Fun

ANAK BANYAK

Chot ada anak 9 org. Satu hari, kawannya yg bernama Chet menelefonnya dan berkata;

"Ko ader terlalu byk anak. Tak teringin ke nak buat family planning?"

Chot jawab, " Dah buat. Lepas anak ke-2, aku start guna kondom. Tapi bini aku still beranak gak lepas tu!"

Chet tanya lagi, "Bocor kot kondom ko tu? aku ingat ko try sterilisation la..."

Chot jwb lagi, "Tu pon dah! lepas anak ke-4, aku buat sterilisation dan bini aku masih beranak jugak!"

Chet pelik, "Agaknya operation tu tak berjaya kot? Nampak gayanya satu-satu cara yg tinggal lagi skrg ialah ko tak leh dok dkt dgn bini ko lagi..."

Chot terus jwb, "Itu pon aku dah buat. Lepas anak ke-6, aku dah tak sentuh bini aku lagi dah. Dan dia masih terus menerus beranakkan 3 org anak aku lagi lepas tu!"

Chet: ???????????????????


FREE SEATING

Chot naik flight nak pegi Jepun. Tapi flight tu akan berenti kat Kota Kinabalu utk transit penumpang ke Sabah.

Sampai di KK, kedengaran la pengumuman oleh salah sorang pramugari dlm flight tu utk penumpang yg naik dari KK utk ke jepun, "Free Seating!".

Chot bengang... dan rasa tertipu! "Kalau aku tahu free seating dari Sabah, buat apa aku bayar memahal tiket ni naik dari KLIA. Baik aku pegi Sabah dulu pas tu leh naik flight free pegi Jepun!"



KUCEN

Chot & Chet baru je diberentikan keje sbb ekonomi meleset... Dua2 org tak tau apa nak buat dan camner nak cari rezeki utk mengisi perot mrk nanti.Tetiba Chet bagi idea, "Kita rompak rumah Pak Chat mlm ni? Dia ada byk duit dan harta kat umah dia!"

Chot setuju dan akhirnya kedua2 mamat ni berjaya menyusup masuk ke dlm rumah Pak Chat. Chot berminat dgn home theater system Pak Chat. Di angkat nya set tu satu-satu letak kat luar. Ntah camner, tetiba dia terjatuhkan mikropon ke lantai. Pak Chat yg tidor dlm bilik yg tak jauh dari ruang tamu tu terjaga dan menjerit, "Siapa tu?" Dgn tenang Chot menjawab, "Mmmeeeeooooowwwwwww!!!!!!!!"

Kemudian seluruh rumah senyap seketika. "Pak Chat dah tidor balik agaknya!" fikir Chot. Dia terus menerus sambung angkat set home system tu kuar umah. Chet pulak sibok dok angkut set brg antik dlm almari Pak Chat yg tak jauh dari ruang tamu tadi. Tgh syok dok kaut brg2 tu, Chet terjatuh kan satu mangkuk kaca... jatuh ke lantai dan bersepai. Kaca berselerakan. Sekali lagi terdengar suara Pak Chat. "Siapa tu?"

Chet menjawab, "Ini kucen yang lagi satu!"


BUTANG BAJU

Chot berada di luar negeri. Masa tu musim sejuk. Tapi dia lufer nak bawak dr M'sia masa tgh kemas beg dia smlm. Nak beli baru, mahal. jadi dia tepon bini dia minta diposkan baju sejuk dia yg tertinggal tu.

Selang 2 hari dgn kecekapan courier svc, Chot terima bungkusan dari bini dia. Di dalam kotak bungkusan itu ada satu nota bertulis: " Bang, saya dah buang semua butang baju sejuk ni sebab butang2 ni berat sangat dan boleh menyebabkan saya terpaksa membayar harga yang lebih mahal untuk servis courier ni. Tapi abang jangan risau sebab saya dah letak kesemua butang tu kat dalam poket belah kanan baju sejuk tu."

Kata Chot dalam hati, "Tak sia2 aku kawen dgn kamu ni. Bijak orgnya!!!"


 

Cara-Cara nak buat roommate korang jadik giler

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang ko dan bagitau kat roommate ko nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. unpack segala brg ko & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate ko balik, jerit sekuat hati" horee...ko dah balik". lepas tu  menari dlm 5 minit. lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya ko dah belah dah skrg"

3. Setiap kali bangun tido, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliiling bilik tu. Kemudian, sambung tidor. esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan ko. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak- dah merebak"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. lepas tu cakap, "Siot betul, kalah lagi"

7. Setiap kali roommate ko balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...". bukak lampu  semula.

8. pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, ko rupanya..."

9. Kata kat roommate ko "Ada pesanan penting untuk ko". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap ko dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate ko balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate ko bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate ko suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw kau perlu ajar dia cara mengosok gigi dengan betul

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate ko hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai
roommate ko.

14. Bila roommate ko tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate ko dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam ko tengah tengok wayang.

       
Hosted by www.Geocities.ws

1