Saudara pengarang,

 

Malaysia perlu bantu Afrika temui potensi diri

 

Afrika di masa kini dan lampau adalah benua yang terdaif di muka bumi. Isu kemiskinan dan kebuluran sentiasa menghantui manusia di benua ini menyebabkan kita semua tertanya-tanya apakah yang dapat kita lakukan untuk menolong penduduk benua ini. Kesuburan tanah dan cuaca bukan menjadi punca utama pemasalahan mereka tetapi pergolakan politik dan perang saudara adalah jawapan yang sebenarnya.

 

Kedaifan  penduduk Afrika sebenarnya dibayangi oleh kekayaan sumber biodiversitinya. Sebagai contoh, kelapa sawit, kacang gajus, betari dan bijirin sekoi adalah tanaman asli benua ini yang memberi sumbangan kepada komoditi tanaman dunia. Tetapi gelaran penanam komoditi terbesar tidak dipegang oleh mereka. Penanam utama kelapa sawit dipegang oleh Asia Tenggara, kacang gajus oleh negara India manakala penanaman bijirin betari dan sekoi dipelopori oleh Amerika Syarikat.

 

Kekayaan sumber biodiversiti Afrika sebenarnya tidak diguna sepenuhnya oleh mereka sendiri malah mengabaikannya. Cuba anda bayangkan jika kelapa sawit menjadi tanaman utama di kawasan tropika khatulistiwa benua ini, pengeluarannya boleh mencapai sepuluh kali ganda daripada Asia Tenggara. Menjelang 2020, minyak kelapa sawit berkemungkinan boleh mengantikan penggunaan petroleum, cuba bayangkan kuasa tawar-menawar yang dimiliki oleh negara pengeluarnya pada ketika itu.

 

Manakala kawasan subtropika di Afrika berpotensi sebagai jelapang tanaman bijirin alternatif seperti sekoi dan betari. Majoriti kawasan ini diguna secara tidak betul dengan penternakan binatang ruminan yang tidak produktif dimana keluasan kawasan tidak berpadanan nilai pengeluaran ternakan. Bijirin alternatif ini sebenarnya berpotensi untuk menjadi makanan lengkap ternakan ayam-itik kerana kaya dengan sumber protein selain karbohidrat boleh mengalahkan makanan ternak keluaran Amerika yang berasaskan soya dan jagung. Sisa tanaman bijirin kering dan basah juga boleh dijadikan makanan ternakan ruminan mereka. Nilai pengeluaran bijirin alternatif ini boleh mencapai lima kali ganda daripada pengeluaran Amerika Syarikat jika dijalankan secara giat. Sekaligus meranapkan penguasaan monopoli negara Barat dalam pembekalan makanan ternak dunia. Strategi serampang dua mata ini juga boleh mengurangkan penerokaan tanah lapang Savana yang kaya dengan kehidupan liar Afrika.

 

Kawasan gurun Sahara dan sub-Sahara sebenarnya boleh direformasi semula menjadi kawasan hijau tetapi memerlukan sokongan modal yang amat tinggi. Projek mega penghijauan semula gurun Sahara boleh menjadi keajaiban dunia di alaf baru. Projek penghijauan ini meliputi usaha menguna semula air muara dua sungai besar di benua ini iaitu Sungai Nil dan Sungai Niger dengan mengunakan terusan pengairan yang panjangnya beribu kilometer. Manakala sistem pam elektrik kuasanya dijana dengan menggunakan kincir kuasa angin.

 

Projek mega penghijauan semula gurun Sahara merupakan satu aspirasi kemanusiaan yang teragung dalam menangani masalah pemanasan global dimana kawasan gurun ini yang berkeluasan sebesar benua Australia mampu menyerap gas karbon dioksida. Kita tidak menjangkakan projek penghijauan ini menukarkan terus gurun Sahara menjadi hutan tebal tetapi setakat cukup basah untuk pokok-pokok separa gurun tumbuh subur seperti kaktus, kurma, buluh, eukaliptus dan akasia.Tumbuhan separa gurun tersebut boleh menjadi sumber biomass yang dapat diguna untuk menjanakan tenaga elektrik. Kejayaan menghijaukan gurun Sahara mampu memperbaiki kualiti udara global ke paras sebelum tanun 1990 yang menjadi petanda Perjanjian Kyoto.  Selain daripada itu, gurun Sahara yang hijau boleh menjadi padang rumput Savana yang baru untuk kehidupan liar Afrika.

 

Diharapkan beberapa wawasan ini dapat membuka cabaran baru untuk negara kita membantu negara Afrika menemui potensi sebenar mereka.

 

Oleh : Zamri Muda, Bukit Payong, Marang.

 

Maklumat Peribadi;

Nama : Mohd. Zamri B- Muda

No i/c : 740102-11-6391

Alamat : 1727, Jalan Rawai-Pasir Tinggi,

   Kg. Padang Pak Wan, Bukit Payong,

   21400 Marang,

   Terengganu.

No. tel : 019 902 50 15

Sila lawat web wwww.geocities.com/ramzamuda untuk rujukan lanjut.

Hosted by www.Geocities.ws

1