Saudara Pengarang,
Sistem Pengundian Secara Elektronik Menggunakan Internet
Debaran Pilihanraya 2004 kian terasa, ianya pasti menjadi topik hangat
dalam kehidupan seharian masa kini. Dalam pada memperkatakan
patutkah setiap pengundi diwajibkan untuk mengundi, persoalan lain
harus dipertimbangkan ialah bagaimana pula dengan pengundi yang
bekerja/belajar di luar kawasan kampung/mukim asalnya yang berjarak
ratusan kilometer jauhnya. Katakan si A bekerja syarikat swasta di KL
tetapi kampung asalnya di Perlis. Bagaimanakah untuknya mengundi jika
tidak dapat memohon cuti balik kampung. Manakala si B pula belajar di
Sabah tetapi tempat mengundi asalnya di Johor Bahru. Itu belum lagi
mempertimbangkan segolongan pekerja yang bertugas ‘out-station’ terikat
dengan kontrak kerja tidak kira swasta atau kerajaan sebagai contoh
mudah para ‘salesman’ dan pengedar barang yang membawa lori atau van.
Maka terdapat keperluan untuk diwujudkan sistem pengundian secara
elektronik yang lebih mudah untuk pilihanraya penggal yang akan datang
2008/2009. Saya mencadangkan kemudahan internet digunakan untuk
membuang undi dan ini memerlukan penyelarasan data SPR dan Jabatan
Pendaftaran Negara. Seeloknya alamat di dalam kad pengenalan dijadikan
kelayakan lokasi mengundi secara automatik dalam menentukan
perwakilan dewan undangan negeri dan kerusi parlimen.
Pengenalan sistem pengundian secara elektronik melibatkan beberapa
perkara;
a- Seseorang boleh memilih untuk mengundi secara digital jika tidak
berada di kawasan asalnya
b- Pengundian elektronik hanya boleh dilakukan oleh pusat pengundian
SPR yang mempunyai saksi dari wakil parti bertanding.
c- Lokasi pengundian elektronik diutamakan dalam pusat bandar, pusat
IPT dan kawasan kilang.
d- Pengundian hanya boleh dibuat sekali sahaja.
e- Status kelayakan automatik untuk mengundi sebaik sahaja capai usia
21 tahun di masa pilihanraya.
Selain daripada itu, pemantauan pendaftaran pengundi hantu harus
diambil perhatian berat. Maka satu
sistem data automatik untuk mengesan pemindahan pengundi yang tidak
wajar perlu diwujudkan. Pemindahan pengundi boleh dikategori oleh
beberapa fenomena;
i- Pemindahan keluar pengundi berlaku di kawasan majoriti menang besar
parti pemerintah.
ii- Pemindahan masuk pengundi ke kawasan parti pemerintah menang
majoriti kecil.
iii- Jumlah pemindahan masuk pengundi baru menyamai atau lebih sedikit
dari jumlah undi majoriti.
Diharapkan cadangan saya ini dapat memberikan satu alternatif baru
untuk menggalakkan orang ramai terutama golongan muda untuk turut serta
mengambil bahagian bagi memilih kepimpinan negara yang baru. Perkara
ini harus dilaksanakan terlebih dahulu sebelum negara mewajibkan
pengundian.
Nukilan – Mohd. Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.
Maklumat Peribadi;
Nama penuh: Mohd. Zamri B. Muda
I/c : 740102-11-6391
No. Tel : 013 952 29 18
Alamat: 131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu