Saudara Pengarang,

Astro disyor memperkenalkan pakej siaran prabayar

Kehidupan rakyat Malaysia kini kian makmur dan moden. Tetapi semakin makmur dan moden masyarakat, semakin banyak pula benda yang akan menuntut penambahan kos sara hidup. Ini termasuklah keperluan pengangkutan, berpakaian, berkomunikasi dan mendapatkan hiburan. Maka penyiaran televisyen berbayar Astro bertepatan dengan tuntutan gaya hidup masakini tetapi kos bil bulanan masih lagi menjadi faktor penghalang untuk golongan majoriti rakyat Malaysia untuk menonton siaran berbayar ini. Walaupun kos sejam siaran Astro amat rendah berbanding dengan siaran satelit di negara barat, contohnya katakan ditawar - Pakej RM88 sebulan [ianya berkos 12.22sen setiap jam] manakala Pakej RM55 sebulan [ianya berkos 7.64sen setiap jam] tetapi syarikat Astro masih mempunyai peluang untuk mengandakan jumlah pengguna jika diperkenalkan perkhidmatan siaran secara prabayar sama seperti telefon prabayar.

Peluang ini harus disegerakan kerana ramai rakyat Malaysia tentu sekali tidak sabar-sabar melanggan Astro jika kosnya lebih berpatutan sesuai dengan taraf ekonomi mereka. Kebaikan-kebaikan prabayar tidak perlu saya nyatakan satu-persatu kerana pengalaman rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan prabayar telefon boleh dijadikan bandingan. Saya rasa ramai tidak keberatan jika kos siaran prabayar Astro ditawarkan pada julat sekitar 15 sen hingga 35 sen setiap jam. Selain daripada itu tempoh luput kredit dicadangkan lebih panjang sekitar 6 bulan hingga satu tahun manakala tiada had akses setiap saluran Astro kerana langganan adalah berdasarkan kepada tempoh masa  tontonan. Saya rasa ini adalah lebih adil kepada pengguna siaran berbayar.

Prospek adalah amat luar-biasa jika pihak Astro dapat menjadikan pakej prabayar sebagai kenyataan, berkemungkinan separuh daripada penduduk Malaysia akan mendapatkan peluang untuk menonton siaran Astro.  Saya rasa ramai yang tidak keberatan untuk membeli pakej permulaan walaupun ditawarkan pada harga RM 499 atau RM 599 contohnya. Apa yang perlu kini ialah pihak Astro harus mengubahsuai semula program kotak ‘set-top’nya untuk disuaikan dengan pakej prabayar. Dengan kaedah prabayar juga memudahkan Astro medapatkan pelanggan di luar Malaysia khususnya di sekitar Asia Tenggara. Manakala jika dilakukan penambahan satelit siaran, tidak mustahil siaran Astro boleh ditonton di tujuh benua. Diucapkan selamat berjaya kepada Astro!

Oleh: Mohd.Zamri Muda, Bukit Payung, Marang.

Maklumat peribadi;
Nama: Mohd Zamri B- Muda
No.i/c : 740102-11-6391
No. Tel : 013 952 29 18

Rujukan Lanjut, sila lawat; www.geocities.com/ramzamuda/ramz1.html

Hosted by www.Geocities.ws

1