Saudara Pengarang,
SIAPA SEBENAR MALAYSIA DI MATA DUNIA
Pada bulan Julai 1997, Asia kegemparan dan diambang
kemuflisan. Penyangak mata wang Barat diketuai oleh Soros menikmati
laba berganda berbilion dollar. Era baru Asia hancur musnah,
globalisasi dan dunia tanpa sempadan canangan Barat mempunyai agenda
tersembunyi. Suara tegas Perdana Menteri kita ketika itu menegak
kebenaran diperlecehkan. Namun, satu ubat ajaib tercipta setahun
kemudian, Malaysia kembali bangkit bertaring bak harimau baru
sembuh dari demam. Dan kini kita bukan sahaja mempunyai Wawasan 2020
tetapi wawasan untuk keadilan ekonomi dunia sejagat. Malaysia kini
berani ke depan memperjuangkan dunia tanpa sempadan bagi penhijrahan
pekerja dari dunia membangun ke negara maju, penggunaan Dinar Islam,
isu Palestin, keganasan antarabangsa dan terkini pengunaan Euro
mengantikan Dollar.
Kita bersimpati kepada negara sahabat seperti Thailand dan terutama
Indonesia yang masih lagi bergelut untuk bangun semula. Apa lagi kalau
disebut nama negara jiran yang jauh sedikit seperti Kemboja, Myammar
dan Filipina. Malaysia seharusnya melakukan satu tugas besar untuk
memakmurkan jirannya. Tahukah anda bahawa rantau ini adalah rantau yang
paling strategik sekali di dunia, kerana itulah pihak asing begitu
rakus untuk menjajah kita dengan pelbagai cara.Salah satu caranya ialah
pihak kerajaan Malaysia patut turut serta membantu kerajaan Thailand
merealisasikan segera pembinaan terusan Segenting Kra. Sebab-sebabnya
saya huraikan selepas ini.
Seingat saya, sebelum serangan ekonomi Julai 1997,
kerajaan Malaysia dan Indonesia sudah menandatangani perjanjian
pembinaan jambatan terpanjang di dunia antara Melaka dan Pulau Sumatera
dan Thailand sudah menyatakan hasrat untuk membina terusan Segenting
Kra setelah ura-ura
pembinaan terusan sejak setengah abab yang lepas lagi. Ini menunjukkan
betapa kuat dan gagahnya ekonomi Harimau-harimau Baru Asia sebelum
di'soros'kan. Pada ketika itu, tiga negara ini boleh berdiri sendiri
dan berjaya boleh menganggu gugat dua lubuk emas barat iaitu Hong Kong
dan Singapura.
Namun kedua-dua lubuk emas ini tidak boleh bertahan
lama kerana lubuk emas yang sebenar berada di tempat lain. Tanah
Semenanjung Malaysia dan kawasan utara sekitarnya meliputi selatan
Filipina, selatan Indochina, selatan Thai, selatan Myammar dan utara
Sumatera (Acheh) adalah rantau yang paling berpotensi menjadi rantau
yang paling strategik di muka bumi kini kerana kedudukan geografi di
tengah-tengah dunia dan menjadi laluan kapal timur dan barat
lebih-lebih lagi apabila sebuah terusan pintas di Segenting Kra dibina
yang dapat memendekkan perjalanan kapal sejauh kira-kira 1000 batu
nautika.
Maka tidak dihairankan kenapa Malaysia begitu
dicemburui dan menjadi sasaran untuk kuasa asing untuk campurtangan. Ya
samaada kita suka atau tidak negara kita adalah berpotensi menjadi
negara yang paling makmur di dunia walau tidak langsung mempunyai emas
dan petroleum di perut
buminya. Sedar tak sedar rantau strategik laluan baru kapal tidak
stabil, telah dan sedang diganggu gugat seperti selatan
Filipina,selatan Indochina,selatan Thai,selatan Myammar dan utara
Sumatera (Acheh).Kita tidak pernah terfikirkan campurtangan agen-agen
asing dalam pergerakan militan di utara
Sumatera, selatan Thai dan Filipina, pemulauan kerajaan tentera Myammar
oleh barat di atas alasan tidak melaksanakan demokrasi, peperangan di
Kemboja dahulu dan kejatuhan ekonomi April 1997 di Malaysia, Thailand
dan Indonesia bertujuan besar untuk menguasai Tanah di Tengah Dunia ini.
