunyai pondok pengawal yang menempatkan pengawal pantai, tiub pelampung dan baju pelampung. Jika berlaku kes lemas, pemakaian baju pelampung atau tiub pelampung harus diutamakan juga oleh para penyelamat.

Untuk menjadikan baju pelampung sebagai suatu perkara yang lazim maka harganya mestilah berada di tahap yang amat berpatutan mungkin cuma RM 10 untuk saiz dewasa manakala RM 5 untuk saiz kanak-kanak malah lebih murah dari itu. Industri yang terlibat dengan pembuatan baju pelampung perlu digalakkan. Kaedah termurah untuk menghasilkan baju pelampung iailah dengan mempertimbangkan pengunaan kitar semula bahan polisterina. Maka itu, disyorkan setiap negeri di Malaysia perlu mempunyai anak syarikat kerajaan negeri yang dipertanggungjawabkan untuk melebur semula bahan polisterina dan kemudian dihantar ke kilang industri kecil untuk dijahit. Disyorkan juga pembuatan baju pelampung dijadikan industri kecil di desa-desa nelayan dimana ramai isteri nelayan berkemahiran menjahit boleh melakukannya. Selain daripada itu, kerajaan perlu mengadakan pertandingan rekabentuk baju pelampung di mana desa-desa yang terlibat dengan pembuatan baju tersebut boleh mengambil bahagian.

Membudayakan penggunaan baju pelambung perlu disahut oleh semua. Pihak kerajaan juga boleh memperuntukan aspek perundangan bagi tujuan tersebut demi untuk meningkatkan keselamatan rakyat jelata. Seterusnya wawasan ini perlu diperluaskan kepada negara jiran kita juga. Kita tidak sanggup lagi terlampau kerap sangat mendengar berita sedih tentang kehilangan nyawa berkaitan dengan jasad air lagi.

Nukilan : Mohd.Zamri B- Muda, Bukit Payong, Marang.

 

Disebalik artikel : Saya berasa amat ralat kerana idea ini telahpun muncul pada 15-12-2004 iaitu sehari selepas peristiwa seorang kakak dibawa arus ketika berada dalam kereta di Terengganu. Saya tidak bersungguh untuk membawa kepada pengetahuan umum. Rujuk no.53 senarai direktori idea ke-2 di www.geocities.com/ramzamuda/ramz2.html - Saya berasa ralat kerana hanya menjadikan ia sebagai koleksi idea sahaja bagi mencukupkan direktori saya sahaja.

 

Maklumat Peribadi;

Alamat ( baru ) : 1727 Padang Pak Wan, Jalan Rawai-Pasir Tinggi, Bukit Payong, 21400 Marang.

i/c : 740102-11-6391

No tel : 019 902 50 15

Rujukan web di geocities.com/ramzamuda

30-12-2004 dikemaskini semula 01-01-2005.
Hosted by www.Geocities.ws

1