-
Sentiasa meningkatkan ilmu
memancing
-
Menyebarkan pengetahuan
-
Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja
-
Menghormati hak-hak pemancing lain
-
Tidak membuang sampah merata-rata
-
Mematuhi peraturan memancing dan pengendalian bot
-
Menyokong usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar
-
Tidak melepaskan ikan dan tumbuhan keperairan awam
-
Berusaha membangunkan sukan memancing
AMALKAN MEMANCING SECARA BERETIKA DEMI
MENJAMIN MASA DEPAN ANDA |
-
Bawa balik apa-apa barang yang anda bawa memancing.
Jangan tinggalkan sampah merata-merata.
-
Bila memancing, bawa beg sampah yang besar, supaya
sampah lebih senang di bawa pulang. Kutip sampah orang lain juga.
Moga-moga anda menjadi contoh kepada orang lain
-
Tumpukan perhatian kepada tali pancing lama, beg-beg
pelastik dan batu-batu ladung kecil. Bahan-bahan ini telah menjejaskan
kehidupan seperti burung dan ikan. Bawa pulang bahan-bahan ini.
-
Tin kosong serta beg pelastik yang tinggalkan mungkin
akan menakung air hujan dan justeru menjadi tempat pembiakan
nyamuk.Bawanya pulang!
-
Jangan kotorkan sungai atau tasik yang anda lawati.
-
Kalau tiada bilek air untuk anda membuang air, jangan
lakukannya didalam atau berdekatan dengan perairan. Jika anda ingin
membuang air besar, gali sebuah lubang, jauh dari perairan, kemudian
kambuskan semula.
-
Diperairan seperti kolam atau lombong kecil, jangan
gunakan terlalu banyak “umpan saham”, kerana ini akan menjejaskan kualiti
air.
-
Jangan buang apa-apa bahan kimia (seperti sabun,
minyak, atau pun air tin berkabonat kedalam perairan atau pun berhampiran
dengannya).
-
Jangan guna terlalu banyak racun serangga
(insecticide spray) dan bahan seperti serbuk belerang. Bahan-bahan ini
mungkin memasuki perairan.
-
Cuba elakkan memotong tumbuhan disekitar tempat anda
memancing. Tumbuhan ini adalah rumah bagi serangga, suatu sumber utama
makanan ikan.
-
Jika anda ingin mendirikan khemah, gunakan tapak yang
sedia ada. Cuba elakkan membuka tapah khemah yang baru. Tanah yang
terdedah akan mengakibatkan Lumpur memasuki perairan bila hujan lebat. Ini
menjejaskan kehidupan air, termasuk ikan.
-
Jangan membuat unggun api, kecuali perlu. Dapur
khemah yang menguunakan gas atau sebagainya adalah lebih ‘mesra alam’.
Jika anda terpaksa membuat unggun, pastikan ia tidak merebak kepokok atau
tumbuhan berdekatan. Pastikan unggun dipadamkan sebelum anda meninggalkan
tempat tersebut.
-
Ditapak khemah atau bila menjelajah hutan, jangan
biarkan anak-anak pokok yang ditebang, meninggalkan kayu terpacak dari
tanah
|
-
Hormatilah pemancing lain. Setiap pemancing
memerlukan kawasan memancing peribadi mereka. Jangan ‘menceroboh’ kedalam
kawasan ini. Kawasan ini pastinya berbeza, terpulang kepada keadaan. Namun,
anda perlulah menggunakan lojik, supaya tidak mengganggu pemancing lain.
-
Bersopan santun lah terhadap pemancing lain. Minta
izin jika anda hendak memancing berdekatan dengan mereka.
-
Jangan buat bising. Ini mungkin menakutkan ikan, dan
mungkin juga membuat pemancing lain marah.
-
Jangan mengacau permukaan air tanpa sebab, umpamanya
meranduk air, membasuh dsb.
-
Jika anda mengguna bot dan berdekatan dengan
pemancing lain, perlahankan bot anda supaya tiidak mengacau mereka. Cuba
mengelakkan kawasan pancingan mereka, jika boleh.
-
Sentasa fikirkan keselamatan bagi diri anda dan juga
orang lain.
-
Jangan tinggalkan benda tajam seperti pisau atau mata
kail diatas tanah atau lantai bot.
-
Pakailah alat pelampung (personal floatation device)
setiap masa, bila anda berada didalam bot atau dalam air.
-
Buat tinjauan keselamatan dulu, sebelum anda meranduk
sungai atau menggunakan bot. Cari nasihat tentang sungai atau tasik atau
laut yang ingin anda jelejahi. Ingat : sesal kemudian tiada gunanya
|