start
Saudara Pengarang,
MENGGEMPUR MASALAH INDUSTRI BERAS NEGARA DENGAN DIPERKENALKAN DASAR BARU
YANG DRASTIK
Isu kembali berbangkit tentang makanan ruji rakyat Malaysia
iaitu beras. Seperti biasa isu beras akan hangat seketika selama seminggu
dua dan ia akan senyap semula tanpa tindakan drastik dan tegas yang
perlu diambil oleh kerajaan. Saya percaya ketika para penanam padi menuai
hasil di beberapa musim akan datang pastinya berkenaan rendahnya jualan padi
dan sekali lagi masalah beras seludup akan diperkatakan.Pernah menjadi isu
hangat dimana para pegilang padi swasta yang kelebihan stok beras telah menyebabkan
padi tempatan mengalami lambakan dan kini isu beras kembali diperkatakan
akan masa depan industri ini di mana kos beras import daripada Amerika hanya
bernilai RM 0.50 setiap kilogram beras jika berlaku pengecualian cukai import.
Maka di sini saya ingin mencadangkan idea yang unik dan drastik bagi
menangani permasalahan industri padi dan beras negara. Masalah penyeludupan
beras bertitik tolak dari kos yang rendah dan kualiti tinggi yang diperolehi
oleh pengguna maka mewujudkan permintaan yang teramat besar kepada beras
seludup. Manakala kelebihan stok padi tempatan merupakan rentetan daripada
lambakan daripada beras seludup di pasaran. Pendekatan konsep subsidi kepada
harga padi mentah dan harga beras jualan dikedai harus diberi perhatian dan
ditangani oleh pihak kerajaan secara langsung melalui agensi penuh milik
kerajaan kerana beras merupakan aset strategik negara yang teramat penting
untuk masa hadapan. Masalah tersebut adalah tempias daripada masalah yang
melanda dunia sekarang. Ada segelintir daripada rakyat kita sanggup bersubahat
untuk menyeludupkan beras secara haram dan memperoleh keuntungan puluhan
juta manakala industri beras negara menjadi tidak berdaya saing akibat daripada
perbuatan mereka.
Gejala global sebenar bertitik-tolak daripada peranan
kuasa Barat yang mengusai pengeluaran bijirin dunia termasuk beras. Pemberian
subsidi kerajaan diamalkan di Amerika Syarikat dan Eropah walaupun negara
besar tersebutlah melaungkan konsep globalisasi dan ekonomi pasaran bebas.
Ini ibarat ‘lontar batu sembunyi tangan’ atau ‘…mengata orang, dia yang lebih’,
maka itu harga pasaran bijirin seperti gandum, jagung dan kacang soya malah
beras keluaran Amerika teramat rendah sehinggakan produk tersebut jika dikeluarkan
oleh negara membangun di benua Afrika, Amerika Selatan dan Asia tidak akan
berdaya-saing. Disebalik pemberian subsidi kerajaan Amerika tersembunyi agenda
besar iaitu menguasai monopoli pengeluaran bijirin dunia untuk tujuan politik
dunia dan memeras ugut negara kecil dan miskin di masa akan datang. Tidak
ada yang merugikan mereka akan nilai subsidi pertanian yang bernilai beberapa
puluhan billion dollar dengan keuntungan laba bertrillion dollar pengeksportan
mereka diatas nama k-ekonomi, alat teknologi IT dan persenjataan moden.
Berbalik dengan itu, harga beras yang ditawarkan oleh
negara jiran kita menjadi lebih murah kerana tekanan penawaran harga bijirin
antarabangsa yang dikuasai oleh kuasa unipolar. Dengan beras kualiti tinggi
yang sudah diketahui umum, beras tersebut mendapat permintaan ramai yang
luar biasa. Untuk itu saya mencadangkan agar satu dasar baru dibentuk iaitu
Dasar Beras Negara (DBN) diwujudkan. Kerajaan perlu mewujudkan semula instrumen
seperti LPN dan tidak melibatkan penanam beras tempatan dengan sistem komersial
kerana ini pasti akan meranap dan memusnahkan aktiviti penanaman padi tempatan
untuk jangka masa panjang.
Persoalan kuasa pasaran komersial dan penawaran bukan soalan utama tetapi
jaminan hidup dan pendapatan para penanam padi adalah hal yang perlu diutamakan.
Kita tentu tidak mahu melihat sawah kosong tidak diusahakan dan negara ini
tidak langsung mengeluarkan beras sendiri kerana ianya kurang berdaya-saing
atau tidak memberikan pendapatan setimpal dengan kos pengeluaran. Tetapi
apakah yang akan berlaku kepada kita jika berlaku bencana alam di luar jangkaan
di kawasan penanaman di negara luar atau hasil monopoli beras dunia oleh
kuasa asing memberikan kelebihan kuasa kepada mereka untuk mengugut dan mencampuri
dasar negara kita.
Beberapa unsur penting dalam DBN ialah skim pemberian subsidi atau essentif
harga padi yang tinggi kepada penanam padi, contohnya RM 1.50 setiap sekilogram
padi berkualiti tinggi. Subsidi harga yang tinggi ini dapat memberi faktor
pendorong penting kepada penanam padi tempatan untuk sentiasa meningkatkan
kuantiti dan kualiti padi yang dihasilkan dan seolah-olah memberikan gaji
kepada setiap kilogram padi dihasilkan.
Manakala harga jualan kepada pengguna diberi subsidi cuma RM 1 setiap sekilogram
beras bagi gred tertinggi. Saya mencadangkan beras yang terlibat dengan skim
DBN ini dinamakan sebagai ‘Beras Kampung’ yang cuma mempunyai tiga gred kualiti
beras. Dua gred lagi adalah sederhana yang berharga RM0.80 sekilogram dan
gred biasa dengan peratus hancur tinggi RM 0.60 sekilogram. Saya percaya
penyeludupan beras akan gulung tikar terus. Pengeluaran beras komersial yang
lain masih diteruskan harganya seperti biasa. Saya percaya dalam tempoh beberapa
tahun industri beras negara akan berkembang kukuh. Dan apabila kerajaan sudah
berkeyakinan untuk membenarkan penurunan cukai import beras Amerika, harga
pasaran beras premium keluaran tempatan boleh diturunkan pada sekitar RM
0.45 hingga RM 0.49 setiap kilogram. Manakala para penanam padi diberi essentif
tambahan lagi sekitar RM 1.50 hingga RM 2.50 setiap kilogram padi.
Tindakan drastik perlu dilakukan oleh kerajaan sekarang,
penanam padi tempatan perlu diberikan essentif berganda untuk meningkatkan
hasil beras demi untuk kemandirian ‘survival’ negara di masa akan datang.
Kita tentu sekali tidak mahu melihat sawah bendang kosong manakala pembekalan
beras negara dimonopoli oleh orang asing. Dan cuba bayangkan jika berlaku
bencana luar jangka seperti bencana nuklear atau hentaman komet besar yang
memusnahkan separuh permukaan bumi. Bertanyalah kepada diri kita sendiri
dimana simpanan makanan kita berada diketika itu. Tidak ada apa yang merugikan
negara dengan perolehan pendapatan kasar negara kita Malaysia sebanyak RM400
billion setahun.
Nukilan- Ramzam Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang.
Diubahsuaisemula dari artikel dikeluarkan pada 11-Januari-2004
Maklumat Peribadi;
NAMA ; MOHD ZAMRI BIN MUDA
I.C ; 740102-11-6391
ALAMAT ; 131 KG RAWAI,BUKIT PAYUNG,21400 MARANG,TERENGGANU.
TEL ; 013 952 29 18