Latihan Peribahasa

Latihan memilih Peribahasa

Baca petikan di bawah. Pilih peribahasa yang tepat dari senarai yang diberi. Taipkan huruf piliha kamu di ruang kosong dan kemudian tekan butang 'Periksa".

Latihan memilih Peribahasa

A. Bulat air kerana pembuluh, bulat kata oleh muafakat
B. Baik membawa resmi ayam betina
C. Kail sebentuk umpan seekor, sehari putus sehari hanyut
D. Jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya
E. Dalam menyelam, cetek menimba
F. Di padang orang berlari, di padang sendiri berjingkat
G. Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga
H. Hilang adat tegal muafakat
I. Ikan terkilat jala pun tiba
J. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya

Jasmin memang terkenal semasa di sekolah dahulu kerana kepandaiannya. Dia amat cekap menangkap maksud percakapan orang lain bak , dan kerana itu dia terpilih menjadi pembahas di sekolahnya. Dalam perbahasan yang ditandinginya, Jasmin tidak pernah menganggap mudah setiap lawannya. Dia tahu, , jika dia tidak berusaha, dia tidak akan berjaya. Dia perlu berusaha gigih dan membuat persediaan yang cukup, bukan seperti . Kawan-kawannya menyangka bahawa Jasmin memang dilahirkan bijak tetapi mereka tidak tahu bahawa dia bijak kerana dia berusaha gigih dalam setaip perkara yang dibuatnya. Sebenarnya Jasmin telah berjanji kepada ibunya untuk melakukan yang terbaik dalam apa juga perkara yang dilakukannya. Oleh kerana , dia perlu menepati janji yang dibuatnya demi ibu tercinta dan masa depannya juga. Walaupun dia sekarang telah terkenal di sekolahnya, Jasmin sentiasa ingat pesan ibunya supaya , agar disukai orang dan tidak pula menyombong diri dalam tingkah laku dan pertuturan.

Hosted by www.Geocities.ws

1