Latihan Peribahasa

Mengisi Peribahasa yang betul

Isikan tempat kosong untuk melengkapkan petikan yang diberi. Klik 'Periksa' setelah selesai. Klik butang 'Petunjuk' jika kamu menghadapi kesulitan untuk melengkapkan latihan ini.

Latihan Memilih Peribahasa

A. Bodoh-bodoh sepat, tiada makan pancing emas
B. Bagai unta menyerah diri
C. Umpama air digenggam tiada tiris
D. Baru hendak bertunas, sudah dipetik lama-lama matilah pokoknya
E. Biduk lalu kiambang bertaut
F. Besar pasak dari tiang
G. Berkerat rotan berpatah arang
H. Jauhari juga yang mengenali manikam
I. Seperti gergaji bermata dua
J. Pipit pekak makan hujan

Kasim memang tidak bersetuju dengan sikap abangnya Jamal. Perniagaan mereka baru sahaja hendak berputik, namun Jamal telah mula berlagak dengan berbelanja besar, , dan akibatnya perniagaan mereka mengalami kerugian. Bukan sahaja perniagaan mereka terjejas malahan mereka telah bertengkar dan tidak bertegur sapa. Namun, , persengketaan mereka akhirnya pulih semula seperti sediakala. Masing-masing bertekad untuk memulakan tekad baru dan memulakan semula perniagaan mereka. Jamal sekarang telah berubah sikap dan dia sangat rajin bekerja bagai , tidak mengira apa juga rintangan dan halangan. Jamal dan Kasim sedar bahawa mereka tidak boleh bersikap dalam berbelanja. Namun begitu, mereka tidaklah sampai kerana jika ada orang yang meminta bantuan mereka, mereka tetap memberikan sumbangan yang termampu seperti menderma dari segi keuangan.

Hosted by www.Geocities.ws

1