Saudara Pengarang,
Wujudkan semula siaran digital terestrial ala
Mega-TV untuk
memupuk agenda budaya
Kesan-kesan negatif daripada pengaruh dunia tanpa sempadan begitu dirasai dengan kewujudan siaran televisyen berbayar daripada luar negara dan rangkaian sistem komputer berinternet. Anak muda kita hari ini seolah-olah telah hilang jati diri budaya sendiri dan lebih berbangga dengan budaya luar. Kita setiap hari diserang bertubi-tubi dengan nilai-nilai budaya luar dengan penyiaran rancangan drama, filem dan muzik terutamanya dari negara barat.
Bagaimanakah caranya untuk melawan semua ini bagi
menegakkan
jati diri budaya sendiri tanpa sebarang paksaan kepada generasi muda
masa kini?
Anda tentu mempunyai pendapat sendiri bagi menjawab persoalan tersebut.
Pada
hemat saya, nilai jati diri yang kuat boleh dipupuk kepada generasi
muda masa
kini dengan menggunakan cara yang sama pengaruh luar mudah meresap
masuk kepada
mereka iaitu melalui siaran televisyen. Melalui siaran TV jugalah semua
nilai-nilai positif boleh disemai. Maka itu saya mencadangkan agar
sebuah
stesen televisyen terestrial digital ala stesen Mega-TV ditubuhkan
untuk
memikul tanggungjawab besar tersebut bagi mewawarkan agenda budaya
Agenda budaya Malaysia boleh ditakrifkan sebagai pemupukan nilai-nilai budi-pekerti satu bangsa dinamakan Malaysia, menyemai rasa kebanggaan kepada budaya bangsa sendiri, menitikberatkan ilmu pengetahuan sains, penghayatan pengajaran agama yang mulia dan mempunyai nilai moral tinggi. Semua itu sebenarnya boleh dipupuk dengan penyiaran semula khazanah budaya dan hiburan yang pernah disiarkan di negara ini. Penyiaran semula khazanah seni negara meliputi siaran drama, rancangan hiburan, rancangan budaya, filem dan dokumentari yang pernah diterbitkan oleh RTM dan stesen TV swasta yang lain. Maka itu memerlukan satu stesen TV yang mengkhususkan kepada penyiaran bahan tersebut dimana melakukan penyiaran berkala yang konsisten.
Komponen agenda budaya
.
Selain daripada itu, stesen tersebut masih boleh
berfungsi
secara komersial dimana mempunyai saluran-saluran yang menyiarkan
rancangan-rancangan dan filem-filem luar terkini dari
Stesen TV digital terestrial walaupun tidak sehebat stesen TV satelit yang boleh mempunyai sehingga ratusan saluran tetapi masih bermampuan untuk menyiarkan kira-kira 30 saluran. Saluran-saluran lebihan boleh digunakan untuk membantu syarikat penerbitan tempatan bagi tujuan menerbitkan dokumentari, cerekarama, filem, rancangan kartun dan lain-lainnya yang terkini. Kewujudan stesen ini juga memberi faedah royalti jangka panjang kepada artis-artis dan karyawan yang terlibat dengan pembikinan sesuatu rancangan di masa lalu dimana jasa dan khidmat mereka dihargai. Diharapkan ada pihak swasta berminat untuk menjalankan tugas tersebut.
Oleh : Ramzam Muda, Bukit Payong, Marang.
Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd Zamri B- Muda
No. i.c. : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kg.Rawai,
No. telefon : 019 902 50 15
Web rujukan : www. Geocities.com/ramzamuda
16-11-2004