Berbalik tentang pembinaan terusan tersebut, eloklah
terusan itu dibina secara berkembar itu dua laluan yang berasingan.
Lokasinya ialah merentas Songkla. Rasional pembinaan terusan berkembar
membolehkan laluan kapal dari timur dan barat berjalan serentak tanpa
perlu mengikut jadual jika dibina terusan tunggal seperti Terusan Suez.
Pembabitan Malaysia dalam pembinaan terusan boleh dibuat dalam beberapa
cara. Pertama, Malaysia boleh membina terusan tersebut secara sukarela
dengan penglibatan syarikat pembinaan tempatan diatas alasan bantuan
ehsan kepada Thailand demi
kemajuan rantau ASEAN. Kedua, dengan membiayai sebahagian kos kewangan
pembinaan terusan dengan pemberian dana kewangan oleh bank tempatan
Malaysia.
Faktor-faktor utama mengapa pembinaan Terusan
Berkembar Rentas Songkla amat diperlukan ialah;
1- Untuk memajukan ekonomi kawasan rantau antara Filipina Selatan,
Indochina Selatan,Thailand Selatan, Sabah, Utara Semenanjung Malaysia,
Selatan Myammar dan Utara Sumatera. Dimana kos buruh rendah sesuai
untuk tapak industri baru dan penubuhan pelabuhan entreport bebas.
2- Penutupan Selat Melaka kepada laluan kapal antarabangsa kerana
risiko ancaman bencana pencemaran air yang amat darsyat dari tumpahan
minyak. Dimana kawasan selat ini amat sempit dan cetek dan kaya dengan
khazanah laut perlu dipelihara.
3- Selat Melaka yang tenang lebih sesuai untuk industri akuakultur di
tengah laut, kawasan yang cetek boleh ditebusguna untuk pembinaan
pulau buatan dan pembinaan kotaraya terapung di atas laut.
Walaupun kegawatan ekonomi Julai 1997 telah membawa
negara-negara Harimau Baru Asia tiga puluh tahun ke belakang tetapi
disebaliknya telah memberikan satu senjata penting kepada Malaysia
untuk terus kehadapan dan berperanan sebagai peneraju dan menulis
semula sejarah dunia dengan langkah dengan membina terusan dunia yang
baru. Malaysia sudah tidak mempunyai masa terluang lagi untuk hanya
duduk memerhati. Malaysia patut fikirkan prospek dirinya sendiri dan
negara sahabat yang lain atau menunggu masa sahaja negara barat
menjajah secara langsung atau tidak langsung terhadap Tanah di Tengah
Dunia ini. Biarkan semua orang tahu siapa Malaysia sebenar di mata
dunia.
RAMZAM MUDA, DESA RAWAI, BUKIT PAYUNG, TERENGGANU
Mohd Zamri Muda ( Bc.Sc.Biotech UniPutra Serdang 1998 )
i-c 740102-11-6391
131 Kg.Rawai,Bukit Payung
21400 Kuala Terengganu
Tel : 013 952 29 18
Saudara Pengarang,
Mensifar Kemalangan Dengan Sistem Tag Elektronik Kenderaan
Kejadian maut akibat kemalangan atau kecelakaan di
jalanraya amat tidak dialu-alukan untuk berlaku. Jika mengikut hukum
pemilihan semulajadi Teori Evolusi, perkara ini tentulah amat baik
kerana manusia yang cuai dan tidak memandu berhemat itulah akan lebih
pendek umurnya dan akan tersisih dari evolusi manusia berikutnya. Namun
hal sebaliknya berlaku, akibat dari kecuaian pemanduan dari seorang
manusia sahaja mengakibatkan beberapa nyawa lain yang tidak bersalah
melayang begitu sahaja. Mati dan hidup di jalanraya kini hanya
bergantung kepada nasib baik sahaja.
Dalam tempoh 10 tahun ini, kita semua berusaha
bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kecelakaan di jalanraya terutama
yang melibatkan kemalangan maut namun semua usaha itu hanya sia-sia
sahaja. Mungkin peningkatan jumlah kemalangan maut seiring dengan
peningkatan populasi. Bermacam-macam kaedah pernah dilakukan seperti
Ops Pacak malah Perdana Menteri kita sendiri merayu agar pemandu
memandu dengan penuh berhati-hati. Namun diakhir tempoh musim perayaan,
angka-angka statistik tetap mengecewakan.
Kata kunci utama untuk membendung kejadian
kecelakaan jalanraya ialah disiplin pemandu itu sendiri. Di Malaysia,
pemandu hanya berdisiplin jika mereka berasa diri mereka diperhatikan
oleh pihak berkuasa. Bukan kelajuan kereta menjadi ukuran berlakunya
kemalangan. Dikatakan di negara Arab Saudi tidak menetapkan had laju
tetapi undang-undangnya keras di mana jika berlaku kemalangan maut, si
pemandu yang cuai akan dihukum sama seperti nasib si mangsa dan
kesannya ialah kematian di jalanraya yang rendah. Tetapi hal ini tidak
serasi jika dipraktikkan di Malaysia dan ianya hanya untuk dijadikan
kes untuk dikaji sahaja.
Dikatakan rakyat Malaysia itu berbudi bahasa dan
baik-baik belaka tetapi lainlah halnya apabila disebut akan disiplin
mereka di jalanraya, di dalam tandas awam dan cara mereka membuang
sampah. Dalam kes untuk menjawab bagaimana untuk mendisiplinkan
pemandu-pemandu Malaysia maka satu sistem elektronik setiap kenderaan
perlu diadakan. Sistem tag elekronik memudahkan pemantauan pergerakan
trafik dan corak pemanduan dapat direkodkan secara digital. Sistem ini
seakan-akan 'Black Box' yang cuba dipraktikkan untuk bas ekspres.
Tetapi sistem tag elektronik ini tidak memerlukan 'black box' yang
mahal membebankan pengguna dipasangkan di kenderaan tetapi mungkin kad
elekronik yang hanya memancarkan gelombang radio memberikan pengenalan
digital kepada stesen- stesen pengesan yang dibina oleh pihak berkuasa.
Para saintis Malaysia boleh mempertimbangkan penggunaan gelombang AM
Digital yang dipadatkan atau CAMDf (Compressed AM Digital Frequency)
yang menggunakan teknologi rendah dan murah. Pemberian kad elektronik
ini mungkin boleh disekalikan dengan lesen memandu atau cukai jalan
kenderaan.
Sistem tag elekronik tidak memberikan kos kepada
pengguna tetapi kerajaan atau pihak pengurusan lebuhraya perlu
mengadakan sistem pemantauan digital. Maka teknologi ini perlu
dibangunkan sendiri oleh saintis Malaysia dan diperkembangkan.
Data-data pemantauan elekronik boleh digunakan untuk memberi amaran
kepada pemandu yang terlebih had laju. Maka mungkin papantanda
elekronik dipasang di tepi jalanraya untuk memapar secara
automatik- Nombor kereta si anu terlebih had laju. Manakala di simpang
trafik, ianya berfungsi untuk menganggarkan kekerapan pertukaran lampu
isyarat atau merekodkan kenderaan yang tidak mengikut lampu isyarat.
Segala perlakuan pemanduan dapat dipantau secara mudah oleh mekanisasi
digital. Jika berlaku kemalangan, simulasi semula secara digital boleh
dilakukan berdasarkan data-data pemantauan maka kesilapan boleh dicari
dan direkodkan untuk kes mahkamah.
Sistem pengenalan elektronik juga memudahkan kerja
untuk mengesan lokasi kenderaan curi atau pengesan penjenayah yang
sedang bergerak maka ianya akan memudahkan kerja pihak polis dan
trafik. Jika teknologi ini menjadi kenyataan, jika ada satu kenderaan
yang tidak memberikan pengenalannya maka tentu ada sesuatu yang tidak
kena dengannya. Maka lebih mudah kepada pihak polis untuk mengambil
tindakan. Saya hanya mampu mencadangkan satu konsep tetapi
pelaksanaannya memerlukan kepakaran para saintis dan bijak pandai
teknologi. Ini adalah langkah jauh ke hadapan dan mungkin realiti di
tahun 2020.
Nukilan: Ramzam Muda, Desa Rawai, Marang,Terengganu
Maklumat Peribadi:
Nama : Mohd Zamri Bin Muda
Alamat : 131 Kg.Rawai, Bukit Payung,21400 Marang, Terengganu
No. I-C : 740102-11-6391
No. tel : 013 952 29 18
Sila Lawat: www.geocities.com/ramzamuda
Nota: Artikel ini menjawab sedikit sebanyak mengapa negara Malayssia
mempunyai kepentingan strategik kepada kuasa besar dunia dan untuk
menyedarkan para parti pembangkang agar akibat buruk jika negara kita
ditadbir di pihak yang tidak sepatutnya